29 October 2011
dR Sam Saya Anak Malaysia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Aku mendapat berita dari seorang sahabat akan musibah yang menimpa dR.Sam atau Salim Ibrahim. Diberitahu akan rumah beliau hangus dalam kebakaran dalam kejadian 3-4 hari lepas. Kepada sapa-sapa yang ingin menyumbang bolehla berbuat demikian melalui :
Salim bin Ibrahim, 164100007338 maybank
Berikut adalah mesej dari sahabat aku :
Just heard some news, 3 hari lepas, rumah DR SAM (saya anak malaysia) telah di landa musibah kebakaran dan beliau sekeluarga telah tinggal sehelai sepinggang. Dr Sam of course tak meminta minta. Ini adalah ihsan people who know him dearly from circle of friends. (pernah jumpa masa kecik kecik ja..dulu). So, kalau only RM10 pun at least semoga dapat membantu meringankan beban beliau. He will only ask from Allah swt, but at least we know that money spend on him and his family Insya Allah will be well spend. Ni his account number. Please also note, this is genuine ye. Kalau nak confirm cerita lagi, silalah ke Masjeed Sri Petaling, sure he is there if not salah time, sabtu malam ahad. Oh, tonight for malaysia , kan. May Allah reward us for a little bit sadaqah bila org lain dalam kesusahan. Insya Allah.
Mudah2an meringankan beban beliau dalam musibah yang dihadapi.
dR.Sam ialah tuan punya suara kepada lagu Saya Anak Malaysia.
Daerah Kementerian Pesisir, Presint 4 Hilir, Putrajaya
Kalau kita pegi ke PICC melalui Presint 2, kita akan melintasi Presint 4 Hilir, Putrajaya dan kita akan menempuh satu daerah yang aku gelarkan Kementerian Pesisir. Ini kerana daerah ini sangat hampir dengan air yakni tasek buatan di Putrajaya itu.
Daerah Kementerian Pesisir ini berawal daripada Jabatan Peguam Negara. Kemudianya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seterusnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan bakal melengkapkan migrasi dari Kuala Lumpur adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sehingga saat ini, Jabatan Penerangan Malaysia dalam proses berpindah ke Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan akan diikuti oleh Jabatan-jabatan lain yang dibawah kementerian ini. Beberapa bahagian dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan berpindah.
Menurut sumber Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berpindah mulai pertengahan bulan Disember 2011. Dengan kemasukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada akhir tahun ini, akan lengkaplah Daerah Kementerian Pesisir di Presint 4 Hilir, Putrajaya.
Bagi memanipulasikan kelengkapan air yang luas di depan daerah ini, adalah di cadangkan 5 entiti ini menubuhkan klab dayung atau klab perahu naga dan di adakan pertandingan dua kali setahun sebagai satu langkah mengeratkan ukhwah silaturrahim di kalangan penghuni daerah. Difahamkan Jabatan Perdana Menteri sudah menubuhkan klab dayung atau perahu naganya sendiri. Kita boleh jemput kepakaran mereka dan jemput juga memeriahkan acara dua kali setahun ini.
Ada braaannnn?
Info tambahan :
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-8891 2000
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 2 - 38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 603-8891 5000
No. Faksimile : 603-8891 3182
Jabatan Penerangan Malaysia
Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Aras 8-16 dan 18
No 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : *
No. Faksimile : *
* selepas 7 November akan dimaklumkan.
Attorney General's Chambers
Address : No. 45, Persiaran Perdana
Address : Precinct 4
Postal code/ZIP : 62100
Town/Suburb/City : Putrajaya
Phone : 603 - 8872 2000
Fax : 603 - 8890 5670
@ Email : pro@agc.gov.my
Web Site : http://www.agc.gov.my
25 October 2011
グレート・ティーチャー・オニヅカ
1. Ramai berasa takjub akan kehebatan skim DG memperjuangkan kebajikan masharakat mereka dengan berita hebat daripada Bill 2011 baru-baru ini. Apa lagi kalau bukan perkara naik gaji untuk masharakat DG.
2. Ramai pula yang berasa agak elleeeh dengan pengumuman naik gaji berkenaan. Bagi aku, berenti kerja, jadilah guru kalau nak elllleeeeh sangat dengan masharakat DG.
3. Tak ada mereka, ramai yang sepak kulit limau barangkali. Apa pun kenyataan no. 3 ini bersharat kerana masharakat DG pada masa ini dilihat juga tidak dapat melahirkan tenaga DG yang benar-benar hero dan bagus dalam profesion seperti watak khayalan Great Teacher Onizuka (グレート・ティーチャー・オニヅカ, Gurēto Tīchā Onizuka)
4. Umum mengakui pada satu tahap,profesion perguruan adalah pilehan terakhir untuk yang tidak bekerja khususnya graduan ijazah pertama. Maknanya di sini hati mereka bukan berminat sungguh untuk menjadi guru. Atas desakan hidup, hendak membayar hutang pinjaman pelajaran, jelat dengan bebelan ibu bapa di dapur atau di tepi pohon mempelam, makanya, boring diisi setelah 4 kali Ahad membeli suratkhabar mingguan dan minggu.
5. Sebahagian pula berpendapat tidak wajar menyata sedemikian kerana kemahiran dan minat boleh diasah selepas dapat tawaran. Tak ada yang pasti sebenarnya dalam perkara ini.
6. Ada yang lebih geram apabila secara kontan mempertikai kualiti guru setelah reflex daripada keadaan dan sikap murid-murid sekolah pada masa ini. Ini pun tidak wajar dikontankan kerana banyak ancaman sisi yang lain perlu diambilkira.
7. Mungkin sekarang ini, atas semangat gaji yang bertambah baik akan mengundang dua keadaan. Satu, profesion ini makin galak dipohon oleh semua yang layak. Tidak kira minat, berbakat atau pilehan akhir. Adalah diharap juga dengan imbuhan yang bertambah baik ini, bakal-bakal pendidik akan diisi oleh yang benar-benar mahu mengabdikan diri dari awal isi online atau mahu mengabdikan diri setelah menolak pintu asrama di Maktab Perguruan.
8. Aku juga bekas guru walaupun 6 bulan sahaja. Tobat tu tidak tapi DG bukan profesion aku ( jangan kata setelah aku dapat kerja lain, aku berani buat statement ini).
9. Akhir sekali, aku juga berawal dari keluarga pendidik dengan almarhum Tok Ayah aku seorang guru yang menjangkau 30 tahun dalam prefesion ini. Hanya aku yang menyambung legasi beliau walaupun sekadar 6 bulan. Malah beliau sempat juga melihat aku menjadi seorang guru sebelum akhir nyawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)