21 July 2011

Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi...


Blog, Facebook, Twitter bukan kewartawanan sebenar
20/07/2011 9:01pm

KUALA LUMPUR 20 Julai – Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat, namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.

Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata, berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.

"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi.

“Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan,” kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk ”Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia” di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan.

Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan “E-Mail from America” bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. – Bernama


Tapi kalau kenyataan begini masuk dalam akhbar perdana bagaimana pulak yeeerr ?? :

Amirul Fazreen Mazli, 22, said the government should provide various channels so that Malaysian students abroad can get accurate information about issues back home.



Kalau aku jadi editor, aku letak dalam seron ayiam* ja kenyataan ini. Menampakkan kekosongan hujah oleh seorang pelajar yang mendapat peluang dan mungkin tajaan kerajaan untuk belajar di luar negara. Kandang kadang editor pun kena peka juga dengan sesuatu input. Walaupun standard kewartawanan aku sanjung tinggi kerana ramai jugak wareh warah aku berada dalam bidang ni tapi penilaian kritis kena jugak diambil kira. Aku tak tahu apa kesan dari segi circulation dan kesan kebijaksanaan dengan kenyataan ini. Eee rimaass!!!



* seron ayiam adalah tempat ayam bertelor

No comments: