Kalau nak melihat hijaunya negeri
Naiklah keretapi
Kalau nak melihat hilangnya negeri
Naiklah keretapi...
Semasa trip aku ke Tg Pagar yang lalu, aku ada menyimpan sekerat kata. Sekerat kata ni dalam pemahaman aku adalah tulisan dua kerat sahaja. Aku mengaku yang tahap tu sahaja termampu masa itu. Hasil sekerat kata ni terhasil selepas cek out di CIQ Woodlands. On the way back to Johor. Pada masa itu, tren baru mencecah Tambak Johor. Hala ke Johor Bahru. Seperti biasa aku berada di ruang antara koc. Hisap rokok. Aku ada teman merokok masa itu.
Abang dari Pontian. Seminggu sekali menjenguk emaknya yang keseorangan. Hero jugak abang ni borak. Ekonomi Singapura yang melembong macam belon, kerisauan PAP akan ekonomi yang semakin mencecah dinding sekirannya tiada usaha mencari peluang ekonomi baru, pengalaman beliau membeli rumah dan kebujangan beliau yg mencapai umor 42. Sebagai nota kaki, kasino kedua baru kick off pada masa itu.
Perbualan kami berawal dari Tanjong Pagar lagi, kalau tak silap bermula apabila tren melintas Pasir Panjang. Seronok tengok motorist berenti menunggu kami melintas. Haha. Borakan kami tersentap sekejap apabila singgah di Woodlands.
Abang Pontian ni turun kat JB Sentral. Apabila tren semakin menghampiri Malaysia dengan pengumuman daripada pemandu. Kami berdua beredar bersalam seperti adat yg muda menghormati yang tua.
Semasa di tempat duduk, aku sudah melengkapkan sekerat kata ini dan memang berkobar kobar hendak di tekskan di mana mana, FB atau Blog. Aku berjaya juga menahan geram di hati selama setahun lebih. Pada hari ini, aku lepaskan sekerat kata ini :
"Kalau nak melihat hijaunya negeri
Naiklah keretapi
Kalau nak melihat hilangnya negeri
Naiklah keretapi"
Nor Azrin Azrul Azizi @ Tok Wali
Tanjung Pagar, Singapura
22 Jun 2010
---------------------------
The story of life is quicker than the blink of an eye. The
story of love is hello and goodbye, until we meet again.
-Jimi Hendrix-
No comments:
Post a Comment