08 October 2012

BOLEH UBAH DAN DATEH, DATAY, DAKPAN DAN DOPAN


gambar hiasan mata sahaja :



Ada siapa siapa ingat masa kita kecil-kecil dulu, yaitu tahun-tahun 70an dan 80an juga 90an akan memoriam masa pi mengaji Jahama (Juz 'Amma) atau Muqaddam dan juga mengaji Al-Quran?  Selain daripada main aci ligan seperti main tuju kasut, main police sentry, main aci sembunyi sehingga benar-benar disorok jin nakal atau pun main guli atau mata kucing?  Ada tak satu kalimat yang sangat membezakan darjat kita dengan kawan-kawan semasa mengaji?

Sebelum itu, suka jua aku perturunkan bagaimana guru-guru dulu mengajaq kami kenal huruf Al-Quran.  Berikut dipetik dari FB kawan aku hhheehe :

"Alif Dateh Aaa, Alif Bawah Eee, Alif Dopan Uuu..Aaa Eee Uuu..."



Bila jam tok guru panggil untuk checking baca ok ke tak, jam tu la yang paling leceh.  Ibarat amalan manusia penentu untuk meintas titian Sirat, ada kawan-kawan yang sekali jalan saja terus lancaq.  Ada yang kena ulang sampai tok guru bangun pi basuh muka.  Punya la benak ati ahahaha.  Gitulah manusia, ada yang mudah belajaq, ada yang payah boleh dan ada yang buat payah segala hal.

Bila kita dah tamat sesi depan tok guru, balik masok detail, mula la kawan2 kiri kanan tanya ;

" Hang BOLEH UBAH dak? "


Ok, aku nak tambah sedikit pasal "Alif Dateh Aaa, Alif Bawah Eee, Alif Dopan Uuu..Aaa Eee Uuu..."


Dari mana gamoknye datang kalimat 'Dateh' ni.  Ini kalimat ini tiada diejakan sebelum ini. Hanya tradisi lisan zaman berzaman.  Nyata sebutan di atas tu dari kawasan Negeri Sembilan dan sekitar. 'Dopan' tu mengesahkanlah heheh.

Kalau kawasan utara khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang ada beza sikit nyebut kalimat ini :


"Alif Datay Aaa, Alif Bawah Eee, Alif Dakpan Uuu..Aaa Eee Uuu..."

Mudah cerita, bahawa ada sumber menyatakan ulama-ulama besar dari Pagar Ruyung yang membawa kaedah mengaji muqaddam ke Tanah Melayu.  akibat dari lidah Minangkabau yang tebal, maka penerimaan sebutan kalimat ini diterima secara tanpa bicara di kawasan Tanah Melayu selepas itu.  Namun, ada perubahan minor bergantung kepada daerah penutur.  Itu yang bunyi lain sikit di utara Tanah Melayu.


Nak mudah gini : 

Di Atas / Di Ataih (U) / Dateh (N) -asal 'Di Ateh'  / Datay (U - gaya laju heheh)
Di Hadapan / Depan / Dopan (N) / Dakpan (U )
Di Bawah - semua sama 

(N) - loghat Negeri Sembilan

Tempat lain lagu mana? Tak sempat nak beresearch sakan.  Just to share. 









1 comment:

usssooong!!! said...

ada setengah tempat sebut; "Beralihlah kau"