25 August 2010

Seni Bunyian Ramadan


Pengalaman bermain meriam ni secara berani berani sungguh tidak pernah. Tetapi pengalaman secara hangat hangat taik ayam dan berdiri jarak sebatu sambil memasukkan jari dalam lubang telinga seluluilah.

Seingat penulis, permainan meriam kabad secara terbuka yakni meletakkan yang meletup tu di tepi jalan hanya setakat tahun 85-86. Selepas itu, gerakan mencari bunyi bunyi menggegarkan mula dilipatgandakan oleh PDRM. Selepas tahun tersebut, kebanyakkan bunyi bunyi ini hanya kedengaran di sudut sudut kampong yang jauh dari jalan utama. Satu lagi lokasi terbaeeek ialah di kawasan kawasan kecil di tengah-tengah bendang. Biasanya kawasan-kawasan ini memiliki telaga-telaga yang menjadi tumpuan pengail ikan puyu, keli dan ruwan tak kira musim. Kalau musim kering, projek gomba telga rancak dijalankan. Jadi berbalik kepada kegemaran meriam kabad/buluh ni, kumpulan pakar bom kampong memindahkan operasi mereka ke kawasan kawsan sebegini untuk mengelakkan serempakkan senyuman manis pak PDRM dan berpantun di balai selepas itu.

Seni bunyian Ramadan ini merupakan antara yang terawal. Selepas itu, baru mai meriam koq, meriam tanah, meriam tin, bom buatan sendiri (plug lori ikat kain, lambong, meletup begegaq alam). Cuma masa la ni, sangat aneh dengan cedera cederi di sana sini. Zaman penulis remaja sunti dulu kurang dihebahkan cerita ceriti cedera cederi ini. Mungkin pada masa tu, access maklumat ni kurang kot noooo???

Gambaq ni penulis amik dari emel yang sahabat penulis hantaq my. Banyak lagi gambaq gambaq menarik yang penulis nak dok share.

No comments: