17 December 2011

Kisah Eddy dan Rudy : "SBPA Guide for Dummies".





Heboh sungguh dengan SBPA. SBPA sana, SBPA sini. Sekarang ini memang staff PA kuasai segala bentuk persembangan. Di mana-mana sahaja SBPA. Pejuang CUEPACS juga menjalankan tugas mereka dengan menilai, menatang, mengandai berdasarkan kefahaman dan pengalaman mengasuh staff PA selama 64 tahun memberi warna warni dalam SABPA ni. Yang terbaru mengenai CUEPACS dan Deklarasi Kola Perlis boleh ke sini.

Seronok membaca komen dalam alam maya, alam siber, alam ghaib mahupun alam kedai kopi. Dalam mesyuarat, dalam bilik ayer, dalam kereta waima semasa membeli durian pun sembang SBPA. Kawan-kawan dari sektor swasta dan sektor durian tiba-tiba menjadi sangat berminat. Mungkin juga bila dengar intipati bahawa PA ini dah agak open bila mana siapa-siapa pun boleh join berdasarkan syarat tertentu di peringkat entry level tertinggi. Satu lagi ada juga penjawat awam yang concern dengan dari mana sumber kewangan untuk bayar gaji yang kalau dilihat secara umum sangat naik dan menyeronokkan. Tak ramai yang menyoalkan punca kewangan nak bayar tapi indah untuk difikirkan. Ap hal nak soal, grab je la gaji tu kan? Asasnya, gaji tinggi mesti ada collateral. Eh sebelum ini ada juga collateral. Camana pulak tu?

Aku tertarik dengan tidak senang hatinya akan tindakan CUEPACS yang mencadangkan supaya staff PA tidak sign opsyen. Sebelum aku perturunkan analogi mudah sahabat aku mengenai SBPA, aku nak bwak gostan sikit ke belakang. Gostannya begini :

1. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976).
2. Sistem Saraan Baru (SSB) 1992-2002
3. Sistem Saraan Malaysia 2003-2011
4. SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012- sehingga diberitahu hehe…

Ada kawan private tanya saya apa itu SBPA? 5 minute guide to SBPA (haha..betul ke tak ntah la, tapi nie pemahaman saya..pakar2 sbpa sila betulkan).. SBPA adalah akronim mengenai penambahbaikan dan pelarasan semula sistem gaji dan penilaian pekerja didalam perkhidmatan awam. Sistem gaji dan penilaian perkhidmatan awam (PA) yang masih aktif adalah SSB (pre-2004), SSM (2004-2011), SBPA (after 2011)...nanti 2015 dan 2020 akan ada penilaian semula (NOTA KEPADA CUEPACS..JANGAN TERKEJUT LAK BUAT MACAM TAK TAU AKAN ADA PENILAIAN SEMULA PADA 2015 dan 2020)

SISTEM SARAAN BARU
SSB--Eddy dan Rudy telah sewa/beli rumah..dorang nie sewa/beli rumah kecik satu bilik sebab bujang..jadi makan/tido koboi..oleh sebab bujang dan hidup koboi, maka banyak la kekurangan dalam rumah tu..<>



SISTEM SARAAN MALAYSIA
SSM--Pas tu Eddy rasa sudah masa nak upgrade taraf hidup..dapat keje best skit dan tetiba gatal nak kawin..so kawin la dia dengan Milah, anak Mak Cik Bedah, jiran sekampung dulu..takkan lepas kawin nak duduk dengan Rudy kan..jadi Eddy pun sewa/beli rumah 2 tingkat 2 bilik, tangga naik kat blakang rumah (system gaji multi layer komplikated skit melintang, menegak, menonggeng)..

Eddy lengkapkan rumah tu skit la, tapi tak mewah sebab bisnes baru jalan…dia amik 2 orang gaji-sorang tukang masak, sorang bersih rumah, dan sorang pemotong rumput…mana la tau mak si Milah tu nak datang, rumah kene kemas dan takkan mak mertua nak share bilik ngan si Eddy dan Milah..Milah minta Eddy call kalau lewat pulang ke rumah..<>

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
SBPA--Eddy nie rajin bekerja, dia inovatif, dia tunaikan semua janji2 bisnes dia jadi bisnes dia pickup la (pilihan nak jadi pakar/premier kene la usaha..tak nak usaha, jadi la yang biasa2 je)…Mak Milah nie lak ala2 mak mertua dalam felem p.ramlee ibu mertuaku..bila datang je dia nie asyik komplen nak langsir baru la, nak kete baru la, nak sofa baru la..semua serba kekurangan la ngan Mak Milah ni, macam golongan tak bersyukur nie…jadi Eddy pressure…

Apa Eddy buat? Dia dapat bini baru…secretary dia bernama Suzy… Eddy tak sedar diri, habis dia halau Milah dari rumah tu, dan jual rumah tu..dengan duit tu, Eddy beli rumah baru..Rumah baru bungalow 1 tingkat 3 bilik yang dihiasi dengan contemporary interior design siap dengan manual penggunaan gadget2 baru (pelarasan system gaji satu line tak complicated), dia kurangkan satu orang gaji sebab keje orang2 gaji overlap, orang gaji tu dia bagi ke Rudy untuk membantu bersihkan rumah Rudy, dan dia jumudkan kerja pemotong gaji, dan letakkan pemotong gaji sebagai pemandu van penghantaran dia (pelarasan semula skop kerja)…



Walaupun Suzy ni macam Betty Grabel tapi dia punyai sifat kewanitaan yang tak senang dengan tindakan Eddy terhadap Milah..jadi dia paksa Eddy sign pre-nuptial agreement atau get out clause..syarat agreement tu adalah Eddy boleh keluar masuk rumah anytime tapi kene whatsapp gambar dia setiap 6 jam setiap kali Suzy takde bersama Eddy, dan kalau lepas pukul 6 ptg kene check in dalam mobile fb setiap jam…dan jika Eddy nak keluar terus pun takpe tapi jika Eddy keluar terus atau curang atau kawin lain, rumah 3 bilik tu akan jadi milik Suzy dan Eddy buleh get lost..tapi Suzy tak kejam, apa2 bisnes profit yang Eddy dapat sbelum Eddy kawin suzy adalah milik Eddy <>



Tapi kalau Eddy nie rasa si Milah adalah lagi baik, dia stay lah ngan si Milah..takde orang nak paksa si Eddy kawin ngan si Suzy tu…biar la si Rudy lak kawin ngan si Suzy dengan pre-nuptial agreement tu..Hidup Eddy masih sama dan tak berubah…


Isu-isu seperti yang dibangkit oleh CUEPACS terutama Lampiran C, aku dapat info bahawa akan diberi semasa sign opsyen dibuat dan respektif untuk staff dgn gaji yang terlibat sahaja. Kita tunggu pulak isu baru apabila masing-masing dah start compare tangga gaji baru skim masing-masing. Yang italic di atas adalah pandangan sahabat aku Ridzuan Khusairi. Beliau pada saat ini sedang menyambong pengajian di bumi England. Terima kasih atas kebenaran tanpa collateral untuk dimuatkan pandangan beliau di sini hehe...

Jadi kalau siapa-siapa yang nak komen secara panjang lebar boleh dipost ke ruangan komen atau emel kepada aku untuk aku masokkan dalam Part 2 Kisah Eddy dan Ruby. Panjang lagi kisah ni. Soundtrack dalam pembikinan.

16 December 2011

Bersahaja namun lagu M Nasir yang tumpang naik balik



Yang di atas adalah sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton

Komen ringkas mengenai jawapan kepada MUSIM HUDUD yang aku letak sebelum ini. Seronok dengan gentleman pembikin yang telus di akhir video berkenaan berbanding MUSIM HUDUD. Kaedah bersahaja walaupun ada yang mempertikai kerana masukkan elemen muzik dalam video berkenaan.



Yang best lagu M NASIR tumpang naik balik...Kembara - Impian Anak Jalanan

11 December 2011

Dakwah secara maya

FB dan blog ustaz, ustazah diminati ramai

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
TERKINI dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB) di seluruh Malaysia. Melihatkan angka yang cukup memberangsang ini maka pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menangguk apa sahaja yang boleh membawa untung.

Sama ada keuntungan di dunia dan kepada golongan pendakwah tentunya untuk menangguk untung di akhirat.

Bukan untuk mereka, tetapi tentunya untuk golongan yang menjadi sasaran dakwah.

Sehinggakan ada pihak yang sanggup berbelanja besar mengupah perunding teknologi maklumat (IT) untuk membangunkan laman web dan pengendali kepada laman FB.

Sedangkan semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar, malah selaku hos atau tuan punya kepada mana-mana blog dan laman FB secara individu mereka mampu mempunyai ramai pengikut.

Lebih menarik, ia mampu mewujudkan satu komuniti kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Maka timbullah satu istilah yang dinamakan cybertrooper yang peranan mereka sangat penting terutamanya dalam mengembangkan fahaman dan gerakan politik terutama politik berparti.

Pada makna yang mudah, seorang cybertrooper bertindak melalui dunia maya untuk mempertahankan mana-mana ahli politik dan parti politik yang mereka wakili sehingga ketitisan 'darah' terakhir. Ini menjadikan kerjaya seorang ahli politik semakin mencabar, jika beliau tidak disokong dan didokong oleh mana-mana cybertrooper.

Tetapi seorang pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud tentulah dilihat sebagai satu pencapaian yang tersendiri.

Ini apabila laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB.

Siti Norbahyah mempunyai 727,669 pengikut diikuti Dr. Zahazan Mohamed (452,578), Ustaz Zamri Zainudin (426,443), Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,473), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut).

Kedudukan paling bawah dengan 17,463 pengikut di laman Fb adalah milik bekas johan qariah tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Fadzillah Badiuzzaman.

Ini bererti golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. Keadaan ini cukup berbeza berbanding dulu dengan apabila para pendakwah mendekati sasaran mereka melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali.

Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu Ustaz Azhar Idrus menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube.

Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai.

Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.

Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut.

Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.

Dikatakan dengan cara ini menyebabkan gerakan dakwah semakin berkurangan terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi tempatan (IPT) apabila semudah berada di hadapan skrin komputer kita beroleh apa sahaja ilmu mengenai Islam yang sekali gus boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran.

Dakwah secara maya ini juga dikatakan menyebabkan semangat ukhuwah dan berjemaah itu turut terjejas. Ini cukup berbeza apabila dakwah disampaikan secara bersua muka dalam jumlah jemaah yang ramai.



Mungkinkah kesepaduan semakin menghakis kerana semua sudah dihujung jari. Manusia menjadi penting batang tuboh sendiri?

Bimbang Tersalah Cakap

Boleh menegur tapi kalau sila cakap walaupun diskripkan. Bahaya dan haru biru



5:20 ke atas




3:45

Kepada mana-mana entiti yang buat ni, tindakan anda hanya membolehkan rakyat lagi meluat dengan kerajaan pusat. Free ja dapat untung kat PR. Cerdik noooh hgpa?

Miskin, Derita, Minammmm

Bagaimana negaranya mengajar rakyatnya jangan mabok. Kesan buruk mabok. Bagusnya bekerja. Simpan duit. Elakkan berhutang. Kepentingan pendidikan dan hidup beragama. Boleh dikatakan lengkap pesanan sebuah negara kepada rakyatnya. Malaysia tak boleh buat begini sebab nampak tak serius dan ada unsur negatif secara terus ke kaca tivi. Kaedah-kaedah ringan ni lebih memberi kesan kepada penonton.

Pada masa yang sama, di sisi lain, sibuk pula kita nak memenangi hati orang muda. Rasanya kaedah simple ini memberi kesan yang baik untuk memberi maklumat. Agak-agak kena buat brainstroming kat hotel juga untuk bawa kaedah ni atau memang dah banyak proposed kat stesen tivi kaedah simple cuma maseh ramai yang otak tak boleh bagi laluan.