28 August 2012

Nat Bota Kanan, Perak

Sebenarnya NAT ni hanya terpakai di Perlis dan Kedah sahaja. Sengaja gunakan.  Biasanya lain tempat di gelar Pekan Sari, Pekan Sehari, Pasar Minggu atau Pasar (ikut hari).  Kalau di Simpang Empat, Perlis...biasanya kami sebut NAT sahaja.  Untuk golongan luar dari kawasan Simpang Empat/Kayang, depa kadang-kadang sebut NAT Selasa.

Baru-baru ini berkesempatan singgah ke Bota Kanan, Perak.  Layan juga di sini kerana kekayaan jualan hasil kampung dan ikan daratnya.  Kalau nak tengok buah terjuntai ke atas, layan lah video di bawah ni.




Sedikit mengenai kata "Nat" : Nat ini menurut sumber adalah  pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam bahasa Samsam.  Sedikit maklumat mengenai bahasa Samsam.  Mungkin kita mudah bersetuju bahawa bahasa Samsam ini adalah campuran bahasa Thai dialek selatan atau Pak Thai dengan bahasa-bahasa sekitar kawasan penutur seperti Dialek Kedah, Hokkien/Cina dan bahasa minoriti lain.  Baca di bawah ini :

Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation  Noriah Mohamed & Omar Yusoff 28(2) (2010): 35 - 6135
Tinjauan Identiti dan Bahasa Hibrid dalam Kalangan Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia
NORIAH MOHAMED & OMAR YUSOFF


Secara am, Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan adalah tiga  komuniti yang melibatkan percampuran antara orang Siam, Cina dan India
dengan Melayu. Namun demikian, mentakrifkan konsep hibrid bagi ketiga tiga komuniti ini tidaklah semudah yang dimaksudkan dan hal ini dibuktikan menerusi perbincangan di dalam bahagian berikut.

Samsam

Komuniti Samsam ialah komuniti yang menetap di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Namun demikian, lokasi petempatan komuniti ini agak sukar ditentukan kerana kekaburan konsep identiti komuniti ini. Tinjauan lapangan dan sorotan literatur menunjukkan bahawa terdapat beberapa buah negeri di utara Semenanjung Malaysia, yakni Kedah, Perlis dan Langkawi disebutkan sebagai kawasan menetapnya komuniti ini.

Dari segi identiti, terdapat dua pandangan tentang maksud hibrid bagi identiti Samsam. Pertama, pandangan awal tentang komuniti Samsam menyatakan bahawa komuniti ini memang produk perkahwinan campur antara Melayu dengan Siam; Melayu, Cina dengan Siam; atau Siam dengan keturunan penduduk asli Langkasuka atau Ligor (Archaimbault 1957: 75). Bagaimanapun, Archaimbault selanjutnya menyatakan bahawa persoalan asal usul yang berbaur ini hanyalah satu hipotesis dan tidak boleh ditentusahkan sehingga pemerian tentang bahasa, adat istiadat dan institusi dalam kalangan Samsam ini dilakukan secara menyeluruh.

Kedua, menurut Azman Wan Chik (1968), Samsam ialah orang Melayu Islam yang datang dari Thailand ke utara Semenanjung Malaysia. Azman yang melaksanakan kajiannya tentang Samsam yang menetap di Titi Tinggi, Perlis ini menyebutkan bahawa orang Samsam berasal dari Pattani (dieja Petani oleh Azman), sebuah daerah di wilayah selatan Thailand dan sewaktu kajiannya kelompok ini sudah menetap di Titi Tinggi, Perlis selama lebih daripada tiga keturunan. Pandangan Azman ini dipersetujui oleh Zaharah Mahmud (1979: 132) apabila beliau mencatatkan bahawa:

“These people were mainly extensions of the Malays inhabiting the Thai States of Chenak, Raman, Tiba, Patani and Setul”.

Archaimbault (1957: 75) bersetuju dengan pandangan bahawa Samsam ialah warga Thai yang beremigrasi dari Nakorn Sit’ammarat dan Songkhla (Singgora)  di Thailand pada sekitar abad ke-17. Namun begitu, baginya terdapat dua kelompok Samsam, iaitu Samsam Siam dan Samsam Melayu. Maksud Archaimbault (1957: 76) Samsam Siam ialah warga Thai yang beragama Buddha, manakala Samsam Melayu pula ialah warga Thai yang beragama Islam


Samsam yang dimaksudkan oleh Azman Wan Chik (1968) atau Zaharah Mahmud (1979) ialah Samsam Melayu. Apabila dikaitkan dengan agama Islam, Samsam Melayu ini pula tidaklah begitu mengambil berat tentang soal agama. Zaharah Mahmud (1979: 132) menyebut kelompok ini sebagai orang Siam yang berorientasikan Melayu. Menurutnya:

“These were the culturally, though not religiously, Siamese oriented Malays”.

Maksudnya, Samsam ialah orang Siam yang berorientasikan Melayu mungkin dari sudut budaya tetapi kurang dari segi agama (Islam)nya. Orang Siam yang berorientasikan Melayu ini sebagai ‘Malaysising Siamese’ yang bermaksud orang Siam yang masuk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu tetapi rohaninya masih kekal Siam walaupun keturunannya akan menjadi Islam sepenuhnya. Sebaliknya pula terdapat juga orang Melayu yang berorientasikan Siam. Sama ada ‘Malaysising Siamese’ atau Samsam kedua-duanya tidak begitu prihatin dan teliti dengan makanan. Mereka makan makanan yang tidak bersih seperti labi-labi dan tidak pergi ke masjid.

Bertitik tolak daripada identiti hibrid ini juga Samsam dikaitkan dengan 
maksud perkataan samsam. Pemaklum Samsam yang ditemu bual oleh Archaimbault (1957: 5) menyebutkan bahawa samsam berasal daripada perkataan ‘tcham-tcham’, iaitu perkataan daripada bahasa Cina Hokkien yang bermaksud membaurkan atau mencampurkan.

Perkataan ‘sam’ dalam bahasa Thai juga maksudnya membaurkan, mencampurkan, berbaur atau bercampur. Dari sudut bahasa dan budaya tidak sulit untuk mengaitkan Samsam dengan identiti hibrid ini. Hal ini bermakna, sama ada Samsam Islam atau Samsam Siam, unsur bauran dalam kehidupan mereka menunjukkan percampuran dari segi dua budaya atau bahasa, yakni Siam dengan Melayu atau Siam dengan bangsa lain. Meninjau dari sudut   penghibridan identiti (Melayu dengan Siam) ini juga, Hortsmann (t.t.: 7) dalam tulisannya yang  bertajuk “Dual ethnic minorities and the local reworking of citizenship at the Thailand Malaysian border” membincangkan tentang Samsam di Langkawi pada hari ini yang memegang dua identiti, Thai dan Malaysia. 

Dalam salah satu kes tentang keluarga Samsam yang menetap di Langkawi yang dibincangkannya, beliau menceritakan:

 “Their daughters and sons move back and forth between Ban Sarai and Langkawi, benefiting from the uncertain, ambiguous space in the sea and the geographical proximity of Langkawi, lying just south of the Thai border.”

Walaupun mereka masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengenalan sah daripada pihak Malaysia, kelompok ini masih meneruskan kedua-dua identiti ini dalam kehidupan mereka. Dalam hal ini, di Langkawi salah satu ciri Samsam yang menonjol ialah usaha mereka untuk menjadi Melayu seboleh-bolehnya tetapi menekankan hubungan kekeluargaan, ikatan emosi, bahasa dan agama dengan Thailand atau dengan kata lain kekal sebagai orang Thai. Namun begitu, untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik mereka berhasrat untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dan terus menetap di Langkawi sebagai nelayan. Proses asimilasi mereka mungkin perlu dibayar dengan harga mahal kerana (Hortsmann t.t.: 7):

“ ... while the younger generation of the Sam Sam in Malaysia, being ashamed of the practices of their ancestors, have abandoned the Thai language”.

Hal ini mungkin berlaku kerana menurut Hortsmann (t.t.: 7) generasi muda Samsam menganggap bahawa:

“The identity of the Samsam integrates elements from the Thai and Malay worlds, playing on the ambiguities between cultural boundaries”.

Generasi muda Samsam ini mungkin inginkan satu identiti yang dapat melambangkan diri mereka yang sebenar, sama ada sebagai Thai atau Melayu, bukan antara kedua-duanya.

Rumusannya, walaupun terdapat cara yang berbeza untuk mendekati makna Samsam, disebabkan konsep hibrid dalam konteks perbincangan ini berteraskan Melayu, maka Samsam bermaksud orang Melayu yang beragama Islam dari wilayah-wilayah selatan Thailand dan keturunan mereka yang datang dan menetap di Malaysia. Mereka boleh jadi keturunan asal Siam atau hasil perkahwinan campur dengan orang Melayu di Malaysia.

Takrif Samsam yang awal tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada Samsam pada hari ini. Antara takrif Samsam yang dimaksudkan ialah takrif yang berkait dengan orang Siam yang berorientasikan Melayu dari sudut budaya tetapi kurang dari segi agama (Islam)nya, tidak warak dan mengamalkan aktiviti yang bertentangan dengan Islam; orang Siam yang masuk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu tetapi rohaninya masih kekal Siam walaupun keturunannya akan menjadi Islam sepenuhnya; orang Melayu yang berorientasikan Siam tetapi masih beragama Islam; atau orang Samsam yang melakukan aktiviti rompakan.

.
Hal ini demikian kerana pengertian Samsam yang awal ini yang dikaitkan dengan imej negatif agak sukar dikaitkan secara langsung dengan kelompok manusia dan bahasa pada waktu ini.


Bacaan tambahan pi sini Jurnal

20 August 2012

Bual Santai Bersama Imam Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis

Berikut adalah sedutan bual santai bersama Tn Haji Salim bin Hj Shaari yang dijalankan pada 29 Ramadan 1433 Hijrah.  Extended version akan dikeluarkan dalam sedikit waktu.


Aku mula kenal masjid, terawikh, moreh, semangat gotong royong di masjid ini lah.  Sosok-sosok lain yang aku ingat semasa di masjid ini ialah almarhum tok ayah aku, Cik gu Ya Mustaffa, alm. Ustaz Omar,  alm.Tok Haji Pa, alm. Tok Wa Sahak (Ishak Hj Kassim), alm. Mail Terubok, dan ramai lagi.  Pada raya Aidilfitr yang lalu (19 Ogos 2012) berkesempatan lagi berjemaah di sana.  Masih menten dan tidak berubah tok imam dalam mengendalikan procession solat sunat Aidilfitr seperti tahun tahun sebelumnya.

07 August 2012

The Best of Datuk Hasbullah Awang Part 1





Kalau di Malaysia, tidak payah kita perkenal akan sosok di dalam gambar di atas. Semua orang kenal walaupun tidak tahu nama bahawa beliau adalah seorang pengulas sukan paling hero sejak pertengahan 80an hingga sekarang.  Sebelum muncul di kaca tv, beliau adalah pengulas sukan radio.  Nak ditambah cerita, beliau pernah buat VO untuk filem Sumolah arahan Adfllin Shauki.

Memiliki skill mengulas yang tersendiri dan acapkali sangat lips happy dalam ulasan.  Berikut adalah ulasan beliau yang hampir dan sudah pasti menjadi sejarah dalam lipatan ingatan penggemar siaran TV RTM.  TV lain tak de benda benda ni semua.  Syabas Datuk Hasbullah Awang.


1. kategori plywood (flyweight)
Acara tinju dalam kejohanan berkenaan.  Akibat kementenan beliau menyebut istilah berkenaan, penulis dapat sahkan bahawa kamera MCP studio tu bergegar sebab kameraman gelak berhinggut hinggut bahu lagaknya!


2. khalid yunus (khalid jamlus)
Perlawanan Selangor dengan Perak.  Yang pasti pada masa ini Khalid Yunus masih Timbalan Menteri Penerangan.  Dalam usaha Khalid Jamlus (nama sebenar) sedang cuba memperkotak katikkan barisan pertahanan lawan, beliau secara tersasul untuk kesekian kalinya menyebut Khalid Yunus.  Bagusnya beliau dengan pantas membetulkan sasulan berkenaan dengan kalimat : " ooww itu bos saya... Khalid Jamlus yang sebenarnya"

3. ‎"Chipita memassing kepada Chipita..ohh maafkan saya, 2-2 hitam..keliru saya di situ"
Penulis tidak pasti ini game Perlis yang mana kerana tetapi ayat beliau memang bikin panas kekeh.

‎4. "apa yg kita mahu cuma satu, M.E.N.A.N.G..."

5. Misbun...
Swie King...
Misbun...
Swie King...
Swie Bun......

Badminton - Misbun Sidek vs Liem Swie King

Ini mungkin masa ulasan selari radio


6. "Pemain sayap yang makanan kegemarannya adalah nasi ayam"
"Bapanya seorang guru silat di Kedah"
Ulasan selayang pandang Mohd Khyril Muhymeen Zambri

 7. "perlawanan malam ini adalah sangat-sangat PENTING!!! kerana pemenang perlawanan ini akan melangkah ke perlawanan AKHIR" (dengan penuh nada suspense, memanglah, tu semi final..)

 8. "oooaahhh.... tak sempat brek disitu.."

 ‎9. "seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol"

10. "Oh Tidak.."

11. ada skali tu, malaysia nak tukaq player, syafiq rahim tgh jalan nak p angkat korner dan kamera fokus kat syafiq rahim. haji hasbul "ahh..pertukaran lagi kali ini pemain pertahanan akan menggantikan syafiq rahim di posisi tengah..satu strategi baru nampaknya.." dan syafiq rahim jalan nak p amik corner ja pun... 

 12. "Pasukan lawan mendapat bola dan akan cuba berbuat sesuatu..."

No 1 dan 2 adalah pengalaman sebenar penulis. Manakala seterusnya diambil dari FB rakan penulis Hatta Husin dan kawan-kawan beliau.


13. "Keluar! Tapi dalam. Dalam! Di atas garisan bulu tangkis jatuh" credit to Asni Badul

14. "Dengan doa seluroh rakyat Malaysia, doa isteri-isteri Razif dan Jalani yang sedang mendodoikan anak-anak mereka, sejarah akan tercipta di final Piala Thomas ini"












25 July 2012

Logo-logo Tidak Rasmi Hari Kemerdekaan 2012




Adat manusia, bila dah kurang elok... masing-masing nak tunjuk logo-logo yang mereka fikir elok.  Tapi memang elok. Pusing planet Prometheus 25 kali pun memang elok.  Sunggoh elok.



5 Mohamad Atif Mohamad Nadzir
7. Afiq Nadzir

Anne secaray peribadhi, pileh nomor 5.  Entey gimana? Ada satu berkonsep ketupat.  Lagi cool. MERDEKARAYA



Razman Naim


Imej-imej di atas adalah ihsan AMANZnetwork dan Diari Putera