M,nm,m,
Kuasa Media Baru Revolusi Asia Barat
Facebook dan Twitter memang nombor wahid dalam mengumpul menyatu dan menyebar maklumat mengenai apa yang berlaku di Asia Barat. Menurut laporan CNN pagi (9.30 1 Februari 2011) waktu tempatan, semakin bertambah page page yang berkaitan dengan Revolusi di Asia Barat ini. Tidak menghairan kalau Facebook membuat twitter khas untuk Mesir. Sedap, jarum kalau tertusuk lubang hidung. Berbalik kepada munculnya page-page baru yang berkaitan dengan situasi di Asia Barat ini, memperlihat bergeraknya kumpulan kumpulan kecil secara maya yang menambah lagi haru biru di sana.
Yang menarik diperkatakan oleh CNN ialah page The Syrian Revolution 2011. Gerup ini telah menetapkan seperti yang dilapor bahawa pada 4hb Februari 2011, selepas solat Jumaat satu tunjuk perasaan ke atas Bashar Al Asad akan berlaku. Gerup ini baru mencecah 9000 orang dan akan terus meningkat dari semasa ke semasa. CNN pula dengan berulang ulang mengulas sambil mengharap semakin ramai hits menatap persembangan terhadap gerup ini. Sentimen mula terbina sedikit demi sedikit. Dan Suria pula melayan tempias revolusi. Malangnya gerup ini menggunakan bahasa Arab. Kepada siapa yang mahir. Baguslah.
Sudah dekat benar dengan sempadan Iran. Penulis optimis tidak akan berlaku apa apa di Iran pada masa awal. Cuma niat mahu mengukuhkan perasaan kucar kacir di sekeliling negara Arab yang menatap laut Mediterranian. Biar negara haram di tengah berasa selesa sedikit buat sementara waktu.
Teringat kisah 97-98 di sekitar Nusantara. Kaedah hampir sama yang menyebabkan Pak Harto hilang kerusi pada Jun 98. Begitu juga Thailand dan negara Asia yang lain. Negara kita teguh berdiri bersama Temasik dalam menangani krisi masa itu.
Sekiranya kebangkitan Arab benar benar terjadi, penamat umur dunia mungkin hampir barangkali.
01 February 2011
Teori Domino dan Teori Dam Haji
Penghujung tahun 2010 bermula angin revolusi di Tunisia. Berjaya. Dan lari Zine El Abidin ke Saudi. Isterinya pun ikut sama. Isterinya gemar berbelanja mewah dan mewakili kerajaan dalam hal hal pentadbiran tertentu. Keadaan Tunisia belum reda walaupun nampak bahawa pemerintahan satu manusia berjaya ditumbangkan.
Angin revolusi bertiup ke timur Tunis. Libya? Bukan aih. Terlajak masuk ke Mesir. Angin lama yang dipendam pendam naik ke langit piramid kembali. Bertegur sapa dengan angin dari Tunis. Suntikan semangat rovolusi!!!
Nampak bahawa Presiden boleh ditumbangkan sebagaimana sahabat seagama lakukan di Tunisia. Mari keluar melonjak rasa. Patut ditumbangkan sahaja Hosni Mubarak yang 30 tahun memerintah sebagai Presiden. Ramai yang nampak dengan jatuhnya rejim di Mesir ini, pengepungan secara sopan ke atas Palestin dapat ditamatkan. Hosni Mubarak sekutu USA dan ISrael. Peluang baik. Dan melonjak rasa masih berlangsung. Hosni maseh bertahan dengan sedikit perubahan dalam kabinet beliau.
Apa yang pasti kompleks Piramid tidak peduli apa yang berlaku. Mereka gagah menahan angin ribut pasir dan panas matahari dan manusia manusia yang tak jemu jemu hadir melawat.
Media pula merancakkan kisah Mesir dengan berita bahawa Israel mencadangkan penggunaan ketenteraan untuk menentang rakyat Mesir. Bukan rakyat mereka. Nampak sangat bahawa Israel maseh mahu Mesir kekal mengepung Palestin secara sopan. Ini tidak boleh jadi, jatuhkan Hosni lekas lekas. Maseh berterusan sehingga saat ini ditulis.
Sekumpulan manusia di bawah pohon tamar tersenyum kerana mengenangkan Presiden yang berusia 85 tahun sedang bergelut dengan kuasa yang semakin kurang. Mungkin perlu ikon baru yang bersemangat menggantikan beliau. Kuasa Hosni tidak berkurang. Nampak sahaja berkurang. Namun dalam dunia serba modern ini, Mesir perlukan seorang ikon yang gagah, bersemangat, dan mahir internet barangkali. Ikon berkenaan mungkin telah dilatih dan dimengasoh dengan baik dan penuh kasih sayang oleh penjaganya di seberang lautan yang mengadap Tunisia itu.
Pertukaran rejim baik dilakukan segera kerana takut takut berlaku perkara luar jangka. Manusia ajalnya letak di atas ketetentuan Illahi. Pertukaran perlu dilakukan. Biar dalam bentuk demokrasi secara ala-ala. Ikon akan masuk sebagai penamat rejim. Cukup demokrasi. Demokrasi terpimpin.
Seronok menjatuhkan pemimpin lama yang tahap nak mati dalam jawatan tetapi bahaya lain mungkin berlaku. Kalau benar ikon berkenaan wujud, apa pula langkah seterusnya. Hamba rakyat mungkin puas menjatuhkan Hosni. Akan terus puas dalam setahun mendatang. Puas juga bagi dunia melihat dalam media baru, trak polis melanggar orang ramai di jambatan. Sunggoh kejam. Memang hebat kerja polis. FRU sini pun itu juga kerja mereka tapi belum ada sejarah trak langgar orang ramai. Makan ayaq dgn asap selalu lah.
Kesatuan Asia Barat seperti biasa tidaklah aman sangat. Lubnan kalut kalut juga. Jordan pun dah masuk sentimen revolusi juga. Syria mungkin juga diusik usik. Iraq sudah lemah. Kalaulah angin revolusi ini terus melanda Jordan, Lubnan, Syria atas dasar demokrasi, kekacauan akan berterusan walaupun ada pemimpin yang bertukar ganti. Seronok membiarkan kacau kerana tumpuan menjadi berbilang.
Mungkin angin itu akan berenti di Iran kerana selepas keputusan pemilihan Presiden Ahmedinijad tahun lalu, mereka telah sedikit mencuba dengan beberapa siri tunjuk perasaan yang mempertikai keputusan pemilihan. Pertikaian tidak menjadi isu. Yang penting mereka dapat melihat kesatuan rakyat Iran sampai setahap mana berani bangun melonjak rasa. Rasa itu diusik lagi dengan keadaan di Tunisia dan Mesir.
Bohong sekiranya di sebuah jalan di Teheran, tidak ada sekumpulan manusia yang mengaitkan kejadian selepas pemilihan itu dengan kewajaran menyantuni apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir.
Pakistan dan Afghanistan sudah ada disebelah timur. Bagai mengepung Iran secara sopan pula.
Di Malaysia juga bukan main melihat gerakan revolusi di Mesir sebagai satu tindakan yang wajar. Terus mendokong dengan penuh hensem. Bagus dari satu sudut. Bagus ada ma'ana dari sudut yang lain. Jangan terpengaruh dengan propaganda tertentu. Mencipta rasa kacau di muka youtube dan laporan internet. Memang berlaku tapi setahap mana kita tak tahu pun. Semoga solidariti sahabat di Asia Barat dan seluroh dunia tetap kokoh dan sentiasa bersedia dengan fikiran lebih terbuka untuk menghadapi chiptaan terbaru oleh The Grand Design untuk tahun 2011. Kalau nyata bertiup ke timur, Iran kenalah bersiap sedia. Jangan diharap kekanda Russia. Bakal selo selo keluar ikut pintu belakang sekiranya tersalah langkah.
Harap harap ini dongengan pandangan tengah malam.
Dokter Wali
Subscribe to:
Posts (Atom)