22 January 2011

Hutan belukar terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi

Sedang seronok mengambil foto ayer bersih yang mengalir percuma di atas jalan, rupanya ada kebakaran kecil di seberang jalan. Bersebelahan laluan masuk ke Taman Mawar itu :





Kuman depan mata tak nampak...adedede





3 hari yang lalu bertepatan dengan acara Pasar Malam Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Dokter terpengaruh dengan bunyi bising lagu lagu terkini. Selidik punya selidik, ada satu booth untuk Kempen Air Selangor.

Umum tahu bahawa kerajaan negeri Selangor sedang denga agenda airnya. Tapi dengan jarak 350 meter dari tapak pasar malam itu, ada satu kesah lara yang hampir setahun lebih tak selesai. Sejak dari tarikh itu juga, lembab sahaja bahu jalan berkenaan.

Terletak di simpang masuk Taman Mawar menghala ke simpang Jenderam-Sepang, paip bocor ni dah lama menjadi soap opera untuk penduduk sekitar. Nak salahkan siapa pun tak pasti. Mungkin andaian adalah seperti begini; Kontraktor pendawaian telefon atau jalan telah mengorek tempat berkenaan. Dah pecah paip utama. Baiki lebih kurang, kambus dan cabut. Lama kelamaan air surface juga.

Khabarnya paip utama sudah diselenggara oleh Syabas. Bagus. Tapi yang ni tak boleh selesai jugak? Syabas, Majlis Daerah Sepang dan Kerajaan negeri tak boleh selesai. Bukankah boleh denda sahaja kontraktor yang terlibat? Atau Syabas dan Kerajaan negeri sibuk berpolitik dan show off kepada orang ramai kata buat kerja.

Ka lagu mana? Ada cicir kat mane mane ker?

Sebentar di Bandar Baru Salak Tinggi. Tapi AWAS




Kalau kita ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) melalui laluan Jenderam, kita akan menempuh dua persimpangan yang agak berbahaya. Persimpangan yang dimaksudkan adalah Persimpangan ke Desa Vista dan Persimpangan ke Sekolah Menengah KLIA / Gugusan Baru Taman Mawar. Desa Vista sebelah kiri dan Sekolah KLIA sebelah kanan.

Kawasan ini kerap berlaku kemalangan sehingga sebilangannya melibatkan kehilangan nyawa. Melalui pengamatan Dokter, laluan untuk ke jalan Jenderam-Sepang dari kedua dua tempat ini adalah agak curam dan terdapat semak samun dan pohonan sawit yang menganggu pandangan untuk melihat ke pengguna jalan yang lain sebelum keluar dari simpang simpang berkenaan.

Persimpangan Desa Vista telah dipangkas rumput di bahu jalan, namun Dokter kira belum mencukupi untuk mencerahkan pandangan dan pemandangan sekitar.

Adalah diharap pehak berwajib dapat mengambil perhatian akan perkara ini. Ya betul, pemandu juga kena bersikap sopan dan susila apabila memandu.

19 January 2011

Sepintas dari pekan sendiri










Simpang Empat, Perlis. Kalau orang lama lebih dikenali sebagai Simpang Empat Syed Kassim. Pekan yang mengasuh kawasan selatan negeri.

Sehingga tahun 90an, popular dengan NAT dan pasar malam bagi penduduk sekitar. Sekarang masih bertahan walaupun NAT itu pada jam 5 petang dah beransur dan Pasar Malam pada jam 8.45 ke 9 malam berkurang pengunjung.

Masa maseh hijau dulu, pernah pergi beli sate jam 9.30 malam. Maseh packed pasar malam Simpang ni. Sekarang dah tak menarik lagi. Mungkin kuasa beli dah makin mengikat dan akses ke arah lain makin menyimpang.



*** Gambar dari pelbagai sumber

Kalau striker hangpa tu Nirul!!!


Ini adalah tajuk awal untuk ditulis sebelum memberi laluan kepada Program Mangkuk Tingkat.
Teringat semasa belajar dahulu. Bertempat di sekolah Ziana Zain. Fakulti Sebaran Am seperti biasa menganjurkan pertandingan Bola 7 Sebelah yang dipertandingkan antara batch dalam fakulti. Meskom lah senang cerita.
Batch kami, telah menghantar dua team. Team Superstar dan Team Megastar. Team Superstar diwakili oleh yang betul nak main dan pandai main bola. Team Megastar adalah pemain yang betul betul tak nak main dan tidak pandai main. Kalau mengikut trend sekarang, team Megastar setahap Harimau Malaya.
Masa itu, kami Part 06. Lupa dah ni. Takut jugak ada unsur anakronisma dalam penceritaan ini. Tak pa. Yang penting kisah yang nak dikongsi secara terbuka setelah menjadi bahan cerita secara grapevine sahaja.
Team Kambing Ganaz dan Darjah Satu Hijau memeang sangat digeruni oleh rakan, lawan dan pelanggan seksyen Dua, sehingga berlaku tawar menawar untuk melepas pasukan lain ke peringkat seterusnya. Nasib badan sungguh pada masa itu.
Dalam suasana gilang-gemilang di pagi yang permai itu, kelihatan seorang pemain yang kelaku seakan William Wallace dengan teknik SERRRAAAANGNYA!!!!. Kalau nak tahu nama pasukan SERRRRAAANG itu kenalah bertanya kepada Saudara Tawel. Dia lebih mengetahui selok belok pasukan yang dimaksudkan.
Tiba tiba dalam saringan kumpulan, dua pasukan yang tidak hebat memiliki peluang 50:50 untuk mengiringi johan kumpulan berkenaan ke peringkat separuh akhir. Pasukan part 4 dan part 3. Part 4 adalah batch DingDang dan Part 3 adalah batch Apai Mugem. Namun, pasukan Apai Mugem memiliki sedikit kelebihan sekiranya dapat menewaskan atau sekadar seri dengan pasukan yang bakal dihadapi sebentar lagi.

Sebentar lagi…

Undian saringan pada perlawanan terakhir adalah pasukan Apai Mugem vs. kambing Ganaz (betui ke? Dua team ni ? Satu Hijau kot hahaha!!!!) Yang menjadi lebih saspen adalah, pengadil perlawanan adalah DingDang sendiri. Sungguh Howard Webb.

Semasa masuk mencium padang sebagai tanda luck sebelum permainan, terdengar suara suara halus, “ Kasi can lah weeeiii, bagi kami lepas…” Sedih jugak mendengar pasukan Apai Mugem yang kaki bangku memohon safaat kepada kami.
Apabila peluit dibunyikan. Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt!!! Dingdang meniup. Serangan ala ala Zico bertali arus ke kawasan pasukan Apai Mugem. Bola tak pernah sampai ke garisan 40 ela dari pintu gol pasukan Apai Mugem. Asik kena serang. Serang dan serang.

Maseh lagi…

Maseh lagi dalam dengusan kerbau Apai Mugem mengejar bola dari kaki lawan, sempat juga membuat repetisi, “ Kasi can lah weeeiii, bagi kami lepas…” dalam rentak suara ala ala kerbau. Begitu juga Shahput membuat muka lecey semasa memandang pemain Megastar yang begitu aktif melakukan passing.
GOOOLLLL!!! Kalau tak salah Jijie yang sekor untuk Kambing Ganaz. Satu crossing daripada Potet Azrul Ezwan kalau tak silap. Jatuh melekat dikaki. Turning ala Azman Adnan dan terus jolok ke jaring. Maka bertambahlah muka boring ala ala mantan Presiden Tunisia di kem pasukan Apai Mugem. Kami masih berwaspada kerana striker tunggal mereka sangat berbahaya walaupun belum memijak bola sejak PRIIIIIIIIIIIIITTT!!!! tadi. Barisan pertahanan yang diketuai oleh Wassle masih bersiap siaga tahap 5.
“ Ini striker jangan cuba tambirang sama aku” bilang Waslee . Memang ready betullah Waslee pada detik tu. Salute sama kawan sorang ni.
Masa semakin suntuk apabila sudah melintas minit ke 30. Biasala 7 sebelah main 45 minit pitam la. Sudah separuh masa kedua. Sambil Dokter secara peribadi membuat skill ala alal Vasco Da Gama, Sahput dan Apai Mugem membuat muka lecey. Faham dah tu. Kita faham sangat dah.

Masalahnya, striker tunggal pasukan Apai Mugem ni sangat prolifik Cuma support dari midfield terok. Midfield tu Apai Mugem dengan Shahput. Nak curi bola pun harap subsidi kami. Kiper kami Bashah atau Adnan memang boleh main Solitaire secara manual atas line gol. Terbaek hebat.

Pasukan Apai Mugem terus mencuba untuk membuat serangan dalam keadaan kami yang bermain satu kaki sahaja. Semua pemain Kambing Ganaz jengket jengket sahaja di padang pada separuh masa kedua. Susah bermain dengan amatur ni hahahaha.

Tiba tiba blitzkrieg berjaya dilakukan oleh pasukan Apai Mugem. Stiker mereka meluru seperti Rabat Madjer. Melepaskan satu tendangan angin ke arah gol. Eh bola kena sikit dan berjaya on target. Ditepis oleh Kiper kami Bashah atau Adnan. Tepisan kembali kepada striker. Sepak sekali lagi ke arah gol. Ditepis oleh Kiper kami Bashah atau Adnan. Tepisan kembali kepada striker. Sepak sekali lagi ke arah gol. Letih juga Kiper kami Bashah atau Adnan menepis ke arah striker. Bagi peluang tak nak nampak obies tulong hahahah. Sekali nak dijadikan cerita, bola itu bergolek ke kanan gol dan hampir di garisan gol. Dalam kekalutan yang dibuat buat datang pertahanan Kambing Ganaz cuba merebut bola dan malang sekali bola itu tertolak ke gol sendiri.

1-1. Sekiranya keputusan kekal bermakna Pasukan Apai Mugem melangkah bangga ke pusingan separuh akhir. Yang seronoknya, pengadil mengambil masa lebih 15 saat untuk mengesahkan gol tersebut. Memang Howard Webb la dia ni. Mungkin sedih kerana batch beliau akan gugur di gelanggang.
Macam ada bookie sahaja dalam perlawanan itu. Tapi Kalau striker hangpa tu Nirul!!!

Sila perati betul betul manusia di kejauhan, 5 dari kiri berdiri

kita bagi laluan kepada Tajuk ini dahulu.



Mula mula nak tulis pasai bookie bola. Tapi dalam keadaan tertekan termasuk artikel ini dalam FB dokter. Ditagged. Atas kebenaran tuan punya nota, dokter kongsi di sini : Silakan :


Falsafah Disebalik Program Mangkuk Tingkat - Part I

Oleh Ameer Soekre Ishak - Pengasas Program Mangkuk Tingkat

Pertemuan yang telah diatur sejak bulan Ogos 2010 akhirnya menjadi kenyataan apabila Mr Roger Olivieira dari Belanda akhirnya berada di Fraser Place, Kuala Lumpur. Perjalanan yang jauh dari Amsterdam itu mempunyai tujuan utama iaitu untuk mengetahui apakah falsafah disebalik program Mangkuk Tingkat.



Semuanya bermula semasa Mr Roger berada di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010 dan membaca sebuah artikel di akhbar New Strait Time mengenai program Mangkuk Tingkat. Pada pendapat beliau program ini nampak cantik dan sempurna perjalanannya tetapi ada beberapa perkara yang beliau sendiri tidak faham kenapa ianya boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa banyak soal dipihak pelanggan maupun masyarakat. Falsafah serta konsep perlaksanaannya membingungkan beliau hingga mendorong beliau menghubungi saya melalui Facebook bagi mengaturkan satu pertemuan. Pada mulanya beliau mencadangkan kami bertemu di London pada bulan November 2010 kerana saya dijangka terbang ke London pada masa tersebut untuk menghadiri konvokesyen anak saya di Middlesbrough, UK . Namun belum ada jodoh kami kerana saya terpaksa membatalkan rancangan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



Akhirnya kami bertemu semalam dalam suasana yang lebih baik kerana saya mempunyai banyak fakta-fakta baru mengenai Mangkuk Tingkat. Mr Roger adalah seorang pengarah pemasaran disebuah syarikat pengiklanan di Belanda. Tugas beliau memaksa beliau beliau mengembara ke serata dunia bagi melihat dan mencari idea-idea baru. Tetapi menurut beliau sejak membaca artikel mengenai mangkuk tingkat fikiran beliau terpaku pada subjek ini dan sentiasa cuba menyusun jadual yang sibuk beliau untuk datang Kuala Lumpur.



Bertemu di Level 2 Fraser Place tepat jam 3.00 petang dengan soalan pertama keluar dari mulut Mr Roger “kenapa konsep perniagaan mangkuk tingkat tidak dilebarkan sayapnya keseluruh dunia ? “. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana semasa saya memulakan program ini matlamat saya ialah untuk membantu wanita-wanita yang memerlukan pekerjaan dari rumah. Saya tidak terfikir untuk meluaskan konsep perniagaan ini keluar dari Malaysia walaupun saya pernah memberi taklimat kepada wakil-wakil dari 23 buah negara OIC pada bulan November 2009 dan menarik perhatian kebanyakan dari mereka. Pada masa tersebut wakil-wakil dari Bosnia, Pakistan, Bangladesh dan juga Nigeria telah menunjukkan minat yang mendalam dan ingin agar saya datang ke tempat mereka bagi memulakan program mangkuk tingkat disana. Roger kemudiannya menceritakan bahawa beliau telah membentangkan konsep mangkuk tingkat ini kepada rakan-rakan beliau di Belanda dan mereka menyuarakan kekaguman tentang konsep dan pelan perlaksanaannya yang begitu unik.



Bagaimanakah Mangkuk Tingkat mengawal kualiti masakan dan mengapakah pelanggan boleh menerima rasa yang pastinya tidak sama antara satu lokasi dengan lokasi yang lain ? . Soalan oleh Mr Roger ini memang ada jawapannya dalam minda saya sejak saya memulakan program Mangkuk Tingkat. Nilai yang kita selitkan didalam program ini ialah bahawa pelanggan akan mendapat hidangan yang dimasak dari rumah sepertimana yang pernah dimasak oleh ibu kita. Nilai ini sudah lama hilang dari hidangan makanan dari gerai-gerai maupun di restoran-restoran besar. Setiap dari kita pernah merasai masakan dari air tangan ibu. Kita menerima seadanya apa yang ibu kita masak walaupun kadangkala ada sedikit rungutan tentang pahit manis serta pedas masinnya namun kita masih gemar dengan apa yang ibu masak. Oleh sebab sajian dibawah program Mangkuk Tingkat dimasak oleh wanita-wanita yang telah berkeluarga dan mempunyai pengalaman memasak untuk keluarga mereka maka kita panjangkan rasa dan kaedahnya supaya dapat dinikmati oleh orang ramai yang melanggan Mangkuk Tingkat. Kita menyarankan agar tukang-tukang masak dibawah program Mangkuk Tingkat menyediakan sajian untuk pelanggan mereka dengan niat serta kaedah seperti mana mereka memasak untuk disajikan kepada keluarga mereka. Hasilnya ialah maklumbalas positif dari para pelanggan. Pada tahap ini Roger terpaku dengan penerangan yang saya ketengahkan. Dengan bingkas Roger memberi respon dengan menyatakan bahawa perkara inilah yang tidak saya perjelaskan secara terperinci semasa ditemuramah oleh akhbar New Strait Times sebelum ini. Menurutnya inilah rahsia yang ramai orang tidak menyedarinya semasa menyediakan hidangan untuk pelanggan baik di restoran-restoran maupun di hotel-hotel. Roger yang mempunyai pengalaman sebagai tukang masak kagum dengan konsep “air tangan ibu “ yang saya perhalusi kepada beliau.



Saya akan sambung kisah pertemuan saya dengan Roger dalam tulisan saya di bahagian kedua nanti …



*** Ameer Soekre Ishak ialah Tok Pengulu Dokter :)

17 January 2011

Pyanhabib

Lama benar tak baca sajak Pyanhabib. Kebetulan Pyan bersajak lagi. Bersajak kerana sebuah karya 71 yang dipopularkan balek. Kesah itu diletak tepi kerana mari kita bersajak bersama. Pedulikan apa berlaku sebelum sajak itu bersajak :


Wo, macha!

ADA satu peeak banyak sibuk jerit kasi tahan itu fakta sejara,
apa macam suda tulis dalam itu sekola punya buku teks sejara,
sekarang suda jerit mo kasi padam,
...lagi mo kasi sembunyi itu fakta sejara dalam itu Interlok punya novel,
suda kasi tulis.
Tengokkk, apa macam yipokrit punya worang!

Sikit mo cerita,
Interlok punya dalam ada tulis,
itu Maniam, India Selatan punya worang sini Malaysia juga ada mari,
itu jam Pulo Pinang suda sampai. Itu Maniam baanyaak seronok,
Maniam baanyaak suka ati tengo ini Malaysia punya dalam tada kasta, yellek..
Ini Malaysia punya dalam kasi idup satu ati, worang cakap muyibbah, amma..
ini negara banyak aman.

Deyy! (angkat & lurus jari telunjuk)
Apasal you kasi bakar itu sekola punya buku teks?
You ada faham itu Interlok punya dalam ada tulis ka, macha?

Deyy T Murugiah,
itu satu buku punya pasal,
you satu negara mo kasi bakar ka?

Citt! Yenna thambi, sikit mo cerita sama you,
itu jam, itu buku kasi tulis huruf `t', you bulum ada, you bulum branak lagi, tahu?

Thambi, satu-dua kata `paria' suda kasi tulis dalam itu buku, you suda kasi pusing, wone' renndekk words,

thambi, you ajak satu kaum main bakar-bakar.
You mo bakar satu negara? Citt!

Thambi, saya banyak brasa you tada baca apa itu dalam Interlok kasi tulis.
Saya laagi baanyaak brasa ada lain worang suda diri you punya blakang, politik suda kasi main, wo!

Murugiah, kasi buka you punya kepala, jangan kasi you punya worang punya kepala, batu besar dalam ada duduk!

Sekian, terima kaseyy.

-Pyanhabib
15 Jan 2011