Showing posts with label Rao. Show all posts
Showing posts with label Rao. Show all posts

06 October 2012

Buku : Biografi Tokoh Rao



Kepada penggemar kisah sektoral manusia yang berbilang suku bangsa, boleh la membeli keluaran terbaru tulisan Zabidin Haji Ismail yang membincangkan sumbangan tokoh-tokoh suku Rao/Rawa di Malaysia.  Boleh didapatkan terus dari penulis pada masa ini.  Haaa kiranya special la sebab direct from the writer.

RM30 sahaja. Ilmu jangan disimpan. Nilai jangan dikira.

Berikut sedikit sinopsis buku ini :


Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu suku Melayu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada tamadun negara.  Etnik ini mula berhijrah dari Sumatera Barat, Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi kerana merantau dan berdagang. Tetapi apabila berlaku Perang Paderi 1816-1833 di Rao, ramai penduduknya melarikan diri ke Tanah Melayu kerana tidak tahan menghadapi keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda. Apatah lagi Rao jatuh ke tangan Belanda, pejuang dan pendekar perangnya diburu dan diseksa menyebabkan mereka meninggalkan tanah Rao mencari tempat perlindungan termasuk ke Tanah Melayu. Di Malaysia, diaspora Rao terdapat di beberapa tempat tertentu seperti di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor. Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia merakamkan biografi ringkas yang meliputi ketokohan, sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik Rao di Malaysia.

29 January 2012

Adat Berjojak Orang Rawa/Rao



Berikut adalah video klip Adat Berjojak Orang Rawa/Rao.


Peraknews.com



TUJUH jenis bunga, ibu kunyit hidup, cincin emas, tanah liat, gong, lilin dan mercun - semuanya disusun rapi dalam talam dengan kain kuning menandakan bermulanya adat Berjojak Melayu Rawa.Adat ini menandakan detik anak keturunan Rawa yang berumur setahun sebulan pertama kali menjejak tanah sejak lahir. 




Orang Rawa atau dikenali juga Rao cukup terkenal dengan adat berjojak (pantang tanah). Adat berjojak ini atau “pantang tanah” amat sinonim di kalangan masyarakat keturunan Rawa iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ke tanah.

Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapa peneroka Batu Masjid, Gopeng, Perak.

“Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkan menjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah pada mana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah-muntah.”