31 January 2012
30 January 2012
Sosok Yang Boleh Diangkat Sebagai Immortal di SMD
Berikut adalah sebuah video presentation sekumpulan pelajar SMKD (SMD la masa aku haih!) kepada Cikgu Zul yang bertukar ke sekolah lain setelah lebih 25 tahun mengajar di sekolah berkenaan. Masa aku masuk tahun 1988, Cikgu Zul ni dah ada di sana. Lama sunggoh. Masa aku di sana, Cikgu Zul jadi guru Asrama SMD. Beliau tidak pernah mengajar aku secara langsung tetapi selalu dijeling secara langsung masa perhimpunan mingguan sekolah. Seorang lagi ialah Cikgu Shaharim. Lama sunggoh di SMKD(SMD). Pakar menangkap penghisap rokok pada waktu kami mengaji di sana.
All the best Sir! Once A Dermarian Always A Dermarian.
All the best Sir! Once A Dermarian Always A Dermarian.
Wajah-Wajah Sekitar Mesyuarat Persatuan Halak Mandailing Malaysia UPDATED
Berikut adalah update dari :
Adalah lanjutan dari :
Gambar 1-6 Seni Gordang Sambilan
Seni Gordang Sambilan
Kaunter Panitia
Pimpinan
Naib Presiden 1
29 January 2012
Adat Berjojak Orang Rawa/Rao
Berikut adalah video klip Adat Berjojak Orang Rawa/Rao.
Peraknews.com
TUJUH jenis bunga,
ibu kunyit hidup, cincin emas, tanah liat, gong, lilin dan mercun - semuanya
disusun rapi dalam talam dengan kain kuning menandakan bermulanya adat Berjojak
Melayu Rawa.Adat ini menandakan detik anak keturunan Rawa yang berumur setahun
sebulan pertama kali menjejak tanah sejak lahir.
Orang Rawa atau dikenali juga Rao cukup terkenal dengan adat berjojak (pantang tanah). Adat berjojak ini atau “pantang tanah” amat sinonim di kalangan masyarakat keturunan Rawa iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ke tanah.
Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapa peneroka Batu Masjid, Gopeng, Perak.
“Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkan menjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah pada mana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah-muntah.”
Sekitar Mesyuarat Persatuan Halak Mandailing Malaysia
Datang berulos |
Dr. Ahmad Atory Hussein |
Tor-Tor/Menotor |
Pujaan 10 Nescafe |
Wakil Bupati Paluta (Sumatera) Padang Lawas Utara |
Gordang Sambilan |
Pakcik ni cool |
NILAI 28 Jan. - Persatuan Halak Mandailing Malaysia akan menubuhkan Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Mandailing dalam usaha memajukan aspek kehidupan suku kaum berkenaan, terutama di negara ini.
Penaung persatuan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, penubuhan yayasan tersebut selari dengan hasrat persatuan dalam usaha membela nasib suku kaum tersebut.
"Saya menyokong penuh inisiatif ini kerana ia berupaya memberi manfaat kepada ahli persatuan dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kebajikan termasuk sosialnya.
"Langkah ini juga akan membawa setapak lagi terhadap pembangunan serta kemajuan kaum ini sebaris dengan bangsa yang lain di negara ini mahupun di seluruh dunia," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai di sini hari ini.
Jelas Muhammad, seperti bangsa lain, persatuan serta yayasan tersebut merupakan platform terbaik bagi suku kaum berkenaan untuk bersatu memajukan diri masing-masing dalam zaman yang kian mencabar ini.
"Setiap bangsa mahupun keturunan ada persatuan masing-masing, sebagai contoh di negara ini kita ada persatuan orang Cina, orang Jawa, anak Kelantan dan banyak lagi, tetapi objektif utama ia diwujudkan adalah untuk menyatukan ahlinya seterusnya membangunkan suku kaum mereka,'' ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung penubuhan yayasan itu, Muhammad menegaskan, matlamat hanya mampu dicapai sekiranya sesebuah bangsa itu bersatu, selain bekerjasama dan pada masa sama tidak terlalu bergantung kepada barisan kepemimpinan.
"Ini merupakan satu tugas yang besar dan berat, tetapi ia akan menjadi mudah jika semua ahli komited serta memberi kerjasama kepada pemimpin,'' katanya.
Sementara itu, Presidennya, Ramli Abdul Karim dalam ucapannya menjelaskan, yayasan tersebut bakal menyalurkan bantuan untuk anak-anak Mandailing mendapatkan pendidikan termasuk hal ehwal kebajikan kaum berkenaan secara holistik. "Kita akan mencuba sebaik mungkin untuk memastikan penubuhan yayasan itu mencapai matlamatnya,'' katanya.
Pada majlis tersebut, lebih 3,000 suku kaum berkenaan dari seluruh negara termasuk dari Medan dan Sumatera, Indonesia berkumpul menghadiri program tersebut.
UM.
Upa-Upa |
Menjajat Gordang Sambilan
Baru-baru ini, aku mengikuti program orang rumah aku di Nilai. Program Mesyuarat Persatuan Halak Mandailing Malaysia. Selain daripada bermesyuarat terdapat juga acara sampingan seperti Pengkisahan Kedatangan Suku Mandailing ke Malaysia oleh Dr. Ahmad Atory Hussain, Demonstrasi Masakan Orang Mandailing dan Seni Persembahan Gordang Sambilan. Aku nak tulis pasai Gordang Sambilan.
Show #1.
Berdasarkan petikan dari kisah kaseh :
Gordang Sambilan sebenarnya adalah warisan budaya masyarakat Mandailing dan tidak ada duanya dalam budaya etnis lainnya di Indonesia. dan Malaysia. Gordang Sambilan diakui oleh ahli/pakar etnomusikologi sebagai satu ensembel muzik yang teristimewa di dunia. Bagi orang Mandailing terutama di masa lalu, Gordang Sambilan merupakan musik adat sakral (kudus) yang terpenting. Gordang Sambilan dipandang sakral karena dipercayai mempunyai kekuatan gaib memanggil roh nenek moyang untuk memberi pertolongan melalui medium atau shaman yang di namakan Sibaso.
Oleh karena itu, pada masa lalu, di setiap kerajaan otonom yang banyak terdapat di Mandailing harus ada satu ensambel Gordang Sambilan. Alat musik sakral itu di tempatkan di Sopo Godang (Balai Sidang Adat dan Pemerintahan Kerajaan) atau di satu bangunan khusus untuknya yang dinamakan Sopo Gordang yang terletak dekat Bagas Godang (kediaman raja). Gordang Sambilan hanya digunakan untuk upacara adat dan perayaan Hari Raya Idul Fitri.
Keluarga muzik tradisional Gordang Sambilan dilengkapi dengan dua buah ogung (gong) besar Yang paling besar dinamakan ogung boru-boru (gong betina) dan yang lebih kecil dinamakan ogung jantan (gong jantan), satu gong yang lebih kecil yang dinamakan doal dan tiga gong lebih kecil lagi yang dinamakan salempong atau mong-mongan. Gordang Sambilan juga dilengkapi dengan alat tiup dari buloh yang dinamakan serunai atau saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat.
Ali Akhbar - Jurulatih Gordang Sambilan. |
Aku sempat 2-3 minit borak dengan sosok yang sangat steady dan cool ini. En. Ali Akhbar merupakan jurulatih Gordang Sambilan di Institut Bahasa dekat UM tu. Gaya beliau semasa memukul gendang sangat menarik. Kepada yang jarang menonton adalah aksi pemukul 3 gendang yang besar. Melalui kutipan dua video ini, anda akan lihat dua aksi berbeza sang pemukul. Steady. Kalau kita search akan seni ini melalui Youtube, sila lihat aksi sang pemukul 3 gendang utama tu. Sunggoh cool.
Show #2.
Kalau ada koloborasi dengan Sepultura, pasti seruuuuuuu. Rattamahatta Gordang Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)