10 February 2012

Bukan pasai Bang Non Tapi pasai barat pikiaq

1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.

3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.

4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.

5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.

6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.

8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.

9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.

10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.

12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.

13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.

14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.

15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.

16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.

P.S a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.
b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.
c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.
d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.
e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, “apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?”
f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.

09 February 2012

Memancing Di Tasik Berhantu

Gambar hiasan


Cuaca hari itu cantik sambil terangi lampu malam semulajadi tetapi sehingga jam 11 malam, tiada seekor ikan pun menyentuh umpan. Harun Puyuh mula berasa bosan dan bersiap-siap mengemas peralatan untuk pulang.

“ Tasik cap apa tak tau,” Harun Puyuh mula buat ramai.

Tasik yang dimaksudkan oleh Harun Puyuh terletak dalam kira-kira 3 kilometer dari jalan utama Hosba ke Jitra. Mahu sampai ke sana terpaksalah melalui ladang getah yang berselang seli dengan hutan kecil. Jalan yang diturap sekerat mengurangkan geli lutut kalau ke sana bermotosikal kapcai. Maklumlah kapchai. Longgar di sana-sini.

Namun, sebaik Harun Puyuh bangkit, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an muncul dari rimbunan pokok tepuih sambil membuang sesuatu ke dalam tasik. Tidak lama selepas lelaki berusia melepasi setengah abad itu menabur sesuatu ke dalam tasik itu, hujan agak lebat membasahi persekitaran. Ketika air tasik berkocak disiram hujan, kelihatan ikan rancak menyambar sesuatu.

Harun Puyuh menjeling sahaja tingkah orang tua itu. Bimbang juga nak menegur. Takut keteguran.

Biaq dia tegoq aku. Sombong pun sombong lah. Malam-malam buta ni saja buat nanya kalau ramah tak ketahwan dalam hutan ni.”

Harun Puyuh ini memang kaki mengai tahap Piala Dunia dah. Mana lubuk dia tak pernah duga. Cuma tasik ini pertama kali dia menduga. Cabaran kawan baiknya, Ramli Bekho yang menyampaikannya di situ. Cabaran yang tiba-tiba membuatkan dia ada seorang kawan yang turut serta. Kawan yang aneh. Entah celah mana hadir. Tindakan orang tua itu menabur sesuatu ke dalam tasik asalnya mengundang rasa menyirap Harun Puyuh tetapi apabila banyak ikan tenggelam timbul, sirap itu tiada lagi. Ada harapan nampaknya, itu ungkapan yang terdetik dalam hati Harun Puyuh. 
Kalut Harun Puyuh mengenakan semula umpan pada kailnya. Habuan pertama diperoleh ialah seekor haruan sebesar betis menggelupur di hujung kail. Harun Puyuh bagaikan berpesta ikan dengan tangkapan cukup lumayan untuk dijamu seisi keluarga. Sambil memancing, mata melilau mengawasi persekitaran. Takut juga, manalah tahu sedang asyik memancing, harimau menyeringai di sebelah.

Depa kata tasik ni keras tapi tak tau lah,” sambil orang tua tu merapat Harun Puyuh.

Bau rokok daun menemani introduksi perbualan mereka berdua. Barangkali tembakau jawa Misai Bin Seong yang dibeli di pekan Tunjang.

Ih tak berapa nak perasan la pulak pasai keras ni. Saya mai sini niat ikhlas ja. Mintak-mintak jangan dok buat jadi bukan-bukan sudahla. Bulih bok balik padan patut ikan jadilah. Errr… pakcik ni bila sampai? Bok kai pun tak kelih? Ka ni kawasan kebun pak cik kot?” soal Harun Puyuh macam Inspektor Sahab.

Saheh. Sebenaqnya lama dah pakcik tak jumpa orang mai mengai kat tasik ni. Dekat 5 tahun mau. Hang tak seriau ka mai sorang malam-malam ni?”

Dok besa dah dengan kawasan sini tapi tak pernah perasan ada tasik tang ni. Tu pun kawan habaq,” balas Harun Puyuh sambil bagi isyarat nak mintak balut rokok daun sama.

Di sebalik perbualan mereka itu, Harun Puyuh cuba menyembunyikan perasaan seriyau dan takut dalam-dalam. Suasana malam dengan suasana hutan dapat menyembunyikan pecah peluh di dahi Harun Puyuh. Cabaran Ramli Bekho tu ada bersyarat. Syarat Ramli Bekho kepada Harun Puyuh adalah tasik yang dimaksudkan itu berhantu dan dijaga oleh penunggu berupa seorang tua. Ramli Bekho menambah bahawa orang tua itu akan bagi makan ikan-ikan di dalam tasik itu sambil menghisap rokok daun. Ramli Bekho memesan supaya Harun Puyuh meminta balut rokok daun dari orang tua berkenaan. Asalnya Harun Puyuh tak ambil pot sangat dengan pekunun Ramli Bekho itu. Tapi sekarang…

Harun Puyuh menggunakan pendekatan blue ocean strategy walaupun mengai di darat. Harun Puyuh menggunakan pekunun Ramli Bekho sebagai peluang untuk membawa balik sebanyak mungkin ikan. Kalau boleh memerang pun dia nak bawak dalam raga kapchai nya juga. Ikut logic tak akan ada siapa yang berani ke situ. Nama pun berhantu. Ada chance nak bolot semua.

Sakan ikan makan kail,”

Ni semua kerja Allah Azza Wajjalla,” loyar burok Harun Puyuh mula menguasai.

Larat ka nak bawak balik. Pancat taya mutu makalu sarat jut tara ni.”

Muek lagi ni kalau nak boh dalam raga mutu saya tu. Lagi pun sekali sekala pakcik.”

Orang tua itu bergerak ke arah tebing tasik sambil mencelup ibu jari kaki kirinya ke dalam air sambil mulut kumat kumit membaca sesuatu. Harun Puyuh kembali memercikkan peluh jantan simpanannya. Orang tua itu berpaling sambil bertanya,

Nak ka ilmu bagi ikan sayang kat kita? Saya jarang bagi petua lagu ni. Hang kiranya orang terpilih malam ni. Lagipun hang sorang saja yang cukop hero bulih mai sini sorang-sorang.” Harun Puyuh main angguk saja sebab masa itu, gelabah puyuh dah sampai. Harun Puyuh dapat merasakan something fishy is happening. Sama sahaja dagu Harun Puyuh menghala ke dadanya buat kali ketiga, orang tua itu sudah berada di tengah tasik. Tegap berdiri di atas permukaan. Tangannya didepa seluas mungkin hingga bertukar menjadi sayap. Harun Puyuh yang dalam keadaan gelabah puyuh dapat berfikir waras dalam beberapa detik.

Tak guna aih ilmu sayang ikan mau lagu ni!!!!” tempik Harun Puyuh.

Baik aku sayang diri sendiri!!!.” Gedebak gedebuk Harun Puyuh lari melanggar itu dan ini menghala ke arah kapchainya di pinggir jalan. Jarak 3 kilometer ke jalan besar dirasakan cukup panjang sepanjang depaan penunggu tasik tersebut. Harun Puyuh memecut kudrat purba kapchainya sambil ditemani bulan penuh. Bertuah ada bantuan cahaya bulan kerana lampu kapchainya hanya menggunakan khidmat koil kerana bateri dah lama kong. Tiba-tiba Harun Puyuh terasa suasana agak malap di kawasan sekitar seperti ada benda yang menghalang cahaya bulan.

Hang sampaikan pesan aku kat Ramli Bekho noooooh. Lama dia tak mai mengai di sini.”

Makin deras pecutan kapchai. Akhirnya tiba di pekan Padang Sura. Jam sudah 4.30 pagi. Harun Puyuh hanya membawa balik badan dan kapchainya sahaja. Ikan yang jenuh makan kail dengan bokkai dia sedekahkan kepada penunggu berkenaan. Sambil hap hap mencuri udara, Harun Puyuh terlintas juga untuk berkata,

Betoilah orang tua-tua dok pesan, mengai di tasik berhantu memang syok. Orang tak dak, ikan jenuh. Tapi buah penamat, balik saja. Liao hao.”


08 February 2012

'Europe is poor so should live within its means'


'Europe is poor so should live within its means'

For decades the West has lectured the East on how to manage its economies. Not any more.

Now the emerging economies of Asia look like models of steady, consistent policy and sustained growth while Europe, America and Japan are mired in debt and are growing achingly slowly, if at all.

So what can the West learn from the East?

According to former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, the message is simple but devastating: Europe must face up to the new economic reality.

"Europe... has lost a lot of money and therefore you must be poor now relative to the past," he reasons in an interview with BBC World Service's Business Daily.

"And in Asia we live within our means. So when we are poor, we live as poor people. I think that is a lesson that Europe can learn from Asia."

State of denial

Dr Mahathir is well qualified to pass judgement.

If any Asian leader can make claim to having laid the groundwork for his country's economic expansion, it is he.

During his two decades in power, Dr Mahathir helped transform Malaysia from a sleepy former colony into an economic tiger.

But his advice will not make happy reading in the capitals of Europe.

Dr Mahathir believes European leaders are in a state of denial.

"You refuse to acknowledge you have lost money and therefore you are poor," he says.

"And you can't remedy that by printing money. Money is not something you just print. It must be backed by something, either good economy or gold."

Dr Mahathir may be 86 years old, but he still holds very strong views.

In particular, he believes Europe and the West must begin the long slow process of restructuring their economies to reduce their dependence on the financial sector.

"I think you should go back to doing what I call real business - producing goods, providing services, trading - not just moving figures in bank books, which is what you are doing."

His big bugbear is still currency trading, which he believes did huge damage to the Malaysian economy during the financial crisis that hit Asia in the late 1990s.

"Currency is not a commodity", he says.

"You sell coffee. Coffee… can be ground and made into a cup of coffee.

"But currency, you cannot grind it and make it into anything. It is just figures in the books of the banks and you can trade with figures in the books of banks only.

"There must be something solid to trade, then you can legitimately make money."

Tough message

But even if Europe takes his advice, Dr Mahathir believes there will be no quick return to economic health.

"To recover your wealth you have to work over many years to rebuild your capacities, to produce goods and services to sell to the world, to compete with the eastern countries," he says.

European workers are overpaid and unproductive, Dr Mahathir believes.

"I think you have paid your workers far too much money for much less work," he says.

"So you cannot expect to live at this level of wealth when you are not producing anything that is marketable."

His message is tough, he acknowledges, before adding with a laugh: "We used to get tough messages from you before, remember?"

"And now, what is the result? Sometimes you undermined our currency and we became very poor. Well, we learn from each other. We were Euro-centric before. I think it should be a little bit Asia-centric now."

A tough message indeed.


Anfield Cats dan Penggila Beatles

MOGLET 80s


Khairull 2012 (Sam)


Baran seekor kucing.

Pada perlawanan antara Liverpool dengan Spurs yang lalu, seekor kucing dengan rileksnya memasuki padang. Kejadian yang berlaku pada minit ke 12 menyaksikan aksi lenggang terbaik sang kucing berlegar-legar di padang Anfield. Gambar di atas adalah antara ribuan gambar yang tersebar dalam internet. Pandai sang Anfield Cat ini mencari populariti. Rasanya kucing ini dah bebai atau tensen tahap dewa akan prestasi Carrol. Marah akan ekor Carrol yang berat hingga sakit tengkok sangkanya. Tapi sang kucing kena tahu, teamwork lebeh penting dari menjaring. Eh.. Carrol tu penyerang laaaaa... Sang kucing membalas. Ok la kucing. You memang rockss!!!

Aku namakan Anfield Cat ini sebagai Khairull. :)

Unnamed cat 1964
source : Wiikkiwiral UK




Pic ini dari Padang Anfield (FB)


1964 masa lawan Arsenal pun ada kucing masuk pitch. Entah nama apa kucing ni pada masa itu yeekk?


Ada satu masa, Koppites tak menyanyi YNWA, Shankley's hymn semata-mata. Beatles pun depa balun. Mentang-mentangla Beatles orang kampung depa hahahah


She loves you yeaah yeaah yeaaahh



Anak-anak dilahirkan seperti kain yang puteh...

Batara Kala dan Anak Sukerto


Siapa yang merasa memiliki “anak Sukerto?” Anak Sukerto dapat dikatakan anak yang memiliki keistimewaan. Tetapi keistimewaan itu dapat mendatangkan mara bahaya bagi anak yang bersangkutan. Namun semua itu sekedar merupakan kepercayaan masyarakat masa lalu secara turun-temurun. Sampai sekarang masih terdapat kepercayaan adanya “anak Sukerto”. Termasuk mereka yang tinggal di kota dan berkehidupan disuasana modern.

“Anak Sukerto” yaitu anak (orang) yang karena kelahirannya atau kedudukannya dalam lingkungan keluarga maupun kejadian dalam hidupnya menjadikan termasuk salah satu yang diperbolehkan menjadi mangsa Batara Kala.

“Sukerto” dari kata “suker” artinyo kotor. “Anak Sukerto” berarti anak yang mempunyai halangan dalam hidupnya.

Mengapa Batara Kala senang memangsa atau makan manusia? Kono singkat kisahnya, di Kahyangan kedatangan Prabu Damarjati melamar Dewi Uma isteri Batara Guru. Lamaran ditolak dan Prabu Damarjati ditanngkap serta dibuang ke Pesisir Kulon. Prabu Darmajati tidak mati, malah berganti rupa puteri cantik bernama Dewi Tenana bertapa di pertapaan Selogumilang. Tujuan tapanya adalah mencari kekuatan untuk membalas dendam Batara Guru. Terjadilah gara-gara di arcapada. Para dewa berusaha menggagalkan tapa Dewi Tenana tetapi sia-sia.

Kegagalan itu disampaikan kepada Batara Guru. Akhirnya Batara Guru diikuti Batara Narada berangkat ke pertapaan Selogumilang untuk menggelandang Dewi Tenana yang membahayakan Marcapada. Dewi Tenana telah tahu, maka perintah kepada Emban Lodayo untuk menyiapkan segala sesuatu untuk menyongsong kedatangan tamu agung itu.

Dengan suasana pertapaan yang terhias indah, gaya yang lemah gemulai, kata-kata yang masin diterimalah tamu Agung dari Suralaya itu. Niat semula keberangkatan Batara Guru dari kahyangan yang telah penuh kemarahan untuk membinasakan Dewi Tenana menjadi tak berdaya karena sanjungan yang lemah lembut itu. Dalam pandangan Batara Guru, Dewi Tenana adalah cantik menawan dan membangkitkan nafsu berahinya. Dewi Tenana menolak ketika diminta sebagai isteri Batara Guru. Berkobarlah asmara Batara Guru dan terus mendesak sang Dewi. Terjadilah kejar mengejar sampai di tepi samudera. Karena Batara Guru diamuk asmara yang memuncak, maka keluarah kama dan jatuh di samudera. Seketika itu air samudera beruncang dan bergelombang besar.

Dewi Tenana yang terus dikejar, akhirnya timbul marahnya dan mengutuk Batara Guru: “Batara Guru, engkau adalah Dewa Agung, mengapa tidak mampu menahan nafsu dan mengendalikan diri. Watak dan laku perbuatan semacam itu adalah watak raksasa”. Seketika itu pula Batara Guru berwajah raksasa. Ia bingung dan merasa malu jika kembali ke Suralaya. Akhirnya Batara Guru menyesal dan minta agar Dewi Tenana bersedia mengembalikan wajahnya seperti semula. Dewi Tenana menyanggupi asal tidak mengejar lagi. Setelah wajah Batara Guru pulih seperti sedia kala, kembalilah is ke Suralaya tanpa membawa hasil.

Sembilan bulan dari kejadian itu, timbullah angin topan dan deru samudera yang menghempaskan seorang bayi ke pantai. Atas kehendak jagad, bayi itu segera dapat berjalan dan berbicara. Datanglah bayi itu ke pertapaan Selogumilang menemui Dewi Tenana yang sedang membicarakan suara gemuruh dari samudera bersama Emban Lodaya. Atas pertanyaan Dewi Tenana, Sang Bayi mengaku dari tengah samudera dan menanyakan orang tuanya. Dewi Tenana ingat peristiwa masa lalu dan mengaku sang Bagi sebagai puteranya serta menunjukkan bahwa Batara Guru adalah ayahnya. Kemudian Sang Bayi yang semakin besar itu diperintahkan menghadap Batara Guru serta Emban Lodaya menyertainya.

Kedatangan Sang Bayi yang telah perjaka dan Emban Lodaya di Kahyangan Suralaya dihadang oleh bala tentara Dewa. Terjadilah perang dan tentara Dewa dapat dikalahkan. Sang perjaka dihadapkan pada Batara Guru. Setelah mendengar ceritera dari Sang Bayi yang diperkuat keterangan Emban Lodaya, maka Batara Guru tidak dapat mengingkari perbuatan masa lalunya. Kemudian Batara Guru mengakui sang Perjaka sebagai anaknya dan diberi nama Jajasengkala. Emban Lodaya ditugasi untuk mengasuhnya.

Suatu hari Emban Lodaya memasak bakal santapan Jajasengkala. Pada saat meracik sayuran, jari Emban Lodaya teriris dan darah mengucur bersampur masakannya. Setelah dihidangkan dan dilahap oleh Jajasengkala, ia merasakan kelezatan makanan yang belum pernah ditemui sebelumnya. Maka ia meminta agar selalu dihidangkan makanan dengan menu semacam itu.

Hari-hari selanjutnya Jajasengkala selalu marah karena menyantap hidangan tidak sesuai dengan cita rasa yang diinginkan. Kemarahan yang memuncak menimpa Emban Lodaya. Akhirnya Emban Lodaya berterus terang tentang terjadinya masakan yang lezat itu. Mendengar keterangan Emban Lodaya itu, Jajasengkala selalu minta dibuatkan masakan dengan bumbu darah manusia. Apabila perlu bagian badan Emban Lodaya dapat dijadikan bumbu masakannya. Permintaan itu sengan mengerikan perasaan Emban Lodaya dan amat ketakutan.

Kemudian Emban Lodaya melarikan diri dan dikejar oleh Jajasengkala untuk menghadap Batara Guru. Batara Guru merasa heran, mengapa Emban Lodaya dan Jajasengkala berkejaran dan menghadapnya. Setelah mendapat penjelasan dari keduanya, Batara Guru memerintahkan Jajasengkala untuk pergi ke pertapaan Selamangempang menemui Batara Kala. Ia diberi kuasa penuh untuk minta setengah jatah makanan Batara Kala. Apabila permintaan itu ditolak, maka Jajasengkala diijinkan untuk membunuh Batara Kala dan makan daging jatung Batara Kala.

Berangkatlah Jajasengkala ke Selamangempang. Sesampai di Selamangempang semua maksudnya diutarakan kepada Batara Kala. Permintaan itu ditolak dan terjadilah perang tanding yang dasyah karena keduanya berujud raksasa yang besar. Jajasengkala lebih muda dan Batara Kala dapat dibunuh. Jantung Batara Kala dimakan dan sebagian dibawa ke Kahyangan sebagai bukti keberhasilan membunuh Batara Kala. Sesampainya Jajasengkala di Kahyangan, para dewa bergembira ria karena manusia serakah itu telah musnah. Kegembiraan itu terhenti mendengar tuntutan Jajasengkala agar diberi kedudukan dan segala fasilitas sama dengan dewa. Batara Guru dapat menerima tuntutan itu dan memberinya pakaian dewa. Alangkah terkejutnya para dewa, setelah Jajasengkala mengenakan pakaian dewa wajahnya persis seperti Batara Kala. Maka Batara Guru memberinya nama Batara Kala.

Batara kala masih punya tuntutan lain yaitu agar diberi izin makan manusia karena telah merasakan kelezatannya. Apabila tidak diizinkan, maka ia akan mencari cendiri di Arcapada. Setelah berunding dengan para dewa, akhirnya Batara Guru hanya memperbolehkan Batara Kala memakan manusia yang bepergian atau orang ke sungai memakai kerudung ditengah hari atau matahari di atas ubun-ubun. Batara Kala tidak puas, karena merasa belum cukup atau sulit mencari manusia semacam itu. Batara Guru mengkhawatirkan manusia di dunia akan musnah dimangsa Batara Kala. Atas hasil musyawarah dengan para dewa, maka Batara Guru mengijinkan Batara Kala makan “anak sukerto”. Para dewa masih khawatir banyak manusia menjadi makanan Batara Kala, akhirnya Batara Guru memberi syarat. Bagi orang yang bepergian di siang hari dan matahari sudah condong ke barat meskipun baru sedikit, maka tidak boleh dimakan. Hal itu mengisyaratkan pada orang agar berhenti sejenak dari perjalanan menunggu matahari condong ke barat. Bagi “anak sukerto” yang sudah “diruwat” tidak boleh dimakan. Hal itu mengisyaratkan agar orang yang mempunyai “anak sukerto” agar segera “diruwat”.

Untuk membaca lanjut mengenai adat perawatan ANAK SUKERTO

Artikel di atas adalah sebagai percambahan pengetahuan atas percambahan budaya dalam umat manusia. Ini tidak mencerminkan sebarang ulasan akan baik-buruk kepercayaan dan perbuatan masing-masing.