20 May 2012

Champions League 2012 - Chelsea vs Bayern Munich 19.05.2012



Chelsea sebagai kelab London pertama yang berhasil memenangi pertandingan tersebut.

Selain Chelsea, ada lima kelab ibu kota lainnya yang berstatus juara Eropah yaitu Real Madrid (9), Ajax Amsterdam (4), Sporting Lisbon (2), Steaua Bucharest (1), Red Star Belgrade (1).

Berikut fakta-fakta menarik lain tentang pertarungan Chelsea dan Bayern Munich di Liga Champions : Infostrada:

> Inter Milan adalah kelab terakhir yang memenangi Liga Champions di tempat sendiri pada tahun 1965. AS Roma gagal pada 1984 dan Bayern Munich juga gaga pada 2012.

> Chelsea adalah kelab kedua yang berhasil memenangi gelar Piala FA dan Liga Champions pada musim yang sama. Klub pertama yang melakukannya adalah Manchester United yang meraih treble winners musim 1998/1999.

> Untuk kali ke-10, seorang pengurus Itali memenangi Liga Champions, melebihi 9 kemenangan peurus Sepanyol. Roberto di Matteo adalah pengurus Itali pertama yang berhasil meraihnya dengan kelab asing di luar Itali.

> Untuk pertama kalinya Bayern kalah dalam penalti di Liga Champions. Pada empat penalti yang pernah dijalani, mereka selalu menang.

> Bayern bergabung AC Milan dan Juventus, sebagai kelab-kelab yang pernah kalah di tiga final Liga Champions dalam kurun waktu 1992-2012.

> Thomas Mueller menjadi pemain Jerman pertama yang mencetak gol di final Liga Champions sejak Stefan Effenberg di tahun 2001.

> Didier Drogba menjadi pemain Afrika ketiga yang mencetak gol di final Liga Champions setelah Rabah Madjer (Algeria) bersama FC Porto di tahun 1987, dan Samuel Eto'o (Cameroon) pada tahun 2006 dan 2009 bersama Barcelona.

> Chelsea tidak pernah gagal bermain ke Liga Champions sejak Roman Abramovich mengambil alih Stamford Bridge pada Jun 2003.

> Ini adalah pertandingan Liga Champions ke-100 untuk Chelsea sejak dipimpin Abramovich. Sejak itu, tidak ada kelab lain yang telah memainkan lebih dari 91 pertandingan Liga Champions. Hanya satu kelab yang berhasil mengalahkan jumlah 180 mata milik Chelsea dari pertandingan sebanyak itu, yakni FC Barcelona, yang berhasil 190 mata dari 91 pertandingan.

> Arjen Robben gagal menjaring penalti seperti belau pernah gagal melakukannya semasa Chelsea menghadapi Liverpool di semifinal Liga Champions 2007.

> Ashley Cole adalah pemain ketiga yang mengalami kegagalan di dua final Liga Champions pertamanya sebelum memenangi final yang ketiga. Final pertamanya adalah bersama Arsenal di tahun 2006. Kedua pemain lain adalah Velibor Vasovic dan Zinedine Zidane.

> Untuk kali ke-10 di sejarah Piala Champions (dan kali keenam di era Liga Champions), final ditentukan dengan tendangan penalti.

> Fernando Torres telah memenangi gelar terhebat pertama di peringkat kelab dalam kariernya, dengan catatan bila Piala FA tidak dihitung. Jika dihitung, maka Torres memenangi dua gelar dalam waktu 15 hari.

>Pemain Chelsea, Ryan Bertrand adalah pemain pertama yang melakukan debut pertamanya di final Liga Champios, tetapi bukan pemain pertama yang melakukan debutnya di Eropah untuk pertama kali di final Liga Champions. 30 tahun lalu, Nigel Spink membuat debut Eropah pertama bagi Aston Villa di final Liga Champions, yang dimenangi Aston Villa semasa melawan Bayern Munich. Tiga tahun sebelumnya, Trevor Francis juga membuat debutnya dan menjaring gol di final tahun 1979 ketika Nottingham Forest mengalahkan Malmo dengan jaringan 1-0.

>Bastian Schweinsteiger adalah pemain terpantas yang dikenakan kad kuning pada final Liga Champions, iaitu pada minit kedua. Beliau juga pemain terakhir tidak menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Juara-Juara Baru 2012 Hasil Gladiator- Gladiator Tepi Colosseum




1. Chelsea menang pertama kali dalam kejuaraan Piala Eropah dengan menang atas Bayern Munich untuk edisi 2012

2. Malang sunggoh bagi tuan rumah Bayern Munich kerana kalah dalam peraduan penati yang memang tak best langsung. Bagi Chelsea, peduli apa. Janji menang. Lagipun Chelsea pun pernah rasa bagaimana Bayern Munich terima.

3. Game final tersebut, kalau dikira-kira hanya bermula mulai minit ke 80 masa sebenar. Campur 30 minit masa tambahan dan 15 minit masa penalty. Jumlah semua ialah 55 minit. Beruntung siapa yang tengok half way sebab mendapat masa yang fair untuk layan final tersebut.

4. Jarang seorang goalkeeper menjadi sebahagian daripada team penalty tetapi tahniah kepada Neuer kerana berjaya menjaringkan gol.

5. Chelsea berjaya membuat double ubtuk 2012 dengan FA dan Champions Cup walaupun sebelum ini ada pasukan EPL lain yang berkira-kira untuk bikin double. Chelsea juga yang bikin gagal akan berkira-kira itu.

6. Chelsea adalah team ke-10 yang pernah jadi runner up dan kemudian menjadi juara. Borussia Dortmund pada tahun 1997.

7. Berikut adalah kelab-kelab yang menang kejuaraan ini :

9 kali- Real Madrid CF (ESP)

7 - AC Milan (ITA)

5 - Liverpool FC (ENG)

4 - AFC Ajax (NED), FC Bayern Munich (GER), FC Barcelona (ESP)

3 - FC Internazionale Milano (ITA), Manchester United FC (ENG)

2 - SL Benfica (POR), Juventus (ITA), Nottingham Forest FC (ENG), FC Porto (POR)

1 - Celtic FC (SCO), Chelsea FC (ENG), Hamburger SV (GER), FC Steaua Bucuresti (ROU), Olympique de Marseille (FRA), Feyenoord (NED), Aston Villa FC (ENG), PSV Eindhoven (NED), FK Crvena zvezda (SRB), Borussia Dortmund (GER)

8. Tahniah kepada DiMatteo kerana menjadi caretaker pertama menang kejuaran Eropah. Beliau juga warga Itali pertama berjaya membawa sebuah kelab bolasepak di luar Itali menjuarai Champions Cup. Beliau juga melahirkan juara baru dari peraduan peringkat tertinggi Eropah ini.

1963 Nereo Rocco - Milan

1969 Nereo Rocco - Milan

1985 Giovanni Trapattoni - Juventus

1989 Arrigo Sacchi - Milan

1990 Arrigo Sacchi - Milan

1994 Fabio Capello - Milan

1996 Marcello Lippi - Juventus

2003 Carlo Ancelotti - Milan

2007 Carlo Ancelotti - Milan

2012 Roberto Di Matteo - Chelsea (England)

9. Ternyata warga Itali yang paling berjaya dalam kempen bolasepak Inggeris untuk 2011 dan 2012. Mancini berjaya melahirkan juara baru EPL dengan membawa City dan DiMatteo membawa Chelsea sebagai King of Europa.

10. Lucunya, Chelsea adalah team yang penuh pemain purba tetapi menjadi juara.

17 May 2012

Pameran Photo Di Istana Negara (Lama)






Jom kita ke sana. Pameran Raja Kita pun berlangsung serentak. Pameran Raja Kita adalah bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong.

14 May 2012

6-1 Bukan Sekadar One Off







Dengan diiringi lagu Hey Jude, juara baru BPL 2011/2012 berjaya membuktikan mereka memang jiran yang sungguh sungguh buat ramai. Lagu Wonderwall lagu Delilah pon ada. Mereka memang betoi betoi noisy. Noisy neighbour.

MANCHESTER CITY terpaksa tunggu masa tambahan 5 minit untuk memberi anugerah Mister Potato kepada jiran sebelah mereka, MANCHESTER UNITED untuk kali ini. Pity to MUFC kerana tiada apa nak disimpan dalam almari makan kelab mereka. Aguerro nampak gayanya menjadi instant hero pada perlawanan tadi dengan rembatan deras pada minit ke 93 sebagai kuah pedas kepada MUFC yang pada masa itu sedang ketaq lutut dok tunggu apa yang jadi di City. Mungkin semasa gol Dzeko pada minit ke 91, Rooney and Co maseh bleh bertahan lagi tekanan penantian satu penyiksaan tu.



Mungkin ramai yang kata apala sangat dengan kalah 6-1 kepada City pada 3 minggu yang lalu. One off bunyi pun. Then bila seri dengan Everton dan kalah sekali lagi dengan City, 6-1 tu le yang efek tahap dewa. Ternyata perbezaan gol yang menolak City ke atas untuk menjadi champs setelah 44 tahun. Simply not in this world.




CHELSEA mungkin akan dapat satu lagi trofi kalau dapat pukoi Bayern Munchen pada laga Piala Eropah hujung bulan ni. Menang ke atas LIVERPOOL pada akhir FA 2012 adalah koleksi pertama musim ini. Team ni memang pandai menang FA kalau dilihat prestasi 6 tahun kebelakangan. Torres yang mandul gol pun dah makin pandai sumbat-sumbat dah sekarang. Cuma untuk musim depan, Chelsea tak dapat main Piala Eropah tahun depan. Satu cara saja nak kekal adalah menang dengan Bayern Munchen tuuuuuu.

Team paling koyak tahun ini adalah LIVERPOOL nampaknya.  Kedudukan ke 8 sebagai penamat liga memang sangat tak best ditambah dengan prestasi yoyo team KK ini. Modal.nak senyum hanya dengan menang penalti ke atas team sepupu Gerrard pada final Piala Carling. Ada yang samakan dengan piala Mickey Mouse je tapi at least dapat juga lompat-lompat seronok kat Wembley. Tak semua team dapat moment nak lompat-lompat seronok. Gigit jari.

Tahniah kepada QUEENS PARK RANGERS kerana berjaya mensaiko semua orang sehingga masa sebenar tamat masa lawan City dan berjaya kekal di Premier Liga untuk setahun lagi. Agak2 Air Asia ada buat trip dak tengok QPR main di England tu. Kurang-kurang dapat divert pi bejalan tempat lain. Hehehe. 


Cup ini pon dah ok kan?