Logo lama UiTM |
Ada banyak perkara berlaku dalam tahun 1996. Mungkin belasan billiun yang telah terjadi. Kalau dalam negara adalah seperti begini :
1. Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Permaisuri Nur Zahirah.
2. Jenazah Rosli Dhobi di bawa pulang dan dimakamkan di Sibu.
3. Modenass Kriss dilancarkan,
4. Maikel Jackson berkonsert di Kuala Lumpur.
5. Blackout PAKA.
6. MEASAT-1 dilancarkan di Guyana Perancis.
7. Tragedi 26 Disember Taufan Greg di Sabah.
8. LTDL pertama dipertandingkan.
9. Sweet Charity membuat penampilan semula yang pertama selepas berpecah pada tahun 1986. Konsert pada Januari 1996 diberi nafas sebagai Konsert Wajah.
Luar negara adalah seperti begitu :
1. Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB
Saudara Kofi Annan |
2. Benjamin Netanyahu sebagai PM Israel.
3. Stephen Hendry sebagai World Champ Snooker.
4. Sukan Olimpik Atlanta, USA
5. Pada tahun ini juga adalah kali terakhir Liverpool menjejak kaki bermain akhir di Stadium Wembley (the Old Faithful). Perlawanan yang berlangsung pada 11 May 1996 itu, menyaksikan Liverpool kena sebijik dengan gol Cantona 5 minit sebelom masa sebenar tamat. Aku masa ni tak tengok rasanya, dok sebok ronda kampung. Masa ini tengah cuti semester. Memang tak lekat di rumah la.Pagi tadi, selepas 16 tahun menanti, Liverpool berjaya sekali lagi ke Wembley (setelah renovasi) untuk bertemu Cardiff City dalam perlawanan akhir Carling Cup 28 Feb 2011.
Sekiranya tidak disebabkan delay dalam penyerahan stadium Wembley yang baru yang dijadualkan pada 2006, Liverpool tidak perlu menunggu sehingga 16 tahun untuk pijak balik stadium ini untuk merasai suasana perlawanan akhir bolasepak Inggeris di stadium berkenaan.. Wembley hanya diserahkan pada tahun 2007. Liverpool layak ke akhir Piala FA pada tahun 2006. Akibat delay ini, perlawanan dikekalkan di stadium Millenium, Cardiff, Wales.
VS
Berjumpalah lagi dengan tuan rumah FA2006 tapi selaku lawan pada FA2012.