22 July 2012

SMK LOHAN 1993-2012 - Sampai jugak akhernya




Padang sekolah SMK LOHAN



Udah besar pangjang pokok tu... Sahehla dah besar pangjang pasai dekat dekat 19 tahun pokok tu hidup aman damai di tanah Ranau tu. 



Bukan main rileks lagi pokok tu membesar bersama anak-anak sekitar SMK Lohan.Apabila pertama kali menjejak kaki kembali setelah hampir 19 tahun, ofcourse banyak benar perubahan yang berlaku.  Semasa aku sampai sanapada Ogos 1993, SMK Lohan ini masih muda remaja. Suasana masih terangbenderang.  Landskap masih ketot-ketot.  Kalau tak silap aku, baru 2tahun beroperasi.  Semua serba baru.  Pokok serba ketot. Bangunan bau cat lagi. 


Kami pada masa itu, dari seluroh negara dikumpulkan di SMK LOhan ini untuk berkursus selama seminggu.  Kursus Kepimpinan Tingkatan Enam Rendah.  Setiap negeri menghantar 4 wakil.  Tuan rumah ramai la sikit.  Kaya betoi KPM pada masa itu.  Boom factor barangkali.Masa tiba di situ pada Julai 2012, dah tidak kemetot lagi pokok-pokok di sini.  Diri sendiri pun dapat agak dah besar jugak pokok yang ditanam di tepi gelanggang tenis tu.  Ada dua persoalan semasa on theway ke gelanggang tenis tu; 1) agak2 dah besar mana pokok tu 2) spesisapa yang di tanam.  1993, mana nak peduli tanam spesis apa. Janjicangkui, kambuih jaaa. Nak tahu besar mana pokok tu, photo di siniboleh menggambarkan.  Berbalik kepada persoalan kedua itu, spesisnya sama yang tengah berbunga sakan dan mabok berbunga di Putrajaya sekarang, malah di Kuala Lumpur dan Ipoh.  Tempat lain pun ada juga.Ala-ala sakura gitu.  Pokok tu banyak berbatang-batang di sekitar tapak pasar malam/pasar tani/param/baram Presint 2 Putrajaya.


pokok ni la 



Pengalaman pertama ke Negeri Di Bawah Bayu pada 1993 itu kekal dalamingatan dan hajat nak singgah kembali ke SMK Lohan, Ranau yangmerengkam selama hampir 19 tahun selesai sudah.  Jadi, aku rencana mau turun dengan kawan-kawan sekursus.  Cuma pada masa ini, ada seorang sahaja yang masih kekal berkawan.  Yang lain belum jumpa lagi. Mana mereka sekarang maseh dalam peringkat jawatankuasa mencari.Selepas 3 tahun meninggalkan Lohan, geng pertama yang kembaliberhubung ialah Abdul Razak Ahmad.  Itu pun pada 1996, kami menjadi satu batch semasa mengaji Sebaran Am di ITM Shah Alam.  Oleh itu,sampai ke laaaa la jadi geng.  Ada dua lagi yang dah dikesan.  cuma belum kesempatan untuk berjumpa. Sekolah ini dengan rasminya dibuka pada 1994 dan disempunakan oleh Menteri Pendidikan Dato' Dr Amar Haji Sulaiman Daud.


1993



No comments: