09 March 2009

Zombie Part III (The Extended Version)


Rupanya boleh bersambung lagi kesah zombie ni. Dari Lubok Mat Anjing ke Kuala Lumpor. Tapi kalau ikut kepercayaan memang berjangkit. Airborne kata orang kampong aku.

Betul ka tidak tak tahu la. Zombie-zombie ni menyerang Sogo dan Mesejid Negara. Oh satu lagi, zombie ni seolah satu penyakit. Tidak melibatkan agama atau hantu raya segalanya. Depa bleh pi semejid dan surau. No Sweat.

Kesian jugak grup yang bukan zombie dikelilingi oleh zombie-zombie. Hairan lagu mana zombie dan bukan zombie bleh becampoq baik punya. Tapi sayangnya Gerakan Tidak Zombie dioutshine oleh gerakan Zombie ni. Walaupon dah okkeh sebenarnya, alih alih zombie pulak yang naik syeikh. Tak mengapalah sebagai sokongan, zombie boleh co-exist dengan kita yang tidak zombie. Kesian sebanaqnya. Tapi apa nak buat, Sasterawan dan Budayawan tidak ada platform. Tak boleh marak kat depa kalau terdipolitikkan. Adat la tew, sapa cepat depa dapat.

----------------------------------------------------------------------------
GMP nafi didalangi pihak tertentu - PPSMI
09/03/2009 8:02pm


KUALA LUMPUR 9 Mac — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan

“GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka”. “Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita, yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),” katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.

-------------------------------------------------------------------------

Aku ni besa mengajaq pada zaman PPSMI ni dilancarkan. memang belemoih nak mengajaq. Kalau nak diguna kayu ukoq, aku mengajaq di kawasan luaq bandar lagi dan du Pulau Langkawi lagi dan di pulau di pesisir pulau Langkawi lagi. Apa yang kita boleh dapat kalau sekadar cita-cita nak bawak jet ski dan menagkap burung wak wak dan jadi dreba feri Kuala Perlis dan Kuala Kedah??


Tapi aku bukan menyokong pun Hisamudin tu. Cuma aku setuju pasepa sekarang selepas 6 tahun baru nak paysah itu ini?? Takut kat sapa sebenaqnya. 6 tahun tu dah complete satu cycle pengajian peringkat sekolah rendah dan menengah. Lagi 6 tahun complete lah cycle keseluruhan. Takkan dah sekerat jalan nak kaji semula. Come brader semua. Tak reput pun bahasa Melayu pasai benda ni. Aku besa mengajaq. Yang tak besa mengajaq lagi cekap komen depa kan?

Teringat komen Pak Ungku. Nak ngajaq ikut step.

A tree. A big tree. A big green tree.

Gitu cara dia kot? Aku pon bukan mengajaq lama sangat. Sembang kemaih macam hgpa semua jugak hahahahaha...hikkksss...


MORAL : Bila baru dicadang nak buat, jangan kelupoq nak tunjuk kita bole bikin dan buat steady kata kita buat keja tanpa kajian lanjutan. Tu hasil dibercempera sampai la ni. 6 tahun baru nak bisin.





usssooong itu neutral sebenarnya...

4 comments:

Anonymous said...

Bila yang dingati berkata, sebenarnya mak bapak tu kantoi sebab anak terlebih pandai. Dan menjadi kelu bila anak dah terlampau advanced dalam segenap hal.

Bila ditanya gagal memberi jawapan. Itu belum para guru lagi yang tergagap gagap dan membuat muka hebat walaupun agak kacau bila berhadapan keadaan begini.

Anonymous said...

Ada pendapat mengatakan bahawa batch tegaq BI yaitu batch MCE dah makin banyak akan keluar dari industri pekerjaan.

Mereka mereka ini walaupun tidak cemerlang dalam MCE atau HSC tapi asa BI mereka sangat kukuh. Remove Class lagi masa Form One.

Jadi, terpaksa dilakukan sesuatulah. Barangkali...

Anonymous said...

tak reput bahasa melayu kalo PPSMI diamalkan..tp perkara yg sama jugak perlu diingat..tak bertambah cekap pon student kalo blaja dlm english..result exam makin gempak secara mendadak mungkin utk memperhebatkan lg tanda2 kuasa seseorg menteri yg memerintah..
makin sengsara cekgi-cekgi nak ajar ade la...
perkemaskan silibes english btol2..baru la bleh polish english anak bangsa..org nyopung lg maju,tp tetap kental nyanyi lagu doremon di serata dunia..tak heran pon nak ckp 'i' 'u'...
kenapa selepas 6 thn??mungkin baru ade platform dan isu baru nak diselitkan..atau mungkin selepas tamat 2 cycle pembelajaran yg menghasilkan output yg mengecewikan tp d kaburi dgn result pelajar yg konon berderet-deret A di sana sini..tp kualiti..ayo yo yooooooo
sekadar pendpt peribadi...

Anonymous said...

Harapan palsu tu sangat berdosa. Gred yang baik tidak berkualiti tu sangat juga berdosa.

Siapa yang berdosa..?