20 October 2012

Minda Celaru : Kg Semarah Padi



Mula-mula aku nak ucap tahniah kepada Melissa Saila and the gang kerana berjaya mereka satu cereka yang sangat sempoi.  Pertama kali dilayar tvkan pada Hari Raya Pertama 2012 yang lalu.  Baru-baru ini  ada rerun di saluran yang sama. 

Bayangkan kalau satu opis disumpah marah marah selama setahun.  Mau meriah seluruh opis dengan suara-suara tinggi walauon ngajak teman seopis minum kopi.  " JOMLA!!!! MINUM KOPI!!!"  Cool...

Kisah secara mudah apabila Musalmah yang memakan cempedak Tok Pengulu Siak, ditangkap dan dihukum bunuh. Akibat rayuan demi rayuan tidak diendahkan maka Musalmah menyumpah seluruh penduduk kampung Semarah Padi sentiasa marah-marah dalam kehidupan harian mereka.  Musalmah baran sebab beliau asyik kena marah dari ditangkap sehingga ke tepi pantai.  Kisah ini dikiaskan pada hari Jumaat 4 Safar 1300 hijrah / 15 Disember 1882 sehingga 20 tahun selepas itu.

Muzik latar seperti kisah-kisah filem 50an.  Paling hebat lakonan ialah dari Shiela Mambo.  Ngam betoi suara dan marahnya.  Build up karekter mula dimakan sumpah adalah seperti klip ini.



Hanya satu bahasa asing dituturkan sepanjang kisah ini - shortcut.  Itu pun rasanya pengarah melepaskan scene berkenaan untuk penonton.

2 comments:

Anonymous said...

hahhaaa shila mambo bini tok penghulu

Anonymous said...

sumpah! saye cintekan awak. percayelaaaa!


haha marah benor