Kepada penggemar kisah sektoral manusia yang berbilang suku bangsa, boleh la membeli keluaran terbaru tulisan Zabidin Haji Ismail yang membincangkan sumbangan tokoh-tokoh suku Rao/Rawa di Malaysia. Boleh didapatkan terus dari penulis pada masa ini. Haaa kiranya special la sebab direct from the writer.
RM30 sahaja. Ilmu jangan disimpan. Nilai jangan dikira.
Berikut sedikit sinopsis buku ini :
Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu
suku Melayu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada
tamadun negara. Etnik ini mula berhijrah
dari Sumatera Barat, Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi kerana
merantau dan berdagang. Tetapi apabila berlaku Perang Paderi 1816-1833 di Rao,
ramai penduduknya melarikan diri ke Tanah Melayu kerana tidak tahan menghadapi
keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda. Apatah lagi Rao jatuh
ke tangan Belanda, pejuang dan pendekar perangnya diburu dan diseksa
menyebabkan mereka meninggalkan tanah Rao mencari tempat perlindungan termasuk
ke Tanah Melayu. Di Malaysia, diaspora Rao terdapat di beberapa tempat tertentu
seperti di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang,
Kedah, Terengganu dan Johor. Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia
merakamkan biografi ringkas yang meliputi ketokohan, sumbangan serta peranan
yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah
negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada
pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik
Rao di Malaysia.