Heboh sungguh dengan SBPA. SBPA sana, SBPA sini. Sekarang ini memang staff PA kuasai segala bentuk persembangan. Di mana-mana sahaja SBPA. Pejuang CUEPACS juga menjalankan tugas mereka dengan menilai, menatang, mengandai berdasarkan kefahaman dan pengalaman mengasuh staff PA selama 64 tahun memberi warna warni dalam SABPA ni. Yang terbaru mengenai CUEPACS dan Deklarasi Kola Perlis boleh ke sini.
Seronok membaca komen dalam alam maya, alam siber, alam ghaib mahupun alam kedai kopi. Dalam mesyuarat, dalam bilik ayer, dalam kereta waima semasa membeli durian pun sembang SBPA. Kawan-kawan dari sektor swasta dan sektor durian tiba-tiba menjadi sangat berminat. Mungkin juga bila dengar intipati bahawa PA ini dah agak open bila mana siapa-siapa pun boleh join berdasarkan syarat tertentu di peringkat entry level tertinggi. Satu lagi ada juga penjawat awam yang concern dengan dari mana sumber kewangan untuk bayar gaji yang kalau dilihat secara umum sangat naik dan menyeronokkan. Tak ramai yang menyoalkan punca kewangan nak bayar tapi indah untuk difikirkan. Ap hal nak soal, grab je la gaji tu kan? Asasnya, gaji tinggi mesti ada collateral. Eh sebelum ini ada juga collateral. Camana pulak tu?
Aku tertarik dengan tidak senang hatinya akan tindakan CUEPACS yang mencadangkan supaya staff PA tidak sign opsyen. Sebelum aku perturunkan analogi mudah sahabat aku mengenai SBPA, aku nak bwak gostan sikit ke belakang. Gostannya begini :
1. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976).
2. Sistem Saraan Baru (SSB) 1992-2002
3. Sistem Saraan Malaysia 2003-2011
4. SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012- sehingga diberitahu hehe…
Ada kawan private tanya saya apa itu SBPA? 5 minute guide to SBPA (haha..betul ke tak ntah la, tapi nie pemahaman saya..pakar2 sbpa sila betulkan).. SBPA adalah akronim mengenai penambahbaikan dan pelarasan semula sistem gaji dan penilaian pekerja didalam perkhidmatan awam. Sistem gaji dan penilaian perkhidmatan awam (PA) yang masih aktif adalah SSB (pre-2004), SSM (2004-2011), SBPA (after 2011)...nanti 2015 dan 2020 akan ada penilaian semula (NOTA KEPADA CUEPACS..JANGAN TERKEJUT LAK BUAT MACAM TAK TAU AKAN ADA PENILAIAN SEMULA PADA 2015 dan 2020)
SISTEM SARAAN BARU
SSB--Eddy dan Rudy telah sewa/beli rumah..dorang nie sewa/beli rumah kecik satu bilik sebab bujang..jadi makan/tido koboi..oleh sebab bujang dan hidup koboi, maka banyak la kekurangan dalam rumah tu..<
SISTEM SARAAN MALAYSIA
SSM--Pas tu Eddy rasa sudah masa nak upgrade taraf hidup..dapat keje best skit dan tetiba gatal nak kawin..so kawin la dia dengan Milah, anak Mak Cik Bedah, jiran sekampung dulu..takkan lepas kawin nak duduk dengan Rudy kan..jadi Eddy pun sewa/beli rumah 2 tingkat 2 bilik, tangga naik kat blakang rumah (system gaji multi layer komplikated skit melintang, menegak, menonggeng)..
Eddy lengkapkan rumah tu skit la, tapi tak mewah sebab bisnes baru jalan…dia amik 2 orang gaji-sorang tukang masak, sorang bersih rumah, dan sorang pemotong rumput…mana la tau mak si Milah tu nak datang, rumah kene kemas dan takkan mak mertua nak share bilik ngan si Eddy dan Milah..Milah minta Eddy call kalau lewat pulang ke rumah..<
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
SBPA--Eddy nie rajin bekerja, dia inovatif, dia tunaikan semua janji2 bisnes dia jadi bisnes dia pickup la (pilihan nak jadi pakar/premier kene la usaha..tak nak usaha, jadi la yang biasa2 je)…Mak Milah nie lak ala2 mak mertua dalam felem p.ramlee ibu mertuaku..bila datang je dia nie asyik komplen nak langsir baru la, nak kete baru la, nak sofa baru la..semua serba kekurangan la ngan Mak Milah ni, macam golongan tak bersyukur nie…jadi Eddy pressure…
Apa Eddy buat? Dia dapat bini baru…secretary dia bernama Suzy… Eddy tak sedar diri, habis dia halau Milah dari rumah tu, dan jual rumah tu..dengan duit tu, Eddy beli rumah baru..Rumah baru bungalow 1 tingkat 3 bilik yang dihiasi dengan contemporary interior design siap dengan manual penggunaan gadget2 baru (pelarasan system gaji satu line tak complicated), dia kurangkan satu orang gaji sebab keje orang2 gaji overlap, orang gaji tu dia bagi ke Rudy untuk membantu bersihkan rumah Rudy, dan dia jumudkan kerja pemotong gaji, dan letakkan pemotong gaji sebagai pemandu van penghantaran dia (pelarasan semula skop kerja)…
Walaupun Suzy ni macam Betty Grabel tapi dia punyai sifat kewanitaan yang tak senang dengan tindakan Eddy terhadap Milah..jadi dia paksa Eddy sign pre-nuptial agreement atau get out clause..syarat agreement tu adalah Eddy boleh keluar masuk rumah anytime tapi kene whatsapp gambar dia setiap 6 jam setiap kali Suzy takde bersama Eddy, dan kalau lepas pukul 6 ptg kene check in dalam mobile fb setiap jam…dan jika Eddy nak keluar terus pun takpe tapi jika Eddy keluar terus atau curang atau kawin lain, rumah 3 bilik tu akan jadi milik Suzy dan Eddy buleh get lost..tapi Suzy tak kejam, apa2 bisnes profit yang Eddy dapat sbelum Eddy kawin suzy adalah milik Eddy <
Tapi kalau Eddy nie rasa si Milah adalah lagi baik, dia stay lah ngan si Milah..takde orang nak paksa si Eddy kawin ngan si Suzy tu…biar la si Rudy lak kawin ngan si Suzy dengan pre-nuptial agreement tu..Hidup Eddy masih sama dan tak berubah…
Isu-isu seperti yang dibangkit oleh CUEPACS terutama Lampiran C, aku dapat info bahawa akan diberi semasa sign opsyen dibuat dan respektif untuk staff dgn gaji yang terlibat sahaja. Kita tunggu pulak isu baru apabila masing-masing dah start compare tangga gaji baru skim masing-masing. Yang italic di atas adalah pandangan sahabat aku Ridzuan Khusairi. Beliau pada saat ini sedang menyambong pengajian di bumi England. Terima kasih atas kebenaran tanpa collateral untuk dimuatkan pandangan beliau di sini hehe...
Jadi kalau siapa-siapa yang nak komen secara panjang lebar boleh dipost ke ruangan komen atau emel kepada aku untuk aku masokkan dalam Part 2 Kisah Eddy dan Ruby. Panjang lagi kisah ni. Soundtrack dalam pembikinan.
2 comments:
Yang beruntung Eddy. Nasib Rudy tidak diketahui ahaha
Rudy mungkin hilang tanpa di kesan ketika memancing di Segi Tiga Bermuda..
Post a Comment