05 September 2013

Laras Bahasa Ekonomi orang Akademik dan orang Politik Berbeza



Mohammad Agus Yusoff

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." 

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. 

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? 

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. 

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen. 

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia. 

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah." 

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!

.................


Orang akademik bercakap tanpa tekanan.  Orang politik kadang-kadang ada banyak pertimbangan khususnya dalam politik dan perjuangan mereka.

02 February 2013

Evolusi Lukis SR/HD



Berikut adalah gambar-gambar my daughter usahakan pada peringkat awal mengenal software Sketchbook :






Yang di bawah ni yang paling latest :



Dengan medium tradisi pon jadi lagu ni :


23 January 2013

Tak Mungkin Pendeknya Barisan Sebagai Penentu Masa Hadapan


Kenapa PUBLISHING?

Sudah hampir 14 tahun aku meninggalkan Kajian Sebaran Am.  Aku yang masuk 3 tahun 6 bulan sebelum itu, telah mendapat satu jawapan baru kenapa aku pilih MC15 Publishing sebagai agenda belajar aku di sini. Secara kesimpulan aku dapat banyak perkara baru sepanjang jadi budak Masscomm dan budak Pub.  Macam-macam lah mereka itu mengonon aku akan MC15 ini.  Kursus baca doa makan dan macam-macam lagi yang didengar.

Selepas melalui kursus Pra Diploma selama 6 bulan dengan pengasuh dari Pusat Bahasa ITM, tibalah masa menjadi budak Part 01 dan masuk part 02 dah kena pilih kursus yang sesuai.  Pada masa itu Kajian Sebaran Am hanya offer 5 kursus sahaja. Public Relations, Journalism, Broadcasting, Advertising dan Publishing.  Kalau ikut sejarah Publishing paling bongsu.  Kalau tak silap tahun 1990.

Pada hari yang ditunggu-tunggu dengan mind set perbincangan yang tak bertepi dari malam tadi. Malam tadi di Seksyen 2 hingga di bucu katil double decker Perindu. 

"Ok ok aku amik Broad. (biasa la kawan ramai nak ambil yang itu. Senang nak study group. Kononn) "

Aku dah lupa kat level 13 atau 12 proses pemilihan kursus tu berlaku.  Aku minat dengan lokasi level 12 lagi. Sapa boleh confirm kan?  Setelah gembira mengukur jalan dari Perindu via CK ke sekolah SS sampailah ke bilik yang dituju.  Dah ramai daaaah. apa yang seronok datang awal pun entahlah.  Semua akan dapat masuk kursus juga.  Cuma ada sikit-sikit angin kalau kouta dah penuh, tak boleh join kursus yang kita nak.  Tak pa, ukur jalan melalui sekolah SS adalah lebih menarik.  Merka sesaja.

Balik kisah dalam bilik, dah panjang baris di laluan Journalism, Broadcasting, dengan Advertising. Steady hanya di Public Relations dan Publishing  aja nih.  Tapi berbalik kepada perenggan di atas, dah bulat hati nak masuk Broadcast. Baris juga.  Belakang Mamat Sarizal kalau tak salah aku sebab dari tadi aku tengah fikir aku berjalan dengan siapa semasa mengukur jalan ke sekolah SS tadi,  Mamat Sarizal rasanya rakan ukur jalan hari tu.  Punya la ramai kat line Broadcast ni.  Bosan pulak tunggu.  Hati menjadi ayer kosong dah. Tawar hebiar kelakunya.  

Bila dipandang-pandang di sudut hujung, aku tengok lambaian Zaili dan Bob semakin kuat menarik ke sana.  Hmmm.. best juga masuk kursus yang line tak panjang ni.  

The rest is history. Tapi aku cherish semua pengalaman, suka suki pahit payau dan aku apply setakat boleh apa yang dibelajar di sana.  Now dah new media dan aku stucked di blog ini.





Pusaka Kajian Sebaran Am