09 February 2009

Zombie Lubuk Mat Anjing II

Sinopis 1 :

Khabarnya ada gerup zombie yang hanyalah berkawad dari lubuk tersebut dan hanya melepak di tepian denai sambil membuat wajah wajah gerun untuk pandangan orang kampung lain di situ. Tapi sang pengarah menambah plot ini supaya lebih menarik sedikit : Gini cadangnya ,

Ada gerup zombie dari arah lain datang jugak ke denai itu tatapi tindakan mereka agak agresif. Mereka ni lebih kepada bersatu padu memblok denai laluan supaya orang kampung tak boleh keluar dan masuk ke situ. Nampaknya penulis beranggapan bahawa sang pengarah sutradara ni tidak dapat lari dari plot kg Pisangnya.

Oleh itu, grup zombie yang hanya melepak berdiri dengan wajah gerun di tepi denai pun agak tekejut dengan kehadiran zombie zombie dari mana ntah lagaknya hadir dan secara agresif pulak tu. Zombie lepak ni pun agak heran kerana mereka tidak pula mengenal dari liga divisyen manakah zombie zombie agresif ni datang??

Di sini penulis agak gemar dengan plot tambahan sutradara cuma konsep memblok denai itu masih terbawak bawak Kg Pisang yang lalu. sekurang-kurangnya sutradara dapat jugak mencongak pemikiran khalayak tentang dari manakah gerup zombie yang agresif itu.

Bagus kita tunggu sambungannya. Penulis rasa sambungan ZLM ini akan dibuat segera kerana sambutan luar dugaan dari khalayak walaupun secara peribadi, penulis merasakan konsep dan kisah ini adalah biasa sahaja. Cuma ada unsur klimaks yang tidak menentu pada pertengahan kisah.

Pun begitu, penulis di ceritakan oleh sutradara bahawa ada beberapa keadaan yang menyebabkan dia merobah struktur asal penceritaan. Antaranya adalah kisah sebenar yang berlaku di Lubok mat anjing itu sendiri seketika dahulu. Penulis menurunkan sebahagian kisah di sebalik ZLM ini diterbitkan.



SUMBER INSPIRASI SANG SUTRADARA


Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan
bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah
mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar
mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua
kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang
terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel
40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak
esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat
beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi
beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai
kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN
Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis
Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada
semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan
perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak,
Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang
anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas
perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa
ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan
pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh
Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan
perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk
memecat MB.

Hung Parliament

"Hung parliament" bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan
Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti
B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih
elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis.
Walaubagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak
ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi
yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak
ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan
ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan
sidang khas DUN bagi menjalankan "vote of no confidence" terhadap
Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak
pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan "vote of no
confidence" itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg &
Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri
Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat
unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir
ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat
ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur
penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara "vote of no
confidence" itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan
DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita
lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta
tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna
selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya
difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap
ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan
dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan
sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita
seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh
ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam
pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak
jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan
tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana
persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c)
menyatakan "parliament may by law impose on the right conferred by
paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or
expedient in the interest of the security of the Federation or any
part thereof, public order or morality."
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral
dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti?
Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan
persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan
Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi
membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma
oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai
pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk
Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada
NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar
perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad
Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa
Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan
Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara.
Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan
kesahihannya

1 comment:

Anonymous said...

Hebat le hang la ni, padai baca undang2 dah. ingat tau undang berempat saja kehkehkeh. teruskan memuntahkan karya zombie yg bernas. mana tau ada badang yg sanggup minum muntah itu dan jadi perkasa di sisi sultan :)