24 December 2011
Ombak Rindu : Bila nak kuar tibi ni??
MAYA KARIN gak best.. hehe (Katanya Gunung Jerai di belakang tu? )
Aku ni sedang cuba untuk menonton filem ini kerana dari cakap-cakap yang dah tengok (yang bukan melankoli dan seranah membabi buta) terdapat beberapa scene yang melucukan dan mengelirukan. Ada juga yang tidak siap dan tidak kemas bikinnya Aku cadang nak tengok dulu, baru aku listkan beberapa scene yang diperkatakan.
Aku cuba ulas dari sudut lain pulak. Asik dok puji Lisa ja. Bukan dia nak buat PC dgn hgpa pun. Yusry juga untung walaupun misai jarang.
Ada juga yang mahu bikin parody. Meletakkan Sofi Jikan sebagai ganti Bront Palarae. Mantap ke kalau Sofi Jikan yang belakon. Ahhh panas hati juga sedangkan dah dekat 2 bulan filem ni main. Berapalah kutipannya sekarang. Tapi... tapi...
Korang hadap Harun Aziz ja tuuuu. Kan? kan?
Kisah Eddy dan Rudy : "SBPA Guide for Dummies". Part 3
Dalam kegelisahan Eddy mencoba Suzy. Dalam kegelisahan Eddy mengepong Suzy kerana bimbang dikebas Rudy. Tiba-tiba perkara menjadi makin terbelit apabila atoknya yang selama ni tidak ambil pot pun dalam apa saja yang Eddy lakukan, yang Eddy rancang dan yang Eddy bimbangkan telah bersuara. Wahhh makin trelling kisah cinta sakti mereka ini.
Kita namakan sahaja Atok Eddy ni sebagai Tok Jangut. Sesuai dengan taraf tok wan yang berjanggut. Atok Eddy ini berandai-andai. Benarkah andaian atok dia ni. SILA BACA
Komen-komen dalam blog berkenaan perlu dibaca bersama dan kita harus membandingkan mana satu hatred, mana satu ihklas dasn mana satu ikut-ikutan.
Aku nampak ada satu maslahatnya sekarang ni. Lampiran C kalau tak dipamer-pamer, dibanner-banner di khalayak umum memang sampai mampos akan jadi bahan pertikaian. Walau baaimanapun, itu adalah hak perogatif JPA nak embargo semua skala gaji. Tapi tak bestkan, tak boleh compare-compare dengan gaji gred lain. Sudah part 3 kisah ini berjalan. Ingat nak behenti setakat part 2 aje. Baik. Apa yang menjadi keharuan dasn kekelian SBPA ini hanyalah pasal gaji. Ada tak disinggung pasal maksimumnya masa kerja, masalah tatakelakuan dan mengelat bagai. Sini kita senaraikan perkara yang tak dibincangkan secara langsung. Haaaa satu lagi CUEPACS menyatakan tak ramai pun yang bermasalah tatakelakuan. Tak sampai 2 persen kalau tak silap. Ni nak habaq bagi, PnP banyak yang soft hearted. Cemuih pening pun, koman koman depa bagi 75 juga markah. Lepas ni tak taulah camana pulak ye.
Woraiit kita tengok list ni pulak : (seperti biasa ini adalah top-up2 dalam perbincangan aku dan kawan-kawan. Cuma bila asuk part 3, kami jemput pelakon undangan memberi pandangan. Inilah jawapan atas undangan. Jawapan based on experience.
1. jgn fikirkan soal gaji. jpa dah janji akan ada review setiap 2 tahun. masa utk depa buat skim ini sgt singkat (refer back to bila belanjawan diumumkan). so give them time.
2. risau kalau terpaksa bodek boss untuk dapat lnpt tinggi. bagi contoh sektor suasta. tiap bulan 10 depa akan kecut perut nak buat appraisal. org yg keja gomen? bulan 12 baru nak buat SKT! sasaran kerja sepanjang tahun tu buat lump sum pd hjg thn. org yg menentang ni mmg x pernah tau kerja suasta tu mcmana.
3. exit policy yang senang. ingat senang ker nak bagi markah lnpt? aku dulu masa mula2 kerja, buat perakuan 2, 1 orangpun tak mencapai 85% pada penilaian aku, average they get 70%. kena panggil dgn boss dan suruh tukar. agaknya korangpun pernah face the problem. tak tido semgg nak menilai orang. pernah korg bagi kurang dr 70%? cuba tgk statistik, brp org atau brp % dr 1.4 juta orang tu pernah dpt kurang 70%? sbpa pun ada kata 70% utk 3 thn berturut2 kan? bodoh baik mati jerlah kalau dah tau dpt 70% then tak improve2. sektor suasta? tak capai target? gaduh ngan boss? out you go, right now!!! ada nak tgg 3 thn berturut2 gaduh ngan boss baru kena buang?
4. satu lagi aku lupa..tanggungjawab p&p nie lagi besar dari pelaksana...memang la kalau ikut keringat tu, pelaksana akan buat keje lagi banyak...tapi kalau silap tatacara, kalau salah prosidur, sapa yang kene? pelaksana akan cepat2 tuding jari ke p&p.. Dalam bisnes pun sama...middleman akan dapat habuan lebih dari petani sebab mengambil risiko penjualan hasil..hasil over stock, hail tak berkualiti...sama la dengan p&p, tanggungjawab besar, risiko tinggi..
5. Tempat aku .. Pelaksana malas2.. Sudahnya.. Aku yang tonggek2 keje.. Aku bagi keje ngan deadline.. Tros sesak napas... Mmg aku sokong sbpa ni... Orng yng nk sesak napas ni senang aku tunjuk jln keluar yang lurus lagi benar....
Kalau nak baca kena berlapang dada. Rasa tidak adil dengan tulisan atok Eddy tu yang hanya nampak bab gaji. Tidak adil menyerang skim-skim tertentu seperti beberapa komen dalam blog berkenaan, walhal ada skim lain yang dimanjakan sejak 24 tahun yang lalu. Mintak apa dapat punya. Harapan aku, jangan termakan artikel yang nampak cuba memecah belahkan PA supaya berpaling dari Perdana Menteri. Kita berterima kasih kerana PM, KPPA dan CUEPACS berbincang seperti keluarga dalam menangani hal ini. Errr.. ada aku missed sapa-sapa tak lagi? Tak de dah kot hahahahaha
JANGAN LUPA PILIHAN UMOR 60 TAHUN TETAP DEADLINE PADA 30 DISEMBER 2011. JANGAN DOK BUAT MANGKAQ TAK MAU SIGN APA-APA HAHAHAHAH
19 December 2011
2012 Sisa Pepejal
Pengasingan sisa pepejal oleh isi rumah bermula Sept 2012
PUTRAJAYA 18 Dis. – Langkah untuk menggalakkan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula akan dilaksanakan pada September tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
Beliau berkata, melalui pengasingan sisa pepejal ini, syarikat konsesi terbabit memungut sisa kitar semula sekali seminggu.
Langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke bandar bandar besar lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini hari ini.
"Dalam masa yang sama kita akan beri galakan dan melaksanakan kempen-kempen kesedaran mengenai amalan kitar semula ini dan setelah tiga atau empat tahun, apabila tahap kesedaran masyarakat sudah cukup tinggi kita akan mewajibkan semua penduduk untuk mengasingkan sisa-sisa ini dan mereka yang engkar akan didenda,” tegasnya.
Chee Heung berkata, jika rakyat di negara ini dapat mempraktikkan sepenuhnya amalan mengitar semula, sebanyak 40 peratus sisa organik dan sisa yang dibuang dapat dikurangkan, daripada 25,000 tan sisa dijana setiap hari. - BERNAMA
18 December 2011
Kisah Eddy dan Rudy : "SBPA Guide for Dummies". Part 2
Ini adalah lanjutan kisah Eddy dan Rudy. Tumpuan diberikan kepada peringkat menilai kelaku manusia. Eddy dan Rudy ni ada dua watak yang rapat dalam hidup mereka. Suzy dan Milah. Mak Cik Bedah kami sepakat tak nak sentuh sebab dia purba. Kejam sunggoh penulis cerita ini.
Sebelom kita sambung kisah, ramai yang dok sembang lagu mana penilaian prestasi di jalankan melalui SBPA. Ada bimbang dan ada seronok. Ada seronok mengipas, ada seronok dipuja puji. Ada yang bimbang penilaian emosi. Ada yang pasrah lantak apa nak jadi.
Sila baca bersama SBPA ini dengan penerangan tambahan mengenai penilaian prestasi melalui web JPA. Kita letak di sini. Tak payah nak search tru net tuh. Kita tulong pemudah tp bukan pemandu.
Part 2...
hari nie hari ketiga siri kedua orang tanya saya pasal sbpa..soklan dia adalah camne lak multi rater nie akan dilaksanakan...haha..nie baru best sebab saya dah tau dia baca pekeliling dan dia bukan 3rd eye blind..baru menggiggil juga saya nak menjawab...
saya tak mau citer detail2 pasai multi rater nie sebab nanti ramai takkan baca pekeliling...oleh itu, saya guna analogi Eddy, Rudy, Milah dan Suzy lagi yang saya guna sebelum nie sebagai analogi...kisah Eddy dan Rudy Siri 2
sepertimana sedia maklum, Eddy menghadapi masalah memikirkan nak kawin Suzy atau tidak, sebab dia dah berkawin ngan Milah...Milah nie takde masalah sangat, cuma mak mertua dia je yang asyik bising sana2 dan tak bersyukur...
nak citer skit rumahtangga Eddy dan Milah nie..Milah seorang isteri yang baik, takde kelebihan dan takde kekurangan..pandai masak, pandai kemas rumah dsbnya (bukan la nak kata si Eddy nie hebat dan hensem sangat)..masalahnya rumahtangga Eddy dan Milah nie dah mula jadi routine..bangun pagi, gosok gigi, makan pagi, pergi kerja, balik kerja, tido...dah jadi kebiasaan..
dengan kehadiran Suzy dalam hidup Eddy nie lak, kehidupan dia keluar dari norma dan mula la dia pakai yankee dia dulu, jam tangan omega, rambut belah kiri, jambang dan bulu hidung trim kemas...
disini Eddy menghadapi dilemma sebab biasa la rumahtangga baru dibina, gatai lak nak pasang sorang lagi...dua2 macam menarik...
Di satu pihak Eddy mempunyai pilihan yang comfortable, yang takde kepincangan...yang satu lagi pilihan, Eddy perlu perkemaskan diri...isu dia lak, si Suzy nie macam Betty Grabel, jadi tak tau camne perangai...kot2 stok baguih jadi marka je kot, jadi isteri belum tau...
tapi Eddy decide kawin je la ngan si Suzy nie sebab nanti Rudy kebas...Rudy nie hensem, bujang dan kaya gak tapi tak la sekaya si Eddy...lepas setahun ngan Suzy nie baru la sedar si Suzy nie tak pandai masak, tak pandai kemas rumah...
<
kepada kawan saya yang telah nampak isu multi rater tu, sila la aju kan cadangan kepada jpa untuk penambahbaikan :)
Untuk makluman pembaca, kami berkomunikasi melalui FB, tapi wajar diblogkan untuk pembacaan yg bukan dari circle fren kami berdua ini. Tapi nampak macam ada kaedah mutaah plak kekeh. Mungkin ada penerapan pemahaman untuk bidang lain kot kekeh. Jam tangan omega tu dah jumpa ke belum?
Yang penting baca bersekali SPP berkaitan. Selebihnya tanya JPA dan mini JPA di tempat kerja masing-masing
Subscribe to:
Posts (Atom)