03 July 2011

Painjur dan Upa Upa


Dahulu digunakan kepala kambing diletak di atas dulang. Sekarang digunakan ayam goreng aje.


Photo adalah dari Facebook Kampung Ayer Tawar's Photos - Lawatan Muhibbah Kaum Mandailing Kg Kerangai NS Ke Kg Ayer Tawar

Ayer Tawar, Sitiawan 3 Julai 2011 :

Sebuah majlis kenduri berasaskan adat masharakat Mandailing telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Tawar pagi ini. Kenduri ini merupakan majlis memijak tanah untuk bayi yang lepas berpantang. Istilah Mandailing adalah Painjur ( pak ee jooh) yang bermaksud 'diturunkan'. Biasanya yang menjadi pemula acara adalah orang tua tua dalam masharakat ini.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran kira kira 50 tetamu dari Kampung Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan. Kampung ini merupakan perkampungan masharakat Mandailing di Negeri Sembilan. Kehadiran jemputan ini adalah merupakan kunjungan balas setelah menerima lawatan daripada rakan dan sahabat handai dari Kampung Ayer Tawar kira kira dua bulan yang lalu.

Selain itu, adat Upa Upa juga dijalankan dalam majlis berkenaan. Kedua dua adat berkenaan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Mandailing. Majlis berakhir dengan jamuan tengahari.

Masharakat Mandailing berasal dari Sumatera, Indonesia. Berhijrah ke negara ini semasa Perang Padri yang melanda Sumatera pada abad ke 18. Penempatan masharakat Mandailing di Malaysia kini adalah di Sitiawan, Batu Gajah, Chemor, Malim Nawar, Hulu Langat, Jelebu, Sungai Manik dan Terachi secara kelompok utama.

Berikut adalah sebahagian daripada kalimat Mandailing semasa upacara Upa Upa dijalankan :

Sada dua tolu ampat lima anam pitu... Sada maraa (sada,. dua.. tolu.. opat. . lima ..onom ... pitu...)

Penulis pun gagal sebenarnya hahaha walaupun mengaku masuk marga Nasution hahaha. Proud to be part of the traditon. Penulis pernah ke Kg Kerangai setelah mendapat maklumat dari saudara Zazmie Zain. Lama sudah mendapat info tetapi baru tahun 2010 sampai ke sana. Zazmie Zain ialah DJ Radio terkenal RTM yang sekarang bertugas di RTM Melaka.


Sekiranya ada maklumat tambahan atau pembetulan, adalah dialu-alukan melalui ruangan komen di blog ini.

No comments: