20 May 2012

Juara-Juara Baru 2012 Hasil Gladiator- Gladiator Tepi Colosseum




1. Chelsea menang pertama kali dalam kejuaraan Piala Eropah dengan menang atas Bayern Munich untuk edisi 2012

2. Malang sunggoh bagi tuan rumah Bayern Munich kerana kalah dalam peraduan penati yang memang tak best langsung. Bagi Chelsea, peduli apa. Janji menang. Lagipun Chelsea pun pernah rasa bagaimana Bayern Munich terima.

3. Game final tersebut, kalau dikira-kira hanya bermula mulai minit ke 80 masa sebenar. Campur 30 minit masa tambahan dan 15 minit masa penalty. Jumlah semua ialah 55 minit. Beruntung siapa yang tengok half way sebab mendapat masa yang fair untuk layan final tersebut.

4. Jarang seorang goalkeeper menjadi sebahagian daripada team penalty tetapi tahniah kepada Neuer kerana berjaya menjaringkan gol.

5. Chelsea berjaya membuat double ubtuk 2012 dengan FA dan Champions Cup walaupun sebelum ini ada pasukan EPL lain yang berkira-kira untuk bikin double. Chelsea juga yang bikin gagal akan berkira-kira itu.

6. Chelsea adalah team ke-10 yang pernah jadi runner up dan kemudian menjadi juara. Borussia Dortmund pada tahun 1997.

7. Berikut adalah kelab-kelab yang menang kejuaraan ini :

9 kali- Real Madrid CF (ESP)

7 - AC Milan (ITA)

5 - Liverpool FC (ENG)

4 - AFC Ajax (NED), FC Bayern Munich (GER), FC Barcelona (ESP)

3 - FC Internazionale Milano (ITA), Manchester United FC (ENG)

2 - SL Benfica (POR), Juventus (ITA), Nottingham Forest FC (ENG), FC Porto (POR)

1 - Celtic FC (SCO), Chelsea FC (ENG), Hamburger SV (GER), FC Steaua Bucuresti (ROU), Olympique de Marseille (FRA), Feyenoord (NED), Aston Villa FC (ENG), PSV Eindhoven (NED), FK Crvena zvezda (SRB), Borussia Dortmund (GER)

8. Tahniah kepada DiMatteo kerana menjadi caretaker pertama menang kejuaran Eropah. Beliau juga warga Itali pertama berjaya membawa sebuah kelab bolasepak di luar Itali menjuarai Champions Cup. Beliau juga melahirkan juara baru dari peraduan peringkat tertinggi Eropah ini.

1963 Nereo Rocco - Milan

1969 Nereo Rocco - Milan

1985 Giovanni Trapattoni - Juventus

1989 Arrigo Sacchi - Milan

1990 Arrigo Sacchi - Milan

1994 Fabio Capello - Milan

1996 Marcello Lippi - Juventus

2003 Carlo Ancelotti - Milan

2007 Carlo Ancelotti - Milan

2012 Roberto Di Matteo - Chelsea (England)

9. Ternyata warga Itali yang paling berjaya dalam kempen bolasepak Inggeris untuk 2011 dan 2012. Mancini berjaya melahirkan juara baru EPL dengan membawa City dan DiMatteo membawa Chelsea sebagai King of Europa.

10. Lucunya, Chelsea adalah team yang penuh pemain purba tetapi menjadi juara.

No comments: