02 February 2013

Evolusi Lukis SR/HD



Berikut adalah gambar-gambar my daughter usahakan pada peringkat awal mengenal software Sketchbook :






Yang di bawah ni yang paling latest :



Dengan medium tradisi pon jadi lagu ni :


23 January 2013

Tak Mungkin Pendeknya Barisan Sebagai Penentu Masa Hadapan


Kenapa PUBLISHING?

Sudah hampir 14 tahun aku meninggalkan Kajian Sebaran Am.  Aku yang masuk 3 tahun 6 bulan sebelum itu, telah mendapat satu jawapan baru kenapa aku pilih MC15 Publishing sebagai agenda belajar aku di sini. Secara kesimpulan aku dapat banyak perkara baru sepanjang jadi budak Masscomm dan budak Pub.  Macam-macam lah mereka itu mengonon aku akan MC15 ini.  Kursus baca doa makan dan macam-macam lagi yang didengar.

Selepas melalui kursus Pra Diploma selama 6 bulan dengan pengasuh dari Pusat Bahasa ITM, tibalah masa menjadi budak Part 01 dan masuk part 02 dah kena pilih kursus yang sesuai.  Pada masa itu Kajian Sebaran Am hanya offer 5 kursus sahaja. Public Relations, Journalism, Broadcasting, Advertising dan Publishing.  Kalau ikut sejarah Publishing paling bongsu.  Kalau tak silap tahun 1990.

Pada hari yang ditunggu-tunggu dengan mind set perbincangan yang tak bertepi dari malam tadi. Malam tadi di Seksyen 2 hingga di bucu katil double decker Perindu. 

"Ok ok aku amik Broad. (biasa la kawan ramai nak ambil yang itu. Senang nak study group. Kononn) "

Aku dah lupa kat level 13 atau 12 proses pemilihan kursus tu berlaku.  Aku minat dengan lokasi level 12 lagi. Sapa boleh confirm kan?  Setelah gembira mengukur jalan dari Perindu via CK ke sekolah SS sampailah ke bilik yang dituju.  Dah ramai daaaah. apa yang seronok datang awal pun entahlah.  Semua akan dapat masuk kursus juga.  Cuma ada sikit-sikit angin kalau kouta dah penuh, tak boleh join kursus yang kita nak.  Tak pa, ukur jalan melalui sekolah SS adalah lebih menarik.  Merka sesaja.

Balik kisah dalam bilik, dah panjang baris di laluan Journalism, Broadcasting, dengan Advertising. Steady hanya di Public Relations dan Publishing  aja nih.  Tapi berbalik kepada perenggan di atas, dah bulat hati nak masuk Broadcast. Baris juga.  Belakang Mamat Sarizal kalau tak salah aku sebab dari tadi aku tengah fikir aku berjalan dengan siapa semasa mengukur jalan ke sekolah SS tadi,  Mamat Sarizal rasanya rakan ukur jalan hari tu.  Punya la ramai kat line Broadcast ni.  Bosan pulak tunggu.  Hati menjadi ayer kosong dah. Tawar hebiar kelakunya.  

Bila dipandang-pandang di sudut hujung, aku tengok lambaian Zaili dan Bob semakin kuat menarik ke sana.  Hmmm.. best juga masuk kursus yang line tak panjang ni.  

The rest is history. Tapi aku cherish semua pengalaman, suka suki pahit payau dan aku apply setakat boleh apa yang dibelajar di sana.  Now dah new media dan aku stucked di blog ini.





Pusaka Kajian Sebaran Am

12 December 2012

4 Hari 3 Malam

Saya ingin mencadangkan agar semua sektor mengubah waktu bekerja dari 5 hari bekerja kepada 4 hari bekerja dan 3 hari hujung minggu berdasarkan justifikasi berikut:

a) Memberi ruang kepada penganut agama Islam untuk ke masjid awal sedikit pada hari Jumaat dan penganut Kristian ke Gereja pada hari Ahad.

b) Work Life Balance. 5 - 2 tak berapa balance kan? Sekurangnya - kurangnya 4 - 3 agak balance.

c) Less travelling, less pollution. Less carbon released, less electricity used in offices.

d) Memberi peluang kepada lebih peluang percutian. Boosting local tourism. (Biasanya 3 hari orang cuti di Malaysia sahaja).

e) More shopping time. Boosting local economy.

f) Memberi peluang untuk orang mengutamakan perkara lain selain bekerja seperti berehat, beriadah, beribadah dan sebagainya. Important for mental sanity.

g) Kalau perlu, tambahlah 2 jam every day from Monday to Thursday. Tapi perlukah?

h) Memberi ruang untuk orang lain membuat aktiviti masyarakat. Too much emphasize given to office work. Community work is equally important.

i) Orang Sales pun untung. Walaupun mereka tak dapat cuti, tetapi more days off, diaorang boleh jumpa client during their off day.

j) Lebih banyak orang travel atas jalanraya KL, lebih pemarah jadinya mereka. So a day off boleh soothkan.

k) Boleh exercise. Sekarang tak cukup masa. (hahaha)

l) All extra unfinished work boleh buat kat rumah sebenarnya. We have the technology. Even now pun, some of us brings our work back home and do it on the weekend. Well, at least, we are HOME.

m) Happy worker is more productive. That's fact. Where did i get that fact from? I dont know, it must be somewhere. Mesti dah ramai orang buat research on this. Go and find it if you want. At least i know i am more productive when i am happy.

n) Performance should always be based on output and not hours input. There is no point putting hours but without input. Waste electricity.

o)Seriously, is life all about work? Kita bekerja untuk hidup ke atau hidup untuk bekerja?

p) Feel free to add your justifications.




Posting ini aku ambil dari FB azmil.abrar

20 October 2012

Minda Celaru : Kg Semarah Padi



Mula-mula aku nak ucap tahniah kepada Melissa Saila and the gang kerana berjaya mereka satu cereka yang sangat sempoi.  Pertama kali dilayar tvkan pada Hari Raya Pertama 2012 yang lalu.  Baru-baru ini  ada rerun di saluran yang sama. 

Bayangkan kalau satu opis disumpah marah marah selama setahun.  Mau meriah seluruh opis dengan suara-suara tinggi walauon ngajak teman seopis minum kopi.  " JOMLA!!!! MINUM KOPI!!!"  Cool...

Kisah secara mudah apabila Musalmah yang memakan cempedak Tok Pengulu Siak, ditangkap dan dihukum bunuh. Akibat rayuan demi rayuan tidak diendahkan maka Musalmah menyumpah seluruh penduduk kampung Semarah Padi sentiasa marah-marah dalam kehidupan harian mereka.  Musalmah baran sebab beliau asyik kena marah dari ditangkap sehingga ke tepi pantai.  Kisah ini dikiaskan pada hari Jumaat 4 Safar 1300 hijrah / 15 Disember 1882 sehingga 20 tahun selepas itu.

Muzik latar seperti kisah-kisah filem 50an.  Paling hebat lakonan ialah dari Shiela Mambo.  Ngam betoi suara dan marahnya.  Build up karekter mula dimakan sumpah adalah seperti klip ini.



Hanya satu bahasa asing dituturkan sepanjang kisah ini - shortcut.  Itu pun rasanya pengarah melepaskan scene berkenaan untuk penonton.