06 March 2009

GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Tertarik.... sebab ramai yang dok tumpang jadi kepala tau le ning...

Dari blog ke blog

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,
"LAGI AKAN DATANG KEPADA MANUSIA TAHUN TAHUN YANG TANDUS. DAN
PADA WAKTU ITU ORANG YANG BERDUSTA DI KATAKAN BENAR DAN ORANG
YANG BENAR DI KATAKAN BERDUSTA. ORANG KHIANAT AKAN DI SURUH
MEMEGANG AMANAH DAN ORANG YANG AMANAH DI KATAKAN PENGKHIANAT.
DAN YANG BERPELUANG BERCAKAP HANYALAH GOLONGAN "RUWAIBIDHAH".
Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah ?"
Nabi s.a.w. menjawab "ORANG YANG KERDIL DAN SEBENARNYA HINA DAN
TIDAK MENGERTI URUSAN ORANG RAMAI."
- ( Riwayat Ibnu Majah )
Keterangan
----------
Zaman yang di sebut tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi
material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar
akan di ketepikan dan orang yang khianat dan fasik akan di sanjung
dan di besar-besarkan.
Orang yang benar tidak di beri peluang untuk bercakap. Orang
yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi peribadi yang hina
dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masaalah
yang di hadapi oleh masyarakat. Sebagai contoh, urusan feqah
hendaklah di serahkan kepada orang yang benar benar ahli dalam
bidang hukum feqah. Urusan feqah jangan di serahkan kepada orang
yang sarjana hukum tetapi bukan hukum hukum Islam, sebab akan
mengakibatkan pengambilan hukum mengikut hawa nafsu mereka.
Sebagaimana Sabda Rasulullah dalam hadis sahih :-
"APABILA SUATU ITU DARI PERKARA DUNIA KAMU, MAKA KAMU SEKELIAN
LEBIH MENGETAHUI DENGANNYA. DAN APABILA ADA IA DARI URUSAN
AGAMA KAMU MAKA KEPADA KU (terserah urusan itu)."
Dalam proses menuduh dan memfitnah, berbagai kaedah boleh di guna
-kan. Tidak kira apa pun, asalkan sakit hati, dendam kesumat
dapat di lepaskan. Itu yang penting. Lihatlah betapa rendahnya
martabat si penyebar fitnah, tidak berani berdepan tetapi biasa
-nya memerlukan kuncu kuncu.
Menurut Islam, seorang yang di hina harus mempertahankan diri.
Kalau di fitnah, sunat mempertahankan diri dan maruah. Tetapi
kalau di tuduh sesat, wajib mempertahankan diri. Islam mensyariat
-kan yang di fitnah itu hendaklah menolak fitnah.
Oleh itu bila sesuatu berita sensasi di hidangkan di tengah tengah
masyarakat, orang yang bijak tidak akan terus menelan bulat bulat
berita itu. Allah memerintahkan supaya di selidek, di halusi,
di carikan bukti sama ada benar atau pun tidak. Jangan terus
menghukum tanpa tahu perkara yang sebenarnya. Kelak kalau
tersilap membuat hukuman, amat besar kemurkaan Allah terhadap
kita. Ketahuilah doa orang yang teraniaya itu tiada hijab di
sisi Allah. Sepertimana rintihan Saidatina Aishah ketika menerima
musibah fitnah "ALLAH MAHA MENGETAHUI BAHAWA AKU MEMANG BERSIH
DAN DIA PASTI AKAN MEMBERSIHKAN DAKU."
Dan ingatlah dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh. Jika
kita tidak tahu, jangan malu malu mengkaji, bukan sakit hati,
lalu membuat sesuatu yang menjatuhkan maruah diri sendiri.



Kalau sanadnya lemah silahkan inform di sini. Untuk pengetahuan bersama

Raja Lawak Musim Yang Dulu-Dulu



Bila melihat kemunculan 3 otai lawak; Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param terus memotong angin aku sebenaqnya nak tengok finalis. Kejam betoi sebab ketiga-tiga ini automatik membuat aku mengenang lawak lawak mereka tempo doloe. Antara lawak yang dingati :

Hamid Gurkha (Sikit Punya Gila) : Ahhhhhhhhhhhhhhhh!!! Tebalik lah kao (aksi marah Bas Mini setelah kena halau turun kerana bagi duit rupiah)

Tapi one of the best masa Roda Impian. Pak hamid beli huruf F untuk perkataan maaF. oh gila diingati. huhahaa

Yahya Sulong : Minah Manja. Biasanya partner dengan Mydin. Lupa pulak punch line beliau

Param (Tuan Besar) : Akik...akik...akik... inni...inni...inni.. (aksi tercocok ponggong jarum kait Fauziah Ahmad Daud.

Satu lagi punch line Param : Apa dosa beta.



Pikcas ni adalah hak ampunya terpelihara. Terima kaseh

Post Terpendekk

www.izzahulfah.blogspot.com/2008/06/adab-adab-menziarahi-rumah.html


menarik untuk dibaca neh...

03 March 2009

The Panchaiyat





Dek kerana aku suka sangat gambaq Tamil, Telugu dan Malayalam, aku sangat berasa nak post sedikit pasai perkara ini :

The Panchayat :

The Panchayat is a South Asian political system mainly in India, Pakistan and Nepal. ‘Panchayat’ literally means assembly (yat) of five (panch) wise and respected elders chosen and accepted by the village community. Traditionally, these assemblies settled disputes between individuals and villages. Modern Indian government has decentralised several administrative functions to the village level, empowering elected gram panchayats. Gram panchayats are not to be confused with the unelected khap panchayats (or caste panchayats) found in some parts of India.

Dan tiba tiba sistem ini akhirnya dipakai di negeri Perak :

Dari Malaysiakini.com

Sidang tergempar DUN di bawah pokok
Mar 3, 09 9:00am

Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.



Hail! Hail! Hail!

Maklumat tambahan yang lebeh kleaaaa...
sila pi sini -----> http://www.breds.org.in/llg.html