09 July 2011

Bimbang Yang Diulang-ulang

Malaysia
1645 hrs
...................


Kita bimbang setiap tindakan kita dimanipulasi untuk tujuan siasah. Kita tidak pula bimbang perpaduan yang sangat bagus sedang diperelai (dileraikan) oleh anasir yang jelat dengan negara ini.

Kita bimbang dengan aliran aliran yang memakan suara dan sokongan kepada kita.Kita tidak pula bimbang dengan kegoyangan keputusan muktamad yang perlu dikontankan dalam split second yang akhirnya akan memakan suara yang membantu kita.

Kita bimbang dengan peningkatan golongan muda yang terlalu marah dan jumping dalam hal hal tertentu. Malah mereka sanggup bersekufu dengan golongan lain untuk memijak jalanan melepas rasa. Kita tidak pula membimbangkan diri untuk memikir bahawa mereka adalah golongan yang bebas keberhutangan dan bebas tanggungan.

Kita bimbang dengan perpaduan darah tapi kita tidak bimbang untuk menyimpan kuku dan duduk berbincang sesama darah.

Kita bimbang dengan kuasa dunia siber tapi kita tidak bimbang yang membakar di ruang siber tidak pula turun membakar keringat bersama kita di dunia nyata.

Kita bimbang akan penurunan sokongan tetapi langsung kita tidak bimbang yang setiap sendi kita ada tali yang menarik narik mengikut rentak.

Kita bimbang dengan kerjasama tetapi kita haram tidak perasan pun bahawa hanya kita dalam barisan yang menghadapi sendiri.

Kita bimbang dan kita membawa diri, berdiam diri, goyang mengontankan sesuatu. Kita tidak bimbang bahawa semua di atas akan memakan diri.

Kita bimbang dengan kebimbangan itu dan kita tidak pula bimbang akan kebimbangan yang seharusnya kita bimbangkan.

Tok Wali
Sas-terraa-wan Auta
9 Julai 2011
Malaysia



***
Orang muda tidak bimbang sangat sekiranya apa apa berlaku kepada mereka, diri sendiri yang dibawa. Adakah kita sedar perkara ini. Kalau hutang menjerat diri, poket yang perlu dijaga. Golongan ini akan menentukan masa depan negara. Tari sudah nampak dengan jelas tarian apa yang dipersembahkan.

05 July 2011

TAJAM - TAJAM

Tajam tajam matanya melihat sebuah dosa
Tajam tajam lidahnya mencemuh dan menghina
Tajam tajam telinganya mendengar segala fitnah
Tajam tajam sindirannya bagaikan membelah dunia

Jangan begitu jangan begitu
Apakah kau sempurna
Jangan begitu jangan begitu
Perbaikilah keperibadianmu

Tajam tajam lidahnya menusuk semat di dada
Manis manis rayuannya membuai alam semesta
Tajam tajam telinganya mendengar pujukan mesra
Tajam tajam kukunya jika melampau keluar senjata

[ Find more Lyrics on http://mp3lyrics.org/zZ6Q ]
Jangan begitu jangan begitu
Hormatilah sesama
Jangan begitu jangan begitu
Teguhkan keimananmu

Jangan begitu jangan begitu
Apakah kau sempurna
Jangan begitu jangan begitu
Perbaikilah keperibadianmu

Tajam tajam matanya melihat sebuah dosa
Tajam tajam lidahnya mencemuh dan menghina
Tajam tajam telinganya mendengar segala fitnah
Tajam tajam sindirannya bagaikan membelah dunia

Jangan begitu jangan begitu
Hormatilah sesama
Jangan begitu jangan begitu
Teguhkan keimananmu

03 July 2011

Painjur dan Upa Upa


Dahulu digunakan kepala kambing diletak di atas dulang. Sekarang digunakan ayam goreng aje.


Photo adalah dari Facebook Kampung Ayer Tawar's Photos - Lawatan Muhibbah Kaum Mandailing Kg Kerangai NS Ke Kg Ayer Tawar

Ayer Tawar, Sitiawan 3 Julai 2011 :

Sebuah majlis kenduri berasaskan adat masharakat Mandailing telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Tawar pagi ini. Kenduri ini merupakan majlis memijak tanah untuk bayi yang lepas berpantang. Istilah Mandailing adalah Painjur ( pak ee jooh) yang bermaksud 'diturunkan'. Biasanya yang menjadi pemula acara adalah orang tua tua dalam masharakat ini.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran kira kira 50 tetamu dari Kampung Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan. Kampung ini merupakan perkampungan masharakat Mandailing di Negeri Sembilan. Kehadiran jemputan ini adalah merupakan kunjungan balas setelah menerima lawatan daripada rakan dan sahabat handai dari Kampung Ayer Tawar kira kira dua bulan yang lalu.

Selain itu, adat Upa Upa juga dijalankan dalam majlis berkenaan. Kedua dua adat berkenaan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Mandailing. Majlis berakhir dengan jamuan tengahari.

Masharakat Mandailing berasal dari Sumatera, Indonesia. Berhijrah ke negara ini semasa Perang Padri yang melanda Sumatera pada abad ke 18. Penempatan masharakat Mandailing di Malaysia kini adalah di Sitiawan, Batu Gajah, Chemor, Malim Nawar, Hulu Langat, Jelebu, Sungai Manik dan Terachi secara kelompok utama.

Berikut adalah sebahagian daripada kalimat Mandailing semasa upacara Upa Upa dijalankan :

Sada dua tolu ampat lima anam pitu... Sada maraa (sada,. dua.. tolu.. opat. . lima ..onom ... pitu...)

Penulis pun gagal sebenarnya hahaha walaupun mengaku masuk marga Nasution hahaha. Proud to be part of the traditon. Penulis pernah ke Kg Kerangai setelah mendapat maklumat dari saudara Zazmie Zain. Lama sudah mendapat info tetapi baru tahun 2010 sampai ke sana. Zazmie Zain ialah DJ Radio terkenal RTM yang sekarang bertugas di RTM Melaka.


Sekiranya ada maklumat tambahan atau pembetulan, adalah dialu-alukan melalui ruangan komen di blog ini.

Kalau nak berlengan, jangan harap bantuan hidong kembang aje...

"Minggu ini tingkatkan sokongan utk Bersih! Pakai kuning, kibarkan bendera Malaysia, pandu guna lampu di siang hari. Ambil gambar, kongsi!"

Gua tertarik dengan kaedah penyebaran maklumat para petugas dan para bakal demonstran. Mereka ini melaksanakan strategi yang baik dan tersusun. Penggunaan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dimanipulasi habis habisan. Petikan di atas diambil dari wall Facebook mereka.

Gua tengok tengok penentang para demonstran ini bergerak berdasarkan arahan semata mata. Tidak kreatif malah lebih kepada masuk jerat para demonstrans. Gua setuju kepada diri sendiri bahawa akal yang tidak kreatif mempamerkan juga changkat pemikiran dalam menghadapi situasi ini. Kalau dalam perang saiber sudah berat sebelah, apa lagi di dunia lain,

Gua pikir puak penepis fakta yang dibawa oleh para demonstrans Bersih kena keluarkan isi yang lebih mantap. Zaman sekarang ni, mainan persepsi mendahului fakta. Fakta yang dinikahkan dengan persepsi yang ditentukan boleh menjadi fakta lain yang dilihat benar. Kesulitan makin menjadi apabila golongan demonstrans dilihat secara sukarela menggerakan aktiviti mereka walaupun terdapat laporan bahawa dana rahsia dari luar yang membantu keaktifan gerakan ini.

Sekali lagi gua nyatakan, puak yang pro menentang Bersih 2.0 ni biar lebeh nampak hensem dan kacak sikit bila nak bedepan. Jangan gambarkan diri seperti penjahat seperti Salih Kamil, A.Rahim yang bila orang tengok muka dan nampak rascal. Sekarang watak crook muka macam Aron Aziz, John Travolta. Baru steady. Pada masa yang sama lawan dengan lengan, hidung kembang dan fakta. Bukan lawan dengan lengan dan hidung kembang macam jambu ayer aje.

Tapi seelok eloknya jangan masok jerat (walaupun dah masok pun) yang boleh menggambarkan kita pun sama haram kelakuan dengan mereka. Dah demonstrasi Bersih 2.0, PDRM kata haram. Apa guna puak sebelah lagi nak ikut? Sama lah akai hgpa dua pihak. Bila dipetik janganlah jumping. Berundur dari bertempur untuk menyusun strategi tak salah pun. Kalau dah hadap nak masuk reba jugak, tak da sapa nak larang. Ibarat orang menjala. Dah tau ada reba, nak juga tebaq di situ. Kalau jala koyak koyak, balik nanti perambutlah sendiri. Jangan pula suroh orang lain selesaikan. Lekkeh tuuuu.