Batu 12 Kayan. Bas tiba-tiba berenti. Hairan. Bas penuh. Sapa nak berenti kencing? Udahla berenti kat double line. Rupanya ada pengumuman penting dari pilot bas. Dalam loghat Perak yang tawar beliau meminta supaya siapa-siapa yang main lagu secara kuat supaya mematikannya. Atas alasan mengganggu penumpang lain. Yang best pada yang sama beliau melirik kepada seorang penumpang warga asing yang kebetulan bergaya secara hitech yakni berheadphone lengkap ditelinga. Aku fikir dia sedang cuba comprehend apa maksud sebenar pilot berkenaan. Dah nampak mcm dia yang pulak buat. Pilot itu menambah, kalau nak pasang kuat untok diri sendiri dengan headphone tak de masalah. Aku makin kelabu pandangan. Apa sudah jadi ni.
Untuk makluman, sblum slot pengumuman ini berlaku, memang ada kedengaran lagu. Lagu kumpulan Unwanted tetapi sekerat-sekerat sahaja. Jadi lirikan pilot kepada penumpang warga asing itu memang membuatkan aku kelabu pandangan. Maka, bas begerak semula.
Selang 10km, berenti pulak. Pilot pada masa ini dah tukar program. Daripada pengumuman kepada penguatkuasaan. Beliau nak tahu sangat siapa yang main lagu. Alasannya mengganggu penumpang lain. Beriya sunggoh. Tiba-tiba ada suara daripada 40 jiwa di dalam perut bas ini berkata, " bunyi kat depan. Ringtone tu."
Selepas itu, pilot pun diam. Hp pon diam. Dah silent barangkali. Bas kembali bergerak. Aman jaya
2 comments:
bley buat iklan pesanan khidmat masyarakat nih hehe
dreba ober ekting sikit
Post a Comment