09 February 2012

Memancing Di Tasik Berhantu

Gambar hiasan


Cuaca hari itu cantik sambil terangi lampu malam semulajadi tetapi sehingga jam 11 malam, tiada seekor ikan pun menyentuh umpan. Harun Puyuh mula berasa bosan dan bersiap-siap mengemas peralatan untuk pulang.

“ Tasik cap apa tak tau,” Harun Puyuh mula buat ramai.

Tasik yang dimaksudkan oleh Harun Puyuh terletak dalam kira-kira 3 kilometer dari jalan utama Hosba ke Jitra. Mahu sampai ke sana terpaksalah melalui ladang getah yang berselang seli dengan hutan kecil. Jalan yang diturap sekerat mengurangkan geli lutut kalau ke sana bermotosikal kapcai. Maklumlah kapchai. Longgar di sana-sini.

Namun, sebaik Harun Puyuh bangkit, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an muncul dari rimbunan pokok tepuih sambil membuang sesuatu ke dalam tasik. Tidak lama selepas lelaki berusia melepasi setengah abad itu menabur sesuatu ke dalam tasik itu, hujan agak lebat membasahi persekitaran. Ketika air tasik berkocak disiram hujan, kelihatan ikan rancak menyambar sesuatu.

Harun Puyuh menjeling sahaja tingkah orang tua itu. Bimbang juga nak menegur. Takut keteguran.

Biaq dia tegoq aku. Sombong pun sombong lah. Malam-malam buta ni saja buat nanya kalau ramah tak ketahwan dalam hutan ni.”

Harun Puyuh ini memang kaki mengai tahap Piala Dunia dah. Mana lubuk dia tak pernah duga. Cuma tasik ini pertama kali dia menduga. Cabaran kawan baiknya, Ramli Bekho yang menyampaikannya di situ. Cabaran yang tiba-tiba membuatkan dia ada seorang kawan yang turut serta. Kawan yang aneh. Entah celah mana hadir. Tindakan orang tua itu menabur sesuatu ke dalam tasik asalnya mengundang rasa menyirap Harun Puyuh tetapi apabila banyak ikan tenggelam timbul, sirap itu tiada lagi. Ada harapan nampaknya, itu ungkapan yang terdetik dalam hati Harun Puyuh. 
Kalut Harun Puyuh mengenakan semula umpan pada kailnya. Habuan pertama diperoleh ialah seekor haruan sebesar betis menggelupur di hujung kail. Harun Puyuh bagaikan berpesta ikan dengan tangkapan cukup lumayan untuk dijamu seisi keluarga. Sambil memancing, mata melilau mengawasi persekitaran. Takut juga, manalah tahu sedang asyik memancing, harimau menyeringai di sebelah.

Depa kata tasik ni keras tapi tak tau lah,” sambil orang tua tu merapat Harun Puyuh.

Bau rokok daun menemani introduksi perbualan mereka berdua. Barangkali tembakau jawa Misai Bin Seong yang dibeli di pekan Tunjang.

Ih tak berapa nak perasan la pulak pasai keras ni. Saya mai sini niat ikhlas ja. Mintak-mintak jangan dok buat jadi bukan-bukan sudahla. Bulih bok balik padan patut ikan jadilah. Errr… pakcik ni bila sampai? Bok kai pun tak kelih? Ka ni kawasan kebun pak cik kot?” soal Harun Puyuh macam Inspektor Sahab.

Saheh. Sebenaqnya lama dah pakcik tak jumpa orang mai mengai kat tasik ni. Dekat 5 tahun mau. Hang tak seriau ka mai sorang malam-malam ni?”

Dok besa dah dengan kawasan sini tapi tak pernah perasan ada tasik tang ni. Tu pun kawan habaq,” balas Harun Puyuh sambil bagi isyarat nak mintak balut rokok daun sama.

Di sebalik perbualan mereka itu, Harun Puyuh cuba menyembunyikan perasaan seriyau dan takut dalam-dalam. Suasana malam dengan suasana hutan dapat menyembunyikan pecah peluh di dahi Harun Puyuh. Cabaran Ramli Bekho tu ada bersyarat. Syarat Ramli Bekho kepada Harun Puyuh adalah tasik yang dimaksudkan itu berhantu dan dijaga oleh penunggu berupa seorang tua. Ramli Bekho menambah bahawa orang tua itu akan bagi makan ikan-ikan di dalam tasik itu sambil menghisap rokok daun. Ramli Bekho memesan supaya Harun Puyuh meminta balut rokok daun dari orang tua berkenaan. Asalnya Harun Puyuh tak ambil pot sangat dengan pekunun Ramli Bekho itu. Tapi sekarang…

Harun Puyuh menggunakan pendekatan blue ocean strategy walaupun mengai di darat. Harun Puyuh menggunakan pekunun Ramli Bekho sebagai peluang untuk membawa balik sebanyak mungkin ikan. Kalau boleh memerang pun dia nak bawak dalam raga kapchai nya juga. Ikut logic tak akan ada siapa yang berani ke situ. Nama pun berhantu. Ada chance nak bolot semua.

Sakan ikan makan kail,”

Ni semua kerja Allah Azza Wajjalla,” loyar burok Harun Puyuh mula menguasai.

Larat ka nak bawak balik. Pancat taya mutu makalu sarat jut tara ni.”

Muek lagi ni kalau nak boh dalam raga mutu saya tu. Lagi pun sekali sekala pakcik.”

Orang tua itu bergerak ke arah tebing tasik sambil mencelup ibu jari kaki kirinya ke dalam air sambil mulut kumat kumit membaca sesuatu. Harun Puyuh kembali memercikkan peluh jantan simpanannya. Orang tua itu berpaling sambil bertanya,

Nak ka ilmu bagi ikan sayang kat kita? Saya jarang bagi petua lagu ni. Hang kiranya orang terpilih malam ni. Lagipun hang sorang saja yang cukop hero bulih mai sini sorang-sorang.” Harun Puyuh main angguk saja sebab masa itu, gelabah puyuh dah sampai. Harun Puyuh dapat merasakan something fishy is happening. Sama sahaja dagu Harun Puyuh menghala ke dadanya buat kali ketiga, orang tua itu sudah berada di tengah tasik. Tegap berdiri di atas permukaan. Tangannya didepa seluas mungkin hingga bertukar menjadi sayap. Harun Puyuh yang dalam keadaan gelabah puyuh dapat berfikir waras dalam beberapa detik.

Tak guna aih ilmu sayang ikan mau lagu ni!!!!” tempik Harun Puyuh.

Baik aku sayang diri sendiri!!!.” Gedebak gedebuk Harun Puyuh lari melanggar itu dan ini menghala ke arah kapchainya di pinggir jalan. Jarak 3 kilometer ke jalan besar dirasakan cukup panjang sepanjang depaan penunggu tasik tersebut. Harun Puyuh memecut kudrat purba kapchainya sambil ditemani bulan penuh. Bertuah ada bantuan cahaya bulan kerana lampu kapchainya hanya menggunakan khidmat koil kerana bateri dah lama kong. Tiba-tiba Harun Puyuh terasa suasana agak malap di kawasan sekitar seperti ada benda yang menghalang cahaya bulan.

Hang sampaikan pesan aku kat Ramli Bekho noooooh. Lama dia tak mai mengai di sini.”

Makin deras pecutan kapchai. Akhirnya tiba di pekan Padang Sura. Jam sudah 4.30 pagi. Harun Puyuh hanya membawa balik badan dan kapchainya sahaja. Ikan yang jenuh makan kail dengan bokkai dia sedekahkan kepada penunggu berkenaan. Sambil hap hap mencuri udara, Harun Puyuh terlintas juga untuk berkata,

Betoilah orang tua-tua dok pesan, mengai di tasik berhantu memang syok. Orang tak dak, ikan jenuh. Tapi buah penamat, balik saja. Liao hao.”


3 comments:

Kalam Wasiat said...

Aku rasa cerita lebih berbentuk satira. Satira terhadap kehidupan semasa. Lebih tepat politik semasa. Kerajaan sekarang terlampau nak bolot semua pihak sehingga melupakan yang mana keutamaan. Kehendak minoriti acapkali didahulukan. Banyak isu aku dapati tak terkawal dan out of control. Samalah dengan nasib Harun yang tamak tetapi bertangan kosong di pengakhiran.

Itu pendapat aku. Subjektif.

Kalam Wasiat said...

Aku nak tambah, gaya bahasa utara buat susah nak difahami. Aku faham secara kolektif setiap dialog tersebut. Boleh serkap serkap he he he he

usssooong!!! said...

hahah TQ tuan. kalau tak letak ayat utara, kurang feel