19 February 2012

Dialek NegeriKu Perlis # 6 : APABILA TANGAN BERAKSI



sukar juga nak mencari gambar aksi hawin. Gambar ini adalah pre act aksi berkenaan. Kalau kuat tenaga hayunannya, boleh masuk aksi hawin


Sebelom kita tengok bola game Maglot FC lawan Brighton, kita share skit mengenai perlakuan tangan. Common practice di Perlis.

HAWIN atau HUWIN [ hao-win] atau [hoo-win]

Aksi melontar atau membaling dengan sekuat hati. Kalau tak kuat, tak masuk dalam kategori HAWIN ni.

CERWAK atau CEGHEWAK [ce-ghe-wak]

Aksi menyimbah air.

Contoh ayat : “ Lokoih* habeh kena ceghewak (ayaq) tat sat”


SIBAQ [see-bark]

Aksi libas atau back hand secara kuat dan tiba-tiba*

Contoh ayat yang paling terkemuka di tanah Indera Kayangan :

“ Jangan dok sansayn sangat, aku sibaq kelam!!!”

Kuiz ASEAN Kebangsaan Kali ke 5

  • Jabatan Penerangan Malaysia
  • Semua pelajar Sekolah Menengah yang berumur antara 15 hingga 17 tahun dijemput menyertai Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

  • Borang pendaftaran boleh didapati di laman web http://www.penerangan.gov.my/ serta di semua Sekolah dan Pejabat Jabatan Penerangan Negeri dan Daerah.

  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan ke :

aseanquiz2012@inform.gov.my.

41, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur sebagai Warisan Negara


Normah Majawali


  • Semasa aku bertugas di Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, kerap juga aku dok perati rumah ini. Ini disebabkan laluan berkenaan adalah short cut untuk balik ke pejabat.
  • Rumah No.41 Jalan Chow Kit. Sudah beberapa artikel mengenainya diterbitkan. Yang terkini ialah pada 18 Februari 2012 di Utusan Malaysia. Warisan Rumah Sutan Puasa
  • Dipendekkan cerita, aku cadang begini. 9 Perkara.

  • 1. Pihak berkaitan berjumpa terus dengan YB Menteri Penerangan untuk digazetkan terus sebagai harta/bangunan warisan. Aku difahamkan bahawa Jabatan Warisan pernah membantu untuk baik pulih dengan kos kira-kira RM10000 pada tahun 2006. Cadangan kena kuat kerana melibatkan keputusan Jemaah Menteri;

  • 2. Sekiranya berjaya yaitu setelah pampasan atau saguhati diberika kepada pewaris, boleh dijadikan Pusat Sejarah Chow Kit;

  • 3. Keutamaan adalah pengkisahan dan pameran sejarah rumah dan pemiliknya. Gambar-gambar sudah semestinya;

  • 4. Sumbangan suku Mandailing dalam pembangunan Chow Kit dan Kuala Lumpur;

  • 5. Sumbangan suku Melayu yang lain seperti Rawa, Aceh, Minang dan Jawa di Chow Kit;

  • 6. Sumbangan kaum Tionghua dalam kepesatan Chow Kit;

  • 7. Semua itu dipersembahkan dengan menarik di dalam rumah berkenaan. Lagipun banyak barang-barang antik yang masih ada di dalam rumah berkenaan;

  • 8. Cuma harapan aku, waris kenalah berlapang dada sekiranya saguhati berkurang dari niat di hati. Yang penting rumah itu kekal steady dan gagah menghadapi cabaran Kuala Lumpur dan Chow Kit khususnya untuk tatapan generasi akan datang; dan

  • 9. Keunikkannya pun dah boleh menarik persoalan orang yang lalu lalang, apatah lagi kalau dijaga oleh kerajaan dan mendidik generasi sekarang akan pentingnya sejarah sesuatu tempat.

  • Tuan Presiden, saya mohon mencadangkan.
  • Tok Wali
  • 19 Feb 2012

Dialek NegeriKu Perlis #5 : KELEPIAQ dan TETOMOEH


Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada kartunis jemputan blog ini kerana kesudian menyumbang dakwat dan kertas dalam usaha aku nak menerangkan dengan lebih jitu mengenai sesuatu perkataan yang dibincangkan. Saudara AMIA bukan asing-asing dengan aku. Beliau adalah rakan kolah menengah aku. Bagi yang mengenali beliau, hgpa tau la nooh. Kkekeh. Dibawah ini adalah sumbangan sulong AMIA dalam mewarnai blog aku ni. Cuma hasil gambaq kurang tajam sebab aku snap secara direct. Pendekatan mudah dan pantas. Nak scan boleh tapi next situasi.

Kelas bersambung untuk kata TERTOMOIH/TETOMOEH dan KELEPIAQ.

1. TETOMOEH

Tetomoih adalah gerak laku secara tidak sengaja dan khusus untuk aksi dive akibat tersepak tunggoi atau tersepak kaki sendiri. Biasanya kawasan yg highly affected ialah dagu dan hidung.

Contoh ayat : " aii awat idong? Tetomoih ka?"



2. KELEPIAQ

Kelepiaq pula adalah aksi meronta dgn gaya tangan menolak2 yg over acting semasa dalam keadaan dicekup atau dipeluk.

Contoh ayat :

" nih nih hg tok sah dok kelepiaq la. Makalu aku lepas pun, hang nampak berkeritam dok tgu hang tang kepala jalan nuuu." gempaq Comey


Sketch di atas adalah satu lagi aksi kelepiaq