Dua pekan yang lalu aku dihadiahkan sebuah buku (walaupun sebenarnya aku dok tan lama dah buku tu). Buku yang diterbitkan khas sempena kepulangan jenazah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Long Jaafar (Larut) dari Tanah Perkuburan Al-Junaid, Singapura ke Kompleks Sejarah Matang.
Sejujurnya buku ini adalah himpunan-himpunan tulisan dan pengalaman tentang usaha mencari dan mengembalikan jenazah Ngah Ibrahim dan mertua beliau Wan Muhammad Amin Alang Duakap ke negara ini. Aku agak tertarik dengan pengisian buku ini. Mungkin aku agak suka dengan mata pelajaran tawarikh atau teringat ringat balik semasa belajar di sekolah menengah khususnya Tingkatan Enam dahulu. Tidaklah mendapat semua yang diperlukan tetapi buku ini sudah cukup steady sebagai tambahan daripada teks teks buku pelajaran dan bacaan tambahan semasa dok kelupoq nak jawab Sejarah masa STPM.
Teks ini bukan satu ulasan buku atau yang sewaktu dengannya tetapi satu ulasan secara deras dan pantas tentang apa yang terbit dari saraf otak aku ni. Menarik juga disingkapkan serba sedikit kehidupan mereka yang dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles dan betapa pulunnya Almarhum Raja Abdullah mengutus surat kepada British untuk mendapat pardon dan pulang kembali ke Perak.
Sudah lama buku ini diterbitkan tetapi rezeki aku hanya pada tahun 2009. Boleh la dimiliki sebagai bacaan tambahan untuk menambah fakta dalam tarawikh negeri Perak dan Malaysia umumnya. Sebagai penghujung catatan, Ngah Ibrahim disemadikan di Matang dan Wan Muhammad Amin disemadikan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Ada lagi 15 minit nak sungkai. Penulis nak pi tengok keratan keratan buluh lemang kalau kalau ada sapa-sapa gatai ambil nak bikin meriam. Hilang akal betoi!!!!
usssooong itu neutral sebenarnya...
No comments:
Post a Comment