21 July 2011

PEMANDU


ARTIKEL DARI myNEWSHUB

http://mynewshub.my/bm/2011/07/16/dilema-melayu-baru-terus-lalai-salleh/

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid mengupas secara menyeluruh dilema masyarakat Melayu hari ini dalam sebuah akhbar arus perdana tempatan.

Artikel beliau ini tidak bersifat politik atau cuba untuk menampakkan kelemahan orang Melayu, tetapi diharap dapat membuka mata semua pihak terutama kerajaan dan warga korporat mengenai apa yang boleh ditafsirkan sebagai dilema Melayu baru.
Salleh berkata : Orang Melayu hari ini berdepan dengan satu suasana yang menimbulkan dilema kepada mereka. Memandangkan kepesatan perubahan yang berlaku, orang Melayu ada yang cuba bersuara tetapi setiap orang Melayu bersuara terutama sekali tentang hak mereka walaupun termaktub dalam Perlembagaan, mereka akan dilabel rasis, sedangkan dia menyaksikan satu demi satu tuntutan daripada bangsa lain ditunaikan sehingga yang tidak mereka tuntut pun diberikan.

Orang Melayu difahamkan bahawa apa jua yang tersirat dalam Dasar Ekonomi Baru dulu tersurat dalam Modal Ekonomi Baru dalam bentuk tindakan afirmatif berlandaskan keperluan dan merit. Syarat merit inilah membuatkan usahawan Melayu melepas dalam projek mega seperti MRT yang bernilai RM50 bilion. Merit inilah membuatkan usahawan sahih Melayu melepas projek ladang udang bersepadu. Merit inilah menyebabkan 300 vendor Melayu dalam Petronas akan terkapai- kapai kerana liberalisasi membenarkan orang asing menguasai perniagaan yang sama tanpa syarat, dulu mewajibkan mengambil rakan kongsi Melayu.

Kini Initiatif Perubahan Strategik yang diumumkan salah satu daripadanya ialah liberalisasi perkhidmatan untuk meningkatkan sumbangan perkhidmatan daripada 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 peratus.
Apa jua jenis perkhidmatan yang ada pada hari ini seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, khidmat pengurusan, kewangan dan bermacam lagi akan dibuka. Perkhidmatan profesional juga akan dibuka seperti arkitek, perakaunan, perkhidmatan sekretarial dan yang berkaitan dengan kewangan.

Pada masa ini perbankan dan pengurusan syarikat broker saham sudah dibuka kepada pemilik asing. Malangnya syarikat broker saham asing lebih gemar mengambil pelabur tempatan daripada membawa masuk pelabur asing. Menyentuh tentang memperbaiki keadaan usahawan Melayu, salah satu inisiatif yang digariskan ialah merapatkan jurang antara syarikat kecil dan sederhana dengan yang besar. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. Apa yang diperlukan ialah apa yang dihasrat oleh Majlis Tindakan Bumiputera yang sekretariatnya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Teraju difahamkan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan tidak mempunyai belanjawan yang cukup juga.Terpenting sekali Teraju tidak mempunyai kuasa dibandingkan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dalam suatu kenyataan mengulas apa yang telah dilakukan oleh Pemandu menyatakan bahawa Dewan telah hilang kepercayaan kepada Pemandu dan banyak perkara yang dilakukan oleh Pemandu tidak ambil pusing bahawa majoriti penduduk di negara ini ialah orang Melayu.

Pemandu telah mengambil alih fungsi jabatan-jabatan penting seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) dan segala-gala transformasi ditentukan oleh Pemandu. Ia dianggotai oleh perunding-perunding asing yang dibayar mahal-mahal dan menafikan peluang orang tempatan untuk turut serta. Tidak hairan kalau perunding-perunding asing ini berkongsi maklumat dengan pihak-pihak luar yang tidak sepatutnya ada akses kepada perancangan negara kita.

Perunding tempatan tidak sebaik perunding asing. Kalau ada seorang dua pun diambil sebagai “token”. Segala-gala pembahagian dalam proses transformasi ekonomi ini sudah ditentukan, siapa dapat apa. Orang Melayu dilihat sebagai tidak layak dalam apa jua bidang walaupun misalnya dalam bidang binaan, 39 peratus daripada keseluruhan syarikat binaan adalah orang Melayu.

Inilah dilema orang Melayu. Mereka membawa ke tengah pelbagai usul termasuk memperkasakan Mara supaya dapat membantu usahawan Melayu, disusun semula, diperkuatkan strukturnya, diberikan suatu bentuk baru dan dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya sesuatu dilakukan, malangnya selepas dua tahun berlalu, tiada juga tindakan. Mereka mendengar taklimat demi taklimat oleh Teraju tetapi mereka diberitahu masalah yang dihadapi oleh Teraju bukan apa yang ingin dilakukan oleh Teraju untuk mempertingkatkan kedudukan usahawan Melayu.
Teraju hanyalah sekretariat tetapi Pemandu diketuai oleh seorang menteri. Di situ boleh dilihat perbezaan kuasa yang ada. Inilah dilema orang Melayu. Kalau mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka dilabel bersifat perkauman sedangkan mereka melihat saja orang lain “memetik buah-buahan yang ranum-ranum.”

Orang Melayu juga dibuai oleh hiburan. Pelbagai usaha untuk melalaikan orang Melayu atas nama perniagaan berlaku. Pelbagai macam festival, jom heboh, festival telekom dan seribu satu macam acara lagi semuanya dihujani oleh orang Melayu.

Begitu juga di media elektronik televisyen, orang Melayu disuapkan hari-hari dengan drama-drama kurafat yang kebanyakannya menunjukkan perkara yang melanggar akidah seperti nasi kangkang, sejundai dan ilmu hitam yang tidak patut dipertontonkan.
Dalam bidang pendidikan orang Melayulah yang ketinggalan. Pelajar insitutusi awam tidak dapat menguasai komunikasi, pengetahuan am dan keyakinan diri seperti pelajar institusi pengajiran tinggi swasta. Mereka lemah dan bilangan mereka bertambah setiap tahun memenuhi angka pengangguran. Yang menerima biasiswa daripada syarikat milik kerajaan pun menganggur.

Seperkara lagi bilangan pelajar perempuan hampir lima kali ganda pelajar lelaki. Ke mana perginya pelajar lelaki. Di pusat serenti? Kita mengetepikan bahasa Inggeris kerana takutkan bahasa Melayu tergugat kedudukannya sedangkan realiti di luar, misalnya di syarikat-syarikat lebih rela mengambil graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Apakah terkorban kedudukan bahasa Melayu bila kita berbahasa Inggeris? Pergi sahaja mana-mana mesyuarat jabatan kerajaan dan dengarlah bahasa apa yang digunakan. Yang menjadi mangsa pelajar-pelajar kita. Sedih melihat mutu penguasaan bahasa Inggeris mereka walaupun mereka di universiti.

Dalam bidang perniagaan kita tahu bahawa rantaian bekalan dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau dapat pun projek bahan binaannya boleh didapati daripada pembekal bukan Melayu dan harganya berbeza daripada kontraktor bukan Melayu. Rantaian bekalan patut ditembusi supaya keadaan atas belas kasihan bukan Melayu ini tidak berlarutan.
Begitu juga barang makanan. Pembekal boleh memboikot sesuatu usaha untuk memperbaiki keadaan. Misalnya penangkap ikan di laut dalam baru-baru ini boleh mogok kerana soal subsidi kepada mereka. Akhirnya kompromi terpaksa dilakukan, melemahkan pendirian kerajaan.

Begitu juga dalam soal gula dan tepung dulu. Mereka tidak mahu dilesenkan. Ini menunjukkan “kartel” ini perlu dipecahkan supaya tidak terus mencengkam kita.
Inilah dilema orang Melayu, sudahlah ketinggalan dalam pelbagai bidang terus dibuaikan dengan hiburan yang tidak berfaedah supaya terus lalai dan tidak menghiraukan masalah yang dihadapi.

Aku tak nak ulas banyak benda berkaitan dengan artikel di atas. Cuma nak komen sikit mengenai PEMANDU. Rami yang komen halatuju PEMANDU. Bagi aku, halatuju PEMANDU adalah jelas yaitu untuk memastikan Malaysia keep afloat dalam dunia yang semakin mencaborr ni. Namun, bila diselak selak blog blog yang menyentuh PEMANDU, ramai yang dakwa mereka begitu BERKUASA. Adakah kenyataan ini adil kepada PEMANDU yang bersusah payah meminimumkan liability Negara? Atau adakah dengan membuat keputusan tanpa sentuhan insani dan sentuhan politik dapat menjamin kelangsungan sesebuah kerajaan?


Berikut adalah petikan dari UNSPINNER sekitar April/May 2011
“Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.

Penyudahnya BN yang menjadi mangsa hentaman rakyat setiap kali PEMANDU membuat keputusan membentangkan rasionalisasinya. Contoh terbaru ialah spekulasi kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik baru-baru ini. Walaupun harga RON95 dikekalkan, namun bermula 1 Jun ini rakyat terpaksa membayar kadar tarif elektrik baru berjumlah 33.54sen/kwj berbanding 31.31sen/kwj yang dinikmati sebelum ini.

Natijahnya, wakil rakyat BN terpaksa bekerja keras untuk memberikan penjelasan di atas ketidakpuasan hati rakyat, walhal keputusan pemotongan subsidi disebabkan PEMANDU yang punya angkara. Cuma wakil rakyat pembangkang saja yang seronok kerana mereka dapat peluru untuk tembak kerajaan serta memanipulasi sepenuhnya keberangan rakyat atas keputusan bodoh PEMANDU.

Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.

Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?
Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?

Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.


33 GLC ni pun ada kaitan dengan PEMANDU jugak ke?

1 comment:

usssooong!!! said...

Kalau bersikap nak dok dalam gua, memang tak jadi masalah lah