17 May 2012

Pameran Photo Di Istana Negara (Lama)






Jom kita ke sana. Pameran Raja Kita pun berlangsung serentak. Pameran Raja Kita adalah bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong.

14 May 2012

6-1 Bukan Sekadar One Off







Dengan diiringi lagu Hey Jude, juara baru BPL 2011/2012 berjaya membuktikan mereka memang jiran yang sungguh sungguh buat ramai. Lagu Wonderwall lagu Delilah pon ada. Mereka memang betoi betoi noisy. Noisy neighbour.

MANCHESTER CITY terpaksa tunggu masa tambahan 5 minit untuk memberi anugerah Mister Potato kepada jiran sebelah mereka, MANCHESTER UNITED untuk kali ini. Pity to MUFC kerana tiada apa nak disimpan dalam almari makan kelab mereka. Aguerro nampak gayanya menjadi instant hero pada perlawanan tadi dengan rembatan deras pada minit ke 93 sebagai kuah pedas kepada MUFC yang pada masa itu sedang ketaq lutut dok tunggu apa yang jadi di City. Mungkin semasa gol Dzeko pada minit ke 91, Rooney and Co maseh bleh bertahan lagi tekanan penantian satu penyiksaan tu.



Mungkin ramai yang kata apala sangat dengan kalah 6-1 kepada City pada 3 minggu yang lalu. One off bunyi pun. Then bila seri dengan Everton dan kalah sekali lagi dengan City, 6-1 tu le yang efek tahap dewa. Ternyata perbezaan gol yang menolak City ke atas untuk menjadi champs setelah 44 tahun. Simply not in this world.




CHELSEA mungkin akan dapat satu lagi trofi kalau dapat pukoi Bayern Munchen pada laga Piala Eropah hujung bulan ni. Menang ke atas LIVERPOOL pada akhir FA 2012 adalah koleksi pertama musim ini. Team ni memang pandai menang FA kalau dilihat prestasi 6 tahun kebelakangan. Torres yang mandul gol pun dah makin pandai sumbat-sumbat dah sekarang. Cuma untuk musim depan, Chelsea tak dapat main Piala Eropah tahun depan. Satu cara saja nak kekal adalah menang dengan Bayern Munchen tuuuuuu.

Team paling koyak tahun ini adalah LIVERPOOL nampaknya.  Kedudukan ke 8 sebagai penamat liga memang sangat tak best ditambah dengan prestasi yoyo team KK ini. Modal.nak senyum hanya dengan menang penalti ke atas team sepupu Gerrard pada final Piala Carling. Ada yang samakan dengan piala Mickey Mouse je tapi at least dapat juga lompat-lompat seronok kat Wembley. Tak semua team dapat moment nak lompat-lompat seronok. Gigit jari.

Tahniah kepada QUEENS PARK RANGERS kerana berjaya mensaiko semua orang sehingga masa sebenar tamat masa lawan City dan berjaya kekal di Premier Liga untuk setahun lagi. Agak2 Air Asia ada buat trip dak tengok QPR main di England tu. Kurang-kurang dapat divert pi bejalan tempat lain. Hehehe. 


Cup ini pon dah ok kan?