09 July 2011

Bimbang Yang Diulang-ulang

Malaysia
1645 hrs
...................


Kita bimbang setiap tindakan kita dimanipulasi untuk tujuan siasah. Kita tidak pula bimbang perpaduan yang sangat bagus sedang diperelai (dileraikan) oleh anasir yang jelat dengan negara ini.

Kita bimbang dengan aliran aliran yang memakan suara dan sokongan kepada kita.Kita tidak pula bimbang dengan kegoyangan keputusan muktamad yang perlu dikontankan dalam split second yang akhirnya akan memakan suara yang membantu kita.

Kita bimbang dengan peningkatan golongan muda yang terlalu marah dan jumping dalam hal hal tertentu. Malah mereka sanggup bersekufu dengan golongan lain untuk memijak jalanan melepas rasa. Kita tidak pula membimbangkan diri untuk memikir bahawa mereka adalah golongan yang bebas keberhutangan dan bebas tanggungan.

Kita bimbang dengan perpaduan darah tapi kita tidak bimbang untuk menyimpan kuku dan duduk berbincang sesama darah.

Kita bimbang dengan kuasa dunia siber tapi kita tidak bimbang yang membakar di ruang siber tidak pula turun membakar keringat bersama kita di dunia nyata.

Kita bimbang akan penurunan sokongan tetapi langsung kita tidak bimbang yang setiap sendi kita ada tali yang menarik narik mengikut rentak.

Kita bimbang dengan kerjasama tetapi kita haram tidak perasan pun bahawa hanya kita dalam barisan yang menghadapi sendiri.

Kita bimbang dan kita membawa diri, berdiam diri, goyang mengontankan sesuatu. Kita tidak bimbang bahawa semua di atas akan memakan diri.

Kita bimbang dengan kebimbangan itu dan kita tidak pula bimbang akan kebimbangan yang seharusnya kita bimbangkan.

Tok Wali
Sas-terraa-wan Auta
9 Julai 2011
Malaysia



***
Orang muda tidak bimbang sangat sekiranya apa apa berlaku kepada mereka, diri sendiri yang dibawa. Adakah kita sedar perkara ini. Kalau hutang menjerat diri, poket yang perlu dijaga. Golongan ini akan menentukan masa depan negara. Tari sudah nampak dengan jelas tarian apa yang dipersembahkan.

1 comment:

Anonymous said...

very much true...terdiam membacanya.