31 December 2011

Mencari burung pegar





Ini merupakan tulisan dari orang lain. Aku suka mengongsikan di sini. Mencari Burung Pegar

Selain itu, ada juga beberapa perkataan lain. Salah satunya ialah Merbahaya. Asalnya jawi marabahaya. Entah lagumana translation ke rumi menjadi Merbahaya. Sehingga dibetulkan hanya ini sahaja perkataan berawal imbuhan mer-.

Burung ni spesis merak dgn kuang kalau tengok dari segi fisiknya. Jadi harapkan pagar pagar makan padi!!!

28 December 2011

Semirip tapi Menarik (LAGU COVER)

Leif Garrett -- Justin Bibir 70s hahahaa!!

Era tahun 70an dan 80an, banyak lagu saduran, lagu miripan, lagu samaan dalam industri muzik Malaysia dan Singapura. Tapi yang menariknya kebanyakkan walaupun under copyright control atau disadur, sedap didengar dan adakala lebeh menarik. Aku kalau amik contoh mestilah yang dekat dengan telinga sendiri. Contohnya BDB dan Sweet Charity. Dua-dua kugiran ini memang banyak lagu luar yang diubahsuai menurut citarasa mereka. Best sampai sekarang wooooo.

Kalau BDB sudah semestinya lagu
1. Khayalan (Fantasy -Earth Wind and Fire)
2. Aku Mengerti - On The Shelf (Donny Osmond)
3. Hatiku Luka Lagi - -Lets just kiss and say goodbye (The Manhattan)
4. Malam Kenangan - In the Stone (Earth Wind and Fire)

Sweet Charity pulak
1. Dia - Wonderful Tonight (Eric Clapton)
2. Bagaikan Mimpi - Europa (Carlos Santana)
3. Sejuta Wajah - Belladonna (UFO)
4. Penunggu - Die Young (Black Sabbath/Dio)
5. Dekatlah Padaku - Blue Morning Blue day ( Foreigner )
6. Lagu Raya - Pat Benatar

Walaupun ada yang tambahbaik dari segi elemen muzik dan ada yang dari segi lirik, tapi bestnya tersendiri.

Kugiran lain :

Alleycats
1. Aku Terperangkap - I WAS MADE FOR DANCING (LEIF GARRET)

Search :
1. Nombor - Tokyo (Earthshaker)
2. Berpaling - Foolin (Def Leppard)

Lefthanded :
1. Sudi-sudikah Dikau - Gimme Gimme Good Loving (Helix)

At least kita berasai usui pasai lagu-lagu ni. Tapi semua di atas memang ada klass tersendiri. Rock uuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

27 December 2011

Salah Shutter Speed Rasanya niiiii



wajah-wajah sideline tapi famous pada 2011 menurut kacamata Dokter Wali


MR.CAVEMAN

Beliau merupakan seorang manusia biasa dan berbangsa Melayu. Memiliki akaun FB menggunakan gambar ini. Bijak dalam memberi pendapat dan bijak juga mengelirukan pembaca dengan idea aristotle beliau. Mungkin seorang penggemar photografy dan memiliki sifat penyayang yang tinggi terhadap alam sekitar dan batu bata. Beliau dikhuatiri seorang peminat hindustan walaupun dapat dipastikan bahawa beliau belum menonton RA.One.




MISMAH
Puan Mismah menjadi terkenal akibat daripada status segera IC beliau yang bertukar dari merah ke biru secara pling! pling! heboh disekitar Julai hingga Ogos 2011 dan dihebat tersebar dalam media internet. Mismah terus terusan menjadi celebriti melibihi Maya Karin apabila Bapak Menteri mengunjungi beliau dan haruslah tv segala jenis akan datang bersama. Selanjutnya ke sini --------->




TITUS BONAI
Selepas perlawanan akhir Sukan SEA 2011, hanya beliau seorang sahaja yang bersalaman dengan pemain Harimau Malaya. True sportmanship. Lahir 4 Mac 1989 di Jayapura, Papua, Indonesia. Sekarang bermain dengan kelab Persipura Jayapura. Antara pemain yang memeningkan kepala pihak lawan semasa Sukan SEA 2011 yang lalu.




ADAM ADLI
Merupakan seorang mahasiswa dari negara Malaysia. Tiba-tiba terkenal kerana tindakan menurunkan bendera presiden UMNO di PWTC pertengahan Disember 2011. Beliau secara cemerlang telah menjadi poser satu Malaysia dan satu dunia melalui media siber. Ramai juga menyokong dan ramai juga ingin meludah beliau. Adam Adli merupakan ikon sementara bagi mahasiswa peduli di negara ini. Mungkin Adam Adli tidak sehebat Sondang Hutagalung di negara tetangga namun, tindakan beliau mengundang pelbagai rasa khususnya dari sudut politik.




NAWAWEE

Beliau merupakan seorang pengarah filem melalui Nasik Lemak 2.0. Aku ada artikel sedikit mengenai beliau ------------->



ONG KIM SWEE
Beliau merupakan jurulatih Harimau Malaya yang letih dengan karenah makarenah tuan rumah Sukan SEA yang lalu. Diberi kad merah dan merah muka beliau keluar dari padang semasa perlawanan kumpulan dengan Indonesia. Semasa perlawanan peringkat separuh akhir, beliau menggunakan khidmat posto dalam memberi arahan kepada penolong beliau untuk merekabentuk permainan Harimau Malaya. Sekali lagi merah padam muka beliau selepas wisel penamat ditiup apabila komisaris perlawanan menghalang beliau beramah mesra dengan anak-anak buahnya yang meraikan kejayaan ke perlawanan akhir untuk mempertahankan emas. Kemuncak angin beliau juga berlaku selepas wisel penamat perlawanan akhir, apabila trup anti doping tiba-tiba buat-buat sibuk nak cek ayaq kencing anak-anak buah beliau. Merah padam juga muka Ong Kim Swee. Menurut sumber, mukanya terus merah padam apabila ditanya soalan bodoh sesampainya di LCCT oleh seoran wartawan TV Satelit tempatan. Kesian Ong Kim Swee, beliau sentiasa merah padam sepanjang musim Sukan SEA uyang lalu. Namun yang terbaik adalah sebelum perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA dimulakan apabila kata-kata semangat beliau yang seperti berikut ---------->