29 July 2011

Scoreline 3-0 Terima kasih!




Sumber : Utusan Online dan BH Online


Terima kaseh kepada semua yang menjayakan gerakan subversif ini. Idea yang keluar sejurus selepas kekalahan 5-3 di Jalan Besar, Singapura menjadi juga. Idea minum kat Mapley terus diperkataankan melalui

http://usssooong.blogspot.com/2011/07/maseh-ada-90-minit-lagi-apa-peranan.html

72 jam yang terbaik. Walaupon Harimau Malaya gagal juga ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia namun satu pengajaran yang kita dapat terima. Hanya platform ini sahaja kita dapat satu hati satu rasa satu jiwa.

Cetusan idea idea kreko dan bantuan dari pihak pihak lain memungkinkan Scoreline 3-0 ini berdiri di celah celah 85 ribu penonton di Bukit Jalil. Terima kaseh kepada kawan kawan yang sanggup melayan angin aku yang pertama kali agak aktif dalam gerak kerja pre match ini. Terima kasih juga kepada Rudd n geng serta Fanpage Penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil Dengan Manila Kad Kuning Tertera 3-0. Anda mendengar suara kami dan anda melaksanakan dengan lebih rapi. Terima kaseh juga kepada Ultras Malaya.

Mungkin ramai yang tak perasan bahawa sebelum lagu FIFA dimainkan, satu grup di L2 Pintu 2R telah mengedarkan kertas A4 kuning sebagai bantuan tambahan. Tu pun ada yang buat roket plak dah hahaha. Apa pun usaha usaha sebegini memang steady. Enjoy.

Pencetus idea Barcelona yang membawa kepada akkai scoreline ini ialah gambar yang nampak tangan sahaja tu. Di tengah tengah frame gambar ini. Hehe. Kalau tak perasan, sila dwiklik untuk melihat imej sahaja.

Aku tak akan ulas mengenai perlawanan kemarin kerana aku tak pandai main bola. Sepak gitu gitu hai ja. Lagipun aku setuju tahap dewa dengan posting kawan aku di FB. Bunyinya begini :

gua paling bengang bila org tak pernah main bola bg komen macam bagus je...

Next, adalah bulan November 2011. Harimau Muda akan menggalas cabaran Olimpik pulak. Semoga kepenuhan Stadium Merdeka Sukan Sea 89, Final AFF 2010 di Bukit Jalil dan 2nd Leg Kelayakan Piala Dunia 28 Julai 2011 akan berterusan.

Harimau Muda akan kembali diperkuatkan oleh oleh Harimau Muda dalam Harimau Malaya. Semoga skuad Harimau Muda ini akan gigih bersama sehingga kelayakan Piala Dunia Russia nanti.

Tak perlu tunggu lagi 4 tahun untuk beramai ramai begini. Beramai ramai lah selalu walaupun aku mati kutu kerana pergi solo dengan jari kaki yang sengal berjahit.

4 comments:

usssooong!!! said...

mana mana sumbangan yang aku tak boh dalam posting terbaru tu, ampun la noooh sebab aku computer grafik pon failed apatah lagi main bola.

Post yang lalu dah terbaik. Steady

The Black said...

lainkali nak pi ajak kengkawna la

usssooong!!! said...

Pegidah. Dah la sokong Singapore. Lompat pon sampai kat Woodland tu, tokan Betnam pulak. Hang memang Bangsa Bangsa Bersatu

manajanjimu said...

vo....
bo....
bo..o..o..o
boh.....lah...h!

BO...........!
LAK...........!

CINA + ARAB

BO + LA'