Kepada penggemar kisah sektoral manusia yang berbilang suku bangsa, boleh la membeli keluaran terbaru tulisan Zabidin Haji Ismail yang membincangkan sumbangan tokoh-tokoh suku Rao/Rawa di Malaysia. Boleh didapatkan terus dari penulis pada masa ini. Haaa kiranya special la sebab direct from the writer. RM30 sahaja. Ilmu jangan disimpan. Nilai jangan dikira. Berikut sedikit sinopsis buku ini :
Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu
suku Melayu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada
tamadun negara. Etnik ini mula berhijrah
dari Sumatera Barat, Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi kerana
merantau dan berdagang. Tetapi apabila berlaku Perang Paderi 1816-1833 di Rao,
ramai penduduknya melarikan diri ke Tanah Melayu kerana tidak tahan menghadapi
keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda. Apatah lagi Rao jatuh
ke tangan Belanda, pejuang dan pendekar perangnya diburu dan diseksa
menyebabkan mereka meninggalkan tanah Rao mencari tempat perlindungan termasuk
ke Tanah Melayu. Di Malaysia, diaspora Rao terdapat di beberapa tempat tertentu
seperti di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang,
Kedah, Terengganu dan Johor. Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia
merakamkan biografi ringkas yang meliputi ketokohan, sumbangan serta peranan
yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah
negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada
pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik
Rao di Malaysia.
BITTER ENDING. Training programme for future diplomatic and administrative officer turns into a tragedy.
PEKAN: A 35-year-old diplomatic and administrative officer (PTD) trainee drowned during a water confidence training at the Force 136 Camp of the Territorial Army Regiment 505 at Sungai Miang here yesterday afternoon.
Aidy Hasni Abu Hassan, from Kuala Lumpur was attempting to cross a irrigation canal using a rope about 2.30pm when he suddenly lost his grip and submerged into the water which was about six metres deep.
In certain parts of the world, the civil service is defined as the administrators in the executive body of a country. In Malaysia, as in Arcticle 132 of the Constitution defines the executive body consisting of the judiciary, administrators, teachers, police, public health personnel (to a certain extent) and armed forces to name a few major groups. This is just a background story.
In light of the recent death of Aldy Hasni Abu Hasan as a result of drowning during a training exercise, focus has been brought upon the civil service and its training methods. Studies have found that burial processions are supposed to be more for psychological reasons than religious. It is a procession where family and friends say farewell to the departed, to pay their last respects and to bring some form of closure to the loved ones.
However, the psychological effect only applies to the "natural and timely" deaths. In the case of Aldy Hasni, his drowning was an untimely and sudden death. As in all untimely and sudden deaths, it brings about more questions than answers could provide. There is anger, there is shock, there is disbelief. Everyone tries to make sense of what happened. There are many diverse reactions - there are those wanting to know why it happened, how it happened, whom to blame. This is a natural course of reactions as human try to bring closure to such tragic events and we cannot avoid such reactions.
As to why it happened. I believe that people accepts that it is God's will and the natural order of life. There are no two ways about it. We live and we die. The only difference is time - when do we leave this world.
As to how can this happen during a training exercise. This is for investigators to perform their duties and provide information.
As to whom is to blame. I personally never liked this question as i believe everyone is to be blamed. So i will not go there.
The other question and probably my point to this whole thing is the question of why should Malaysia's administrative corp require forms of military exercise. It is ludicrous to the common sense doesnt it. Malaysia is a blessed peaceful and properous nation. This is the argument that i read and found very common in the newspapers, blogs and social media.
To answer this, one point has to be made very clear - no one in their right psychological mind wants another person to die. On to the point, one has to take into account that the job scope of administrators is to administer the government machinery regardless of time. This means that the government has to function whether there is rain or shine, peace or war. This means that whatever time of day or night, there must be a functioning government. There must be security, there must be schools, there must be health care, there must be public infrastructure etc. Even in war torn countries with despot leaders there is a functioning government that runs all these services. The administrators must be prepared for all eventualities. For example, The National Security Council (MKN) has ruling 20, 21 for emergency situations for natural disasters like flood, famine etc. The ones that coordinates are the administrators and they have the power to administer. The administrators are provided legal power during an emergency or natural disaster. The administrators must be in the middle of the situation providing administrative leadership. In times of war, when all shops closes down, when people are asked to stay in their homes..army/police trucks will bring adminsitrators to their offices to do their jobs. Just because Malaysia is peaceful and prosperous, does not mean that administrators should not prepare for the worst and hope for the best. Training with the army, police and fire brigade allows the administrator a practical insight into what the army, police and fire brigade does. The familiarisation of these services would enhance the administrators decision making in an emergency. Hence, the need for some form of military training. Btw, for those who knows me, do i really look like Captain Malaysia? So dont be worried that Malaysia's administrators being war mongers and trained to be one. I dont look like one. We are just trained to be familiarised with certain aspects of security for the purpose of being prepared during an emergency.
The points that i make should not take away that a life has been lost and that we should make a point to learn from the lessons of Aldy Hasni's untimely death. I wish his family well, i hope that his family is taken care of, and i hope that some form of counselling in provided to the other trainees who are affected by his death from Unit Psikologi dan Kaunseling JPA.
Dah kecoh (atau dikecohkan semula) dalam AP.COM akan perihal seorang anak sunti mengutuk negeri paling hero dalam Malaysia, Perlis Indera Kayangan. Merapak-rapaklah kutokan dan ketidakpuasan hati mengunjung AP.COM which means sah sah orang Perlis atau pemastautin tetap. Tidak pula difahami motif sebenar anak sunti yang kononnya dari Taiping yang beriklim hemisfera utara itu. Namun, dari sudut positif beliau mengangkat negeri paling hero dalam Malaysia, Perlis Indera Kayangan supaya lebih dikenali. Untuk rekod, posting berkenaan dah lama pun. Mei 2012. Nak baca bolehlah hahahahaha!!!!
Menyamakan cuaca di negeri paling hero dalam Malaysia, Perlis Indera Kayangan seperti hell amat dibimbangi akan dikaitkan dengan Black Metal hahahahha. Marah api api api orang Perlih.
Sebenarnya NAT ni hanya terpakai di Perlis dan Kedah sahaja. Sengaja gunakan. Biasanya lain tempat di gelar Pekan Sari, Pekan Sehari, Pasar Minggu atau Pasar (ikut hari). Kalau di Simpang Empat, Perlis...biasanya kami sebut NAT sahaja. Untuk golongan luar dari kawasan Simpang Empat/Kayang, depa kadang-kadang sebut NAT Selasa. Baru-baru ini berkesempatan singgah ke Bota Kanan, Perak. Layan juga di sini kerana kekayaan jualan hasil kampung dan ikan daratnya. Kalau nak tengok buah terjuntai ke atas, layan lah video di bawah ni.
Sedikit mengenai kata "Nat" : Nat ini menurut sumber adalah pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam bahasa Samsam. Sedikit maklumat mengenai bahasa Samsam. Mungkin kita mudah bersetuju bahawa bahasa Samsam ini adalah campuran bahasa Thai dialek selatan atau Pak Thai dengan bahasa-bahasa sekitar kawasan penutur seperti Dialek Kedah, Hokkien/Cina dan bahasa minoriti lain. Baca di bawah ini :
Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Noriah Mohamed & Omar Yusoff 28(2) (2010): 35 - 6135
Tinjauan Identiti dan Bahasa Hibrid dalam Kalangan Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia
NORIAH MOHAMED & OMAR YUSOFF
Secara am, Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan adalah tiga komuniti yang melibatkan percampuran antara orang Siam, Cina dan India
dengan Melayu. Namun demikian, mentakrifkan konsep hibrid bagi ketiga tiga komuniti ini tidaklah semudah yang dimaksudkan dan hal ini dibuktikan menerusi perbincangan di dalam bahagian berikut.
Samsam
Komuniti Samsam ialah komuniti yang menetap di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Namun demikian, lokasi petempatan komuniti ini agak sukar ditentukan kerana kekaburan konsep identiti komuniti ini. Tinjauan lapangan dan sorotan literatur menunjukkan bahawa terdapat beberapa buah negeri di utara Semenanjung Malaysia, yakni Kedah, Perlis dan Langkawi disebutkan sebagai kawasan menetapnya komuniti ini.
Dari segi identiti, terdapat dua pandangan tentang maksud hibrid bagi identiti Samsam. Pertama, pandangan awal tentang komuniti Samsam menyatakan bahawa komuniti ini memang produk perkahwinan campur antara Melayu dengan Siam; Melayu, Cina dengan Siam; atau Siam dengan keturunan penduduk asli Langkasuka atau Ligor (Archaimbault 1957: 75). Bagaimanapun, Archaimbault selanjutnya menyatakan bahawa persoalan asal usul yang berbaur ini hanyalah satu hipotesis dan tidak boleh ditentusahkan sehingga pemerian tentang bahasa, adat istiadat dan institusi dalam kalangan Samsam ini dilakukan secara menyeluruh.
Kedua, menurut Azman Wan Chik (1968), Samsam ialah orang Melayu Islam yang datang dari Thailand ke utara Semenanjung Malaysia. Azman yang melaksanakan kajiannya tentang Samsam yang menetap di Titi Tinggi, Perlis ini menyebutkan bahawa orang Samsam berasal dari Pattani (dieja Petani oleh Azman), sebuah daerah di wilayah selatan Thailand dan sewaktu kajiannya kelompok ini sudah menetap di Titi Tinggi, Perlis selama lebih daripada tiga keturunan. Pandangan Azman ini dipersetujui oleh Zaharah Mahmud (1979: 132) apabila beliau mencatatkan bahawa:
“These people were mainly extensions of the Malays inhabiting the Thai States of Chenak, Raman, Tiba, Patani and Setul”.
Archaimbault (1957: 75) bersetuju dengan pandangan bahawa Samsam ialah warga Thai yang beremigrasi dari Nakorn Sit’ammarat dan Songkhla (Singgora) di Thailand pada sekitar abad ke-17. Namun begitu, baginya terdapat dua kelompok Samsam, iaitu Samsam Siam dan Samsam Melayu. Maksud Archaimbault (1957: 76) Samsam Siam ialah warga Thai yang beragama Buddha, manakala Samsam Melayu pula ialah warga Thai yang beragama Islam
Samsam yang dimaksudkan oleh Azman Wan Chik (1968) atau Zaharah Mahmud (1979) ialah Samsam Melayu. Apabila dikaitkan dengan agama Islam, Samsam Melayu ini pula tidaklah begitu mengambil berat tentang soal agama. Zaharah Mahmud (1979: 132) menyebut kelompok ini sebagai orang Siam yang berorientasikan Melayu. Menurutnya:
“These were the culturally, though not religiously, Siamese oriented Malays”.
Maksudnya, Samsam ialah orang Siam yang berorientasikan Melayu mungkin dari sudut budaya tetapi kurang dari segi agama (Islam)nya. Orang Siam yang berorientasikan Melayu ini sebagai ‘Malaysising Siamese’ yang bermaksud orang Siam yang masuk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu tetapi rohaninya masih kekal Siam walaupun keturunannya akan menjadi Islam sepenuhnya. Sebaliknya pula terdapat juga orang Melayu yang berorientasikan Siam. Sama ada ‘Malaysising Siamese’ atau Samsam kedua-duanya tidak begitu prihatin dan teliti dengan makanan. Mereka makan makanan yang tidak bersih seperti labi-labi dan tidak pergi ke masjid.
Bertitik tolak daripada identiti hibrid ini juga Samsam dikaitkan dengan
maksud perkataan samsam. Pemaklum Samsam yang ditemu bual oleh Archaimbault (1957: 5) menyebutkan bahawa samsam berasal daripada perkataan ‘tcham-tcham’, iaitu perkataan daripada bahasa Cina Hokkien yang bermaksud membaurkan atau mencampurkan.
Perkataan ‘sam’ dalam bahasa Thai juga maksudnya membaurkan, mencampurkan, berbaur atau bercampur. Dari sudut bahasa dan budaya tidak sulit untuk mengaitkan Samsam dengan identiti hibrid ini. Hal ini bermakna, sama ada Samsam Islam atau Samsam Siam, unsur bauran dalam kehidupan mereka menunjukkan percampuran dari segi dua budaya atau bahasa, yakni Siam dengan Melayu atau Siam dengan bangsa lain. Meninjau dari sudut penghibridan identiti (Melayu dengan Siam) ini juga, Hortsmann (t.t.: 7) dalam tulisannya yang bertajuk “Dual ethnic minorities and the local reworking of citizenship at the Thailand Malaysian border” membincangkan tentang Samsam di Langkawi pada hari ini yang memegang dua identiti, Thai dan Malaysia.
Dalam salah satu kes tentang keluarga Samsam yang menetap di Langkawi yang dibincangkannya, beliau menceritakan:
“Their daughters and sons move back and forth between Ban Sarai and Langkawi, benefiting from the uncertain, ambiguous space in the sea and the geographical proximity of Langkawi, lying just south of the Thai border.”
Walaupun mereka masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengenalan sah daripada pihak Malaysia, kelompok ini masih meneruskan kedua-dua identiti ini dalam kehidupan mereka. Dalam hal ini, di Langkawi salah satu ciri Samsam yang menonjol ialah usaha mereka untuk menjadi Melayu seboleh-bolehnya tetapi menekankan hubungan kekeluargaan, ikatan emosi, bahasa dan agama dengan Thailand atau dengan kata lain kekal sebagai orang Thai. Namun begitu, untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik mereka berhasrat untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dan terus menetap di Langkawi sebagai nelayan. Proses asimilasi mereka mungkin perlu dibayar dengan harga mahal kerana (Hortsmann t.t.: 7):
“ ... while the younger generation of the Sam Sam in Malaysia, being ashamed of the practices of their ancestors, have abandoned the Thai language”.
Hal ini mungkin berlaku kerana menurut Hortsmann (t.t.: 7) generasi muda Samsam menganggap bahawa:
“The identity of the Samsam integrates elements from the Thai and Malay worlds, playing on the ambiguities between cultural boundaries”.
Generasi muda Samsam ini mungkin inginkan satu identiti yang dapat melambangkan diri mereka yang sebenar, sama ada sebagai Thai atau Melayu, bukan antara kedua-duanya.
Rumusannya, walaupun terdapat cara yang berbeza untuk mendekati makna Samsam, disebabkan konsep hibrid dalam konteks perbincangan ini berteraskan Melayu, maka Samsam bermaksud orang Melayu yang beragama Islam dari wilayah-wilayah selatan Thailand dan keturunan mereka yang datang dan menetap di Malaysia. Mereka boleh jadi keturunan asal Siam atau hasil perkahwinan campur dengan orang Melayu di Malaysia.
Takrif Samsam yang awal tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada Samsam pada hari ini. Antara takrif Samsam yang dimaksudkan ialah takrif yang berkait dengan orang Siam yang berorientasikan Melayu dari sudut budaya tetapi kurang dari segi agama (Islam)nya, tidak warak dan mengamalkan aktiviti yang bertentangan dengan Islam; orang Siam yang masuk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu tetapi rohaninya masih kekal Siam walaupun keturunannya akan menjadi Islam sepenuhnya; orang Melayu yang berorientasikan Siam tetapi masih beragama Islam; atau orang Samsam yang melakukan aktiviti rompakan.
.
Hal ini demikian kerana pengertian Samsam yang awal ini yang dikaitkan dengan imej negatif agak sukar dikaitkan secara langsung dengan kelompok manusia dan bahasa pada waktu ini.