24 June 2011

"The story of life is quicker than the blink of an eye. The story of love is hello and goodbye, until we meet again, Tanjong Pagar...


Exactly setahun yang lalu, bersama keluarga menjejak kembali Singapura. Semasa kecik, aku pernah ke sana dua kali. Antara tahun 1980-1981. Bertemankan Ford Escort, aku dan keluarga juga pada masa itu melawat Singapura.

Exactly setahun yang lalu juga, aku dan keluarga kembali melawat Singapura. Aku lebih senang menyebut Temasik walaupun nama itu tidak dikenali di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Pengalaman berkeretapi dari Kluang ke Tanjong Pagar pergi dan balek tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Aku berharap ***Sr. sekurang kurangnya tahu bahawa hak milik negara ini pernah wujud di Singapura. Photo photo kenangan di sana akan menjadi sebahagian daripada sejarah.

Sedikit mengenai ...

Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keretapi pertama di Singapura.

Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.

Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. (Disesuaikan daripada fakta-fakta melalui internet)

Singapura akan sunyi daripada deruan bunyi keretapi yang membelah negara itu kerana KTMB akan berhenti di Woodlands sahaja mulai 1 Julai 2011 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. Selepas itu setakat JB sahaja. Mereka di Singapura akan teringat ringat masa kena berenti untuk memberi laluan keretapi melintas di Sungai Panjang.

At least aku sampai Tanjong Pagar walaupun sekali semasa operasinya. At least aku kaih jugak rel terhujung di Benua Asia tu hahah.

AlhamduliLah.
Terima kaseh atas kesempatan menerima aku dan keluarga melawat di sini.
Terima kaseh kerana kesempatan merasai keunikan tempat ini.

Go Well and Stay Well Tanjong Pagar. Kita akan jumpa lagi!!!

Catatan sipi :

baca artikel artikel di sini juga :
http://thelongnwindingroad.wordpress.com/journeys-through-tanjong-pagar/


***Sr (anak sulong aku)

No comments: