02 May 2009

Lama Tik Update

Secara berselindung di Kafe Siber. Di Pekan yang sekejap sunyi sekejap bisin di Ayer Tawaq.

Kalut dengan kelahiran keluarga baru pada 14.April.2009 lalu. Serta kekalutan rekayasa di pejabat hahahaa.

Aku suka aku dah bleh kemaskini bollock ni.


usssooong itu neutral sebenarnya...

Hari Keluarga Anakperlis.com








By: Adnan Jahaya

02 Mei, 2009 18:13 PM

MB Perlis Minta Usahawan Bantu Bangun Ekonomi Negeri


KANGAR, 2 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta para usahawan dari Perlis yang berjaya di luar negeri itu supaya berkongsi resepi kejayaan mereka bagi membangun dan memajukan ekonomi negeri itu.

Katanya ramai usahawan dari negeri itu telah mencapai kemajuan dan kejayaan dalam bidang perniagaan masing-masing dan sumbangan ilmu dan idea mereka boleh diperturunkan kepada negeri asal mereka.

Berucap merasmikan Hari Keluarga portal Anakperlis.com di Sungai Batu Pahat, dekat sini, hari ini, Md Isa berkata, kerajaan negeri bersedia menimbang setiap cadangan daripada para usahawan untuk membangunkan ekonomi negeri itu.

Anakperlis.com merupakan portal komuniti rasmi anak-anak Perlis semua peringkat umur dari serata dunia untuk berkongsi berita dan berbincang mengenai perkembangan dan isu-isu berkaitan negeri itu.

Beliau berkata, portal Anakperlis.com yang kini disertai lebih 3,500 peserta boleh menyalurkan sumbangan idea dan pandangan yang boleh mewujudkan keharmonian.

Misalnya, katanya, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik di kalangan peserta namun mereka akhirnya menemui jalan keharmonian setelah sekian lama berinteraksi menerusi portal itu.

Terdahulu itu, pemilik portal Anakperlis.com, Ameer Soekri Ishak berkata selain menghimpunkan anak-anak Perlis sejak kewujudan portal itu empat tahun lepas, ia turut mengumpul pelbagai pandangan dan idea yang bernas.

Katanya, portal Anakperlis.com kini sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah koperasi dengan mesyuarat penajaannya didakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ameer Soekri berkata apabila rancangan penubuhan koperasi itu terlaksana, antara fokus kegiatannya ialah membantu membangunkan industri pelancongan di negeri itu.

-- BERNAMA


Aku juga tik dan nak pi. Takat ayaq tawaq ja sampai. Batu Pahat tik dan ooooo. Nak mehong kata jem, nanti depa kata aku kencin deraih hahahaha.

Tahniah kepada hat pulun sakan dalam merancang dan menjayakan.

Hail AP.com from Tok Wali


usssooong itu neutral sebenarnya...