Sunday, March 15, 2009
NURUL MAKAN AISKRIM DENGAN DR FAIZ
Mungkin cuti sekolah, KLCC penuh dengan orang ramai. Ada yang makan-makan, ada jalan-jalan, 'window shopping' dan tidak kurang juga yang membeli-belah. Persoalannya tidak terjejas ke dengan kemelut ekonomi dunia yang semakin getir ketika ini?
Bagi yang makan-makan, itu satu keperluan. Jika tidak makan, sudah tentu lapar dan kebuluran. Bagi yang jalan-jalan, itu keperluan kerana jika tidak 'jalan-jalan' anak akan memberontak. Isteri? Mungkin juga memberontak kerana tidak tahan berkurung.
Yang membeli-belah, sudah tentu duit sudah turun dari langit. Langit yang mana satu? Mungkin ada yang mendapat 'rezeki' sempena Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini. Dapat banyak duit tu, jangan pula buka 'cawangan'. Beli telefon baru bolehlah, jangan 'isteri baru'. Duit habis nanti, masalah akan menjelma.
Apapun, ada juga yang berjalan-jalan dengan buah hati. Penulis nampak Nurul Shuhada (pengacara Majalah Tiga) bersama dengan Mejar Dr Faiz (bakal angkasawan) sedang makan aiskrim di Haagen-Dazs, KLCC. Duduk depan meja penulis. Selamat 'berkasih'. Betullah apa yang digossipkan selama ini. Pak sibuk? Tak, saja nak jadi mat kepoh. Makan atau minum depan orang ramai tak apa. Jangan dalam gelap, tak boleh tu.
(Nota: Bagi wartawan media hiburan bolehlah gunakan 'blog' ini sebagai sumber bahawa Nurul makan 'aiskrim' dengan Mejar Dr Faiz di Haagen-Dazs. Selamat menempuh gerbang perkahwinan. Boleh kahwin ke sebelum naik ke angkasa? Boleh kot.)
...................
Saja menyebok gossip. Bukan kerja aku aih. Tapi saja ja tuh
1 comment:
Tigre ni tokey aku dulu
Post a Comment