11 July 2011

Apa dipandang kelapa nan sebatang

Usai sahaja sebuah melepas rasa, sudah pasti banyak perkara sampingan yang dibincangkan. Antaranya mengenai berapa ramai yang terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0 ini. Seronok membaca komen komenan seputar internet mengenai perkara ini.

Ada yang bilang sejumlah itu, sejumlah ini. Tidak kurang yang mencuri masa peribadinya untuk mencari maklumat dari pers pers dunia mengenai berapa jumlah yang terlibat.

BBC melaporkan 120ribu, AlJazeerah 100ribu. KOSMO 6ribu. Harakahdaily 50ribu. Apa yang dikisahkan sangat dengan berapa yang hadir. Orang Malaysia memang gemar dengan benda benda by produk ini. Cuba kita lihat produk sebenar demonstrasi. Cubaan menggambarkan Malaysia huru hara sudah berjaya. Gerakan Bersih di Australia, Amerika Syarikat dan UAE juga sebagai menambah kuah pedas untuk apa yang dimake believe kepada orang luar. Ini yang penulis hadapi masa Bersih 1.0 apabila dikutukrapat akibat angka yang penulis andaikan tak menepati kehendak mereka.

Kita di dalam negeri maseh juga dok bertikam akan angka yang hadir sedangkan di luar, lain sudah tanggapan mengenai Malaysia.

The more the merrier. Tak lah kot.

Kalau nak bincang juga dengan angka, wajar penulis memilih Harakahdaily sebagai johan!

Jangan asik dok pagaq nyoir sebatang sedangkan dibelakangnya dah jadi lombong pasir hahahahahaha.

No comments: