11 July 2011

ikon

Aku mengucapkan takziah dan penuh dukacita ke atas keluarga Allahyarham Badaruddin Ahmad yang meninggal dunia akibat sesak nafas semasa demonstrasi Bersih 2.0. Difahamkan bahawa jenazah Allahyarham selamat disemadikan pada petang 10 Julai 2011.

Ajal maut kehendak Allah. Punca berlaku hanya pelengkap proses. Sekali lagi aku merasa dukacita dan kesal atas apa yang berlaku.

Disebalik kejadian ini, Allahyarham telah diangkat menjadi ikon oleh pendokong gerakan ini. Kisah beliau akan terus menerus dibualkan oleh orang ramai.

Apa pun, kegagalan kita tegas dari awal, hanya banyak pandai berlapik tepis akan terus menerus melahirkan ikon ikon baru yang akan menemani ikon ikon yang sedia ada.

No comments: