28 July 2009

Go to Hell!!!

Aku sebenaqnya gemar dan suka gaya Nik Aziz. Sebab lagu mana pun spindoctors buat atau pon orang kiri kanan dia bikin, Nik Aziz sentiasa bergaya dengan elemen kejutan. Sebenarnya kalau aku kata Go To Hell tak dak sapa peduli pon... hahaha

Aku pikiaq, Nik Aziz anggap injin rosak kot. Bila ramai mengomen apa di cakap sebelum injin jahanam ni, ramai pulak yang lupa yang Nik Aziz ada sikkit perkara nak disampaikan. Bagi aku, tak kasaq ni, biasa ja... and i like yeaaahhh

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

No comments: