27 August 2009

Enakmen 95 dan brownies Bandung

Kartika masih berpeluang merayu PUTRAJAYA 25 Ogos - ..... percaya Kartika Sari Dewi Shukarnor masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Mahkamah Syariah dalam kes melibatkan dia menghadapi hukuman sebat kerana minum arak di Pahang. Sapa-sapa mengaji ...undiang2 cha habaq sat, kalau hukuman dah dijatuhkan layakkah kita persoalkan lagi. Adakah ini dikatakan hina mahkamah???

Sangat melucukan media arus perdana khususnya media berbahasa Melayu, mengucai ngucai dan mendedahkan kelemahan sendiri. Betui kata kartika dalam sebuah akhbar tempatan, masa dia kena dulu, haram sapa tak peduli dia punya pening. Bila dah kena, macam=macam aih itu ini komen koman kamin pasai hukuman. Tok Hakim dah jatuh hukum ikut, pi komen lagi. Sound efek dia adalah... akan ada gema gema menyatakan depa tak ready ni nak buat atau nak uphold hukum syariah.

Begitu juga Enakmen tahun 95 di Selangor. Bila enakmen 95 tak implimen. La ni org len buat arahan tok imam leh cekup org buat mungkaq, jgn komplen oo. Nanti depa kata hat enakmen 95 pun tak jalan. Orang lain betepok Ronnie Liu dgn Hassan Ali bersengketa pasai kes sembang Beer di Seksyen 8. Horey PAS dan DAP tak ngam. Depa kata. Tapi bila PAS Selangor buat ketetapan supaya penangkapan dilaksanakan oleh Imam dan Bilal adalah lebih kepada mencandek enakmen yang sedia ada tapi tidak dilaksanakan. Kalau sapa-sapa petikai kenapa PAS pandai-pandai buat arahan camtu, tunggu la boomerang kepala dongga nak patah balik Pasai Apa Enakmen Yang Dah Lulus Hgpa Tak Laksana... huh ... huh

Sedih juga bila ramai x sedaq. Putaq alam ja depa kesemua. Sama ja tp sapa pedajai sapa dulu. Hidup politiksss!!! Bukan isu dasar atau pelaksanaan pun. Isu bulih pediah sorang sikkit hahaaha.

Brownies Bandung tu diletakkan kerana satu jenama dia nama Kartika Sari. Sekian dimaklumkang.

23 August 2009

Sedikit pasai Ngah Ibrahim

Dua pekan yang lalu aku dihadiahkan sebuah buku (walaupun sebenarnya aku dok tan lama dah buku tu). Buku yang diterbitkan khas sempena kepulangan jenazah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Long Jaafar (Larut) dari Tanah Perkuburan Al-Junaid, Singapura ke Kompleks Sejarah Matang.

Sejujurnya buku ini adalah himpunan-himpunan tulisan dan pengalaman tentang usaha mencari dan mengembalikan jenazah Ngah Ibrahim dan mertua beliau Wan Muhammad Amin Alang Duakap ke negara ini. Aku agak tertarik dengan pengisian buku ini. Mungkin aku agak suka dengan mata pelajaran tawarikh atau teringat ringat balik semasa belajar di sekolah menengah khususnya Tingkatan Enam dahulu. Tidaklah mendapat semua yang diperlukan tetapi buku ini sudah cukup steady sebagai tambahan daripada teks teks buku pelajaran dan bacaan tambahan semasa dok kelupoq nak jawab Sejarah masa STPM.

Teks ini bukan satu ulasan buku atau yang sewaktu dengannya tetapi satu ulasan secara deras dan pantas tentang apa yang terbit dari saraf otak aku ni. Menarik juga disingkapkan serba sedikit kehidupan mereka yang dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles dan betapa pulunnya Almarhum Raja Abdullah mengutus surat kepada British untuk mendapat pardon dan pulang kembali ke Perak.

Sudah lama buku ini diterbitkan tetapi rezeki aku hanya pada tahun 2009. Boleh la dimiliki sebagai bacaan tambahan untuk menambah fakta dalam tarawikh negeri Perak dan Malaysia umumnya. Sebagai penghujung catatan, Ngah Ibrahim disemadikan di Matang dan Wan Muhammad Amin disemadikan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Ada lagi 15 minit nak sungkai. Penulis nak pi tengok keratan keratan buluh lemang kalau kalau ada sapa-sapa gatai ambil nak bikin meriam. Hilang akal betoi!!!!

usssooong itu neutral sebenarnya...

PARAM dan BILIK DERJAH

Kemarin dan reni, semasa sebok mengukur jalan di jajahan Manjung dan sekitar, aku tinguk menusia sama ja berpeleseran di melata bumi. Kebetulan juga kemarin kick off PARAM, ramai jugak yang dah operate perniagaan bermusim mereka dengan sokongan pembeli seperti aku. Satu yang menarik bila PARAM menjelma, apabila institusi PARAM ini menjadi satu tapak untuk semua bangsa berbelian.

Kalau NAT atau Pasar Minggu atau PAsar Malam, adalah tempat berjual beli bagi semua. Seronok juga melihat, urusniaga berlaku dengan sepantas petir di langit. Satu bilik darjah yang baik untuk perniagaan di peringkat awal. Namun, aku percaya pembaca pun agak bersetuju dengan andaian aku bahawa pelajar di bilik darjah ini tidak pernah naik kelas. Mereka selesa dengan tahap kelas yang mereka diami mungkin bagi setengahnya dah 15 tahun, 7 tahun dan sebagainya.

Harap-harap bagi rookie yang baru masuk bilik darjah ni, tahun depan naiklah ke bilik derjah yang baru. Kesian kat pelajar pelajar baru nak masuk bilik darjah yang sama.