25 August 2010

DERJAH 1


Beg swan kaler kunin. Yeah beg swan kaler kunin. Beg pertama penulis semasa alam persekolahan. Masa tu dan sampai masa sekarang, kalau bawak beq memang tahap sebeban. Ibarat tanggong guni jaloq pi sekolah. Berat sungguh. Orang ramai tengok kami kami ni pi kolah* ibarat sungguh sungguh mencari ilmu tapi sebenaqnya, kami bukan tau apa pun. Bawak ja semua yang berkaitan. Kalau buku Ilmu kesehatan tu sebijik, buku tulih ada 3 bijik, bawaklah kesemua. Tu belom diheytong dengan mata pelajaran mata pelajaran len lagi. Berat sungguh laaaa. Aduiiih teringat zaman kolah rendah dulu.

Penulis masa Derjah Satu (ni kurikolom lama-depa sebut derjah) pukoi 6.15 pagi dok tepacak tepi jalan dah tunggu bas kolah. Cuma the best moment sepanjang karier sebagai penumpang bas kolah adalah dapat melihat Comet Halley pada tahun 86. Pagi pagi buta dok nampak di langit. Nak tengok pulak 75 tahun lagi. Kalau panjang umoq, Allah bagi kesehatan yang baeek bulihla tengok lagi pada tahun 2061. Amiiiinnn.

Kaler - colour

Kunin - kuning

Kolah - sekolah

Diheytong -dihitung

Guni jaloq - guni padi tahap rasaksa


Seni Bunyian Ramadan


Pengalaman bermain meriam ni secara berani berani sungguh tidak pernah. Tetapi pengalaman secara hangat hangat taik ayam dan berdiri jarak sebatu sambil memasukkan jari dalam lubang telinga seluluilah.

Seingat penulis, permainan meriam kabad secara terbuka yakni meletakkan yang meletup tu di tepi jalan hanya setakat tahun 85-86. Selepas itu, gerakan mencari bunyi bunyi menggegarkan mula dilipatgandakan oleh PDRM. Selepas tahun tersebut, kebanyakkan bunyi bunyi ini hanya kedengaran di sudut sudut kampong yang jauh dari jalan utama. Satu lagi lokasi terbaeeek ialah di kawasan kawasan kecil di tengah-tengah bendang. Biasanya kawasan-kawasan ini memiliki telaga-telaga yang menjadi tumpuan pengail ikan puyu, keli dan ruwan tak kira musim. Kalau musim kering, projek gomba telga rancak dijalankan. Jadi berbalik kepada kegemaran meriam kabad/buluh ni, kumpulan pakar bom kampong memindahkan operasi mereka ke kawasan kawsan sebegini untuk mengelakkan serempakkan senyuman manis pak PDRM dan berpantun di balai selepas itu.

Seni bunyian Ramadan ini merupakan antara yang terawal. Selepas itu, baru mai meriam koq, meriam tanah, meriam tin, bom buatan sendiri (plug lori ikat kain, lambong, meletup begegaq alam). Cuma masa la ni, sangat aneh dengan cedera cederi di sana sini. Zaman penulis remaja sunti dulu kurang dihebahkan cerita ceriti cedera cederi ini. Mungkin pada masa tu, access maklumat ni kurang kot noooo???

Gambaq ni penulis amik dari emel yang sahabat penulis hantaq my. Banyak lagi gambaq gambaq menarik yang penulis nak dok share.

01 February 2010

Kehebatan Seorang Wakil Wartawan


Kemarin penulis terbaca ruangan 8 B.POP Berita Harian, kekecewaan seorang wakil wartawan yang bagi penulis juga pendek akal seperti dakwaannya pendek akal kepada pengawal RTM.

Lucunya ada 2 3 perkara yang ditulis dalam artikel tersebut. Penulis hanya mahu mengulas 2 3 perkara seperti bawah :

1. Kad perakuan rasmi kerajaan.
"Hai mana nak cari malam-malam buta ni. Raja dan teman-teman pula sudah lama tidak memperbaharui."

- Penulis rasa salah seorang daripada kawan wakil wartawan itu pernah bekerja dengan BERNAMA. Untuk makluman BERNAMA adalah pengeluar kad rasmi kerajaan yang diminta itu.

2. Premis sasaran utama.
"...tetapi apa masalah mereka tak mahu membenarkan kami masuk. Peliknya nak masuk astro atau sri Pentas, tak kena'soal siasat macam tu!

- Kawasan Bangunan Kerajaan adalah kawasan larangan dan tidak boleh sewenang wenangnya masuk. Ramai lagi wartawan sebelum ni ok jer buat kerja. Sikit skit mishap tu adatlah. Suara tinggi sikit pun adatlah jugak.

Tapi nak juga tahu kadang-kadang reaksi orang yang pendek akal ni kadang-kadang lahir daripada kependekan dan kedangkalan akal orang lain jugak tu.

Penulis berpendapat, wakil wartawan ini mengambil mudah dengan situasi keselamaan kawsan kerajaan di Angkasapuri itu. Mungkin dah agak lambat sampai makan libang libulah hidup wakil tersebut dan rakan-rakan.

Seperkara lagi, tulisan wakil wartawan ini hanyalah menampakkan kehissapaaan beliau sendiri.

28 November 2009

Antara Dr.Maza, JAIS,JAKIM, YADIM, Pen Pengarah JAKIM, dan WALI oleh Ustaz Zaharuddin. DARI PANDANGAN FACEBOOK TEMAN

Bekas Mufti Perlis tidak dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu sudah tabiat manusia yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk mengelakkan diri dari berbeza pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat dengan beliau. Kita juga adakalanya tidak mampu untuk mengelak diri dari dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika seseorang itu terkenal.

Namun, yang dibimbangi adalah perbezaan pendapat yang membawa kepada permusuhan yang dahsyat, label melabel, tuduh menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci, pasti ada terlihat keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin melihat pihak yang lain ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal dunia.

Padahal isu yang berbangkit kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan takwilan dan pandangan. Tidak wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan keras. Memadailah untuk mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan lemah, dan kemudian jika pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya, berlapang dadalah.

Kat sini penulis hanya berinteraksi dengan rakan komen tetap penulis. 2 Komen yang jenuh pikiaq.