25 July 2012

Logo-logo Tidak Rasmi Hari Kemerdekaan 2012




Adat manusia, bila dah kurang elok... masing-masing nak tunjuk logo-logo yang mereka fikir elok.  Tapi memang elok. Pusing planet Prometheus 25 kali pun memang elok.  Sunggoh elok.



5 Mohamad Atif Mohamad Nadzir
7. Afiq Nadzir

Anne secaray peribadhi, pileh nomor 5.  Entey gimana? Ada satu berkonsep ketupat.  Lagi cool. MERDEKARAYA



Razman Naim


Imej-imej di atas adalah ihsan AMANZnetwork dan Diari Putera

24 July 2012

Logo-logo hari Kebangsaan 2012-1976

2012


aku rasa ada pendekatan laut biru dalam penchiptaan logo hari kebangsaan untok tahun 2012 sebab sangat-sangat belain dari logo-logo yang lain.  yang paling belain ialah tiada satu bentuk yang mengawal sesebuah logo.  Contoh : bentok bulat dan segitiga adalah paling biasa dan paling piawai dalam menurunkan idea untuk sebarang penchiptaan logo.  Tetapi tidak untuk kali ini, elemen bentuk selaku paling compulsary ditiadakan dalam logo 2012.  

Senang chakap, tiada idea baru, tiada ketulenan dan sarat dengan ayer kopi dan shrimp paste.  Sedih...

Agak-agak camana formasi kalau anak-anak sekolah kena buat? Jenuh oooo...

2006 adalah sama dengan gerup 2000-2005



2007

2008

2009







2010

2011





Tema-Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2012-1970




Tahun   Tema
1970       Muhibah dan Perpaduan
1971       Masyarakat Progresif
1972       Masyarakat Adil
1973       Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974       Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975       Masyarakat Berdikari
1976       Ketahanan Rakyat
1977       20 Tahun Bersatu Maju
1978       Kebudayaan Seni Perpaduan
1979       Bersatu Berdisiplin
1980       Berdisiplin Berbakti

1981       Berdisiplin Berharmoni
1982       Berdisiplin Giat Maju
1983       Bersama ke Arah Kemajuan
1984       Amanah Asas Kejayaan
1985       Nasionalisme Teras Perpaduan
1986       Bangsa Tegas Negara Teguh
1987       Setia Bersatu Berusaha Maju

1988-1989            Bersatu

1990       Berjaya
1991       Wawasan 2020
1992       Wawasan Asas Kejayaan
1993       Bersatu Menuju Wawasan
1994       Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995       Jatidiri Penggerak Wawasan
1996       Budaya Penentu Kecapaian
1997       Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998       Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999       Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006            Keranamu Malaysia

2007       Malaysiaku Gemilang
2008       Perpaduan Teras Kejayaan
2009       1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010       1Malaysia Menjana Tranformasi
2011       1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012       1Malaysia. Janji Ditepati

Rasanya... bukan dah rasa pun, tema-tema sebelom 2009 lebih bersifat malar segar, everlasting dan tidak bersifat setempat.   

22 July 2012

SMK LOHAN 1993-2012 - Sampai jugak akhernya




Padang sekolah SMK LOHAN



Udah besar pangjang pokok tu... Sahehla dah besar pangjang pasai dekat dekat 19 tahun pokok tu hidup aman damai di tanah Ranau tu. 



Bukan main rileks lagi pokok tu membesar bersama anak-anak sekitar SMK Lohan.Apabila pertama kali menjejak kaki kembali setelah hampir 19 tahun, ofcourse banyak benar perubahan yang berlaku.  Semasa aku sampai sanapada Ogos 1993, SMK Lohan ini masih muda remaja. Suasana masih terangbenderang.  Landskap masih ketot-ketot.  Kalau tak silap aku, baru 2tahun beroperasi.  Semua serba baru.  Pokok serba ketot. Bangunan bau cat lagi. 


Kami pada masa itu, dari seluroh negara dikumpulkan di SMK LOhan ini untuk berkursus selama seminggu.  Kursus Kepimpinan Tingkatan Enam Rendah.  Setiap negeri menghantar 4 wakil.  Tuan rumah ramai la sikit.  Kaya betoi KPM pada masa itu.  Boom factor barangkali.Masa tiba di situ pada Julai 2012, dah tidak kemetot lagi pokok-pokok di sini.  Diri sendiri pun dapat agak dah besar jugak pokok yang ditanam di tepi gelanggang tenis tu.  Ada dua persoalan semasa on theway ke gelanggang tenis tu; 1) agak2 dah besar mana pokok tu 2) spesisapa yang di tanam.  1993, mana nak peduli tanam spesis apa. Janjicangkui, kambuih jaaa. Nak tahu besar mana pokok tu, photo di siniboleh menggambarkan.  Berbalik kepada persoalan kedua itu, spesisnya sama yang tengah berbunga sakan dan mabok berbunga di Putrajaya sekarang, malah di Kuala Lumpur dan Ipoh.  Tempat lain pun ada juga.Ala-ala sakura gitu.  Pokok tu banyak berbatang-batang di sekitar tapak pasar malam/pasar tani/param/baram Presint 2 Putrajaya.


pokok ni la 



Pengalaman pertama ke Negeri Di Bawah Bayu pada 1993 itu kekal dalamingatan dan hajat nak singgah kembali ke SMK Lohan, Ranau yangmerengkam selama hampir 19 tahun selesai sudah.  Jadi, aku rencana mau turun dengan kawan-kawan sekursus.  Cuma pada masa ini, ada seorang sahaja yang masih kekal berkawan.  Yang lain belum jumpa lagi. Mana mereka sekarang maseh dalam peringkat jawatankuasa mencari.Selepas 3 tahun meninggalkan Lohan, geng pertama yang kembaliberhubung ialah Abdul Razak Ahmad.  Itu pun pada 1996, kami menjadi satu batch semasa mengaji Sebaran Am di ITM Shah Alam.  Oleh itu,sampai ke laaaa la jadi geng.  Ada dua lagi yang dah dikesan.  cuma belum kesempatan untuk berjumpa. Sekolah ini dengan rasminya dibuka pada 1994 dan disempunakan oleh Menteri Pendidikan Dato' Dr Amar Haji Sulaiman Daud.


1993