Lihat ini :
Malaysia 1998
Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 6 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh spekulator matawang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 dan ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. pada hari yang sama, Bursa saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal". Tetapi, mata wang jatuh lagi pada akhir 1997 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan akan menggunakan 10 juta ringgit atas projek jalan, rel dan saluran paip.
Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu Sektor pembinaan(construction) menyusut sebanyak 23,5 %, produksi menyusut 9 % dan agrikultur 5,9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara tercepat yang pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.
sos : WIKIPEDIA
MALAYSIA 2008/2009
Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi.
Malaysia pun terkena tempias itu. Contoh bodo, kilang panasonic di Melaka tutup. Kilang-kilang di Pulau Pinang banyak dah downsizing mengikut parent mereka di US dan Eropa. Berdasarkan perangkaan semasa dan cakap cakap ahli ekonomi(?) efek kepada negara ini masih minimal walaupon sudah 3 orang yang sedang menyepak kertas mencari peluan kerja baru.
BAGAIMANA MENGATASI ??
Malaysia 1998
1. Kita membuat tambatan ringgit ke atas dollar US.
2. Kerajaan menggalakkan pinjaman walaupon bank agak saving untuk menuruti.
3. Tumpuan pinjaman kepada peniaga peniaga kecil. TEKUN.
4. Kita pun sedia maklum kuasa beli paling ramai dalah berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, tumpuan tertumpu kepada pasar pasar malam. Pasar tradisi. Pada masa ini pasar tani diperkenalkan walaupon pekan sari Temerloh lagi bertani sifatnya sejak turun temurun.
5. Bila pinjaman diberi, perniagaan berjalan kembali dengan sederhana dan stabil.
6. Oleh itu, kecairan menjadi tinggi. makna kata kecairan domestik tinggi dengan tampanan yang kemas seperti Ahmed Al Tarabulshi keeper Kuawait masa Pestabola MErdeka dahulu dari serangan luar.
7. Malaysia Survive.
Begini micro manage ekonomi masa 1998-2001.
Yaribbbbaaaaaaaa!!! Yaribbbaa??
LIHAT INI :
Kos Pulih Ekonomi RM12.5 Bilion Ketika Krisis Kewangan 1997/1998
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi melalui Danaharta ketika krisis kewangan sepuluh tahun lalu berjumlah RM12.5 bilion, kata Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Kos itu rendah, iaitu tiga peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 52.3 peratus di Indonesia, 23.1 peratus di Korea Selatan dan 34.8 peratus di Thailand, katanya.
Nor Mohamed berkata kerajaan juga telah mengutip semula RM7 bilion peruntukkan di bawah Danamodal bagi permodalan semula bank-bank yang terlibat ketika itu.
Malaysia 2008/2009
1. Minyak mentah naik mulai Mei dan turun balik sekitar Disember
2. Ringgit dah apung kembali sebelum itu. (Eh tak ingat tarikh)
3. PRU 12 pun menjelma
4. Harga barangan keperluan naik secara usssooong!!!! sekali walaupon kos angkutan sepatutnmya sudah turun sekarang.
5. Ransangan fiskal diletupkan sebanyak 2 bahagian untuk menggerakkan ekonomi tempatan. Kaedahnya seperti juga TEKUN dan IKS yang lain cuma nama lain kerana dasar orang baru. heheh. Adat lah kan
6. Banyak pula pilihanraya kecil berlaku. Di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pensiangan coming soon tuan tuan.
7. Kos pilihanraya sangat tinggi dengan derma dari parti politik lagi kepada pengundi.
jadi di manakah perkara yang dapat menggerakkan ekonomi setempat secara jangka pendek? Perkara 6 dan 7 saya mencadangkan. kerana banyak dapat peluang meniaga, cetak poster, t shirt, upah buat kopi, nasik lemak, cetak gambar, tali rapia, bayaran penyelidikan etc etc etc
Sama sahaja cuma kaedah berbeza. Daripada bagi pinjamkan untuk berniaga, baik bagi terus ke semua isi rumah. hehe...
Lepas ni kita tengok berapa kos pulih ekonomi untuk krisis 2008/2009 pulak. Tunggulaaaaaah
No comments:
Post a Comment