24 July 2011

Maseh ada 90 minit lagi. Apa peranan kita sebagai penyokong?

Dengan kedudukan selisih satu negara yg aku pun tak perasan negara mana, Malaysia #144 dan Singapura #142 mengikut ranking FIFA terkini. Pusingan pertama dah habis 5 jam yang lalu. Semua dah tahu 5-3 final standing. Yap! Singapura menang tapi maseh ada 90 minit di Bukit Jalil.

Better stop dreaming untok mudah melangkah ke pusingan seterusnya wahai Temasik. Better stop mesyuarat makan sireh kepada MacaN Malaya di tengah padang. Most of the fans yang aku perasan banyak komen pasai turf dan gagalnya midfield control tengah. Aku pun tak reti sangat. Namun, aku sangat setuju bahawa bola laju dari biasa bila main padang tak ori ni. One of my friend berpendapat, Shafiq mungkin telajak masa tackling hingga megundang early bath. Pengadil pula sunggoh trigger happy dengan kadnya. Apabila Ismail Yunos pun kena early bath, Safee agak bebas bergerak dan berhasil menambah koleksi gol beliau.

Pada detik itu, momentum dah berubah, apabila tekanan tiba tiba 360 kepada tim tuan rumah. Sayangnya, hero tua yaitu Encik Duric berjaya membuat turning sekaligus mengencing kali ke 6 kiper Macan.

Dengan selisih dua gol. Banyak kerja kita kena buat. Biarkan tim dengan coach. Kita sebagai penyokong kena perang saraf tahap dewa Zeus mahupun perang Valhalla Odin dan kawan kawan. Aku ada satu cadangan. Harap sesiapa yang baca blog ini boleh proceed atau berpandangan yang sama supaya majukan kepada FAM, Ultras atau SSFC atau mana mana trup Macan supporters supaya :

Bina satu banner panjang 50m X 30m dengan tulisan :

MAS 3 SING 0.

Gantung cantik cantik setentang dengan laluan keluar pemain. Biar kita membantu mental Macan dan mengoyak mental Singo. Turunkan ngam ngam masa kedua dua tim melangkah masok ke padang.

It did happen to Barcelona. Tp supporters mereka guna kad kad. Well organised kad. Kalau dapat buat camtu lagi best. Pada masa yang sama banner kecik kecik kena up juga angka 4-0 atau 3-0 di seluruh stadium. Biar Macan tahu bahawa game still on dgn full support dari ultras dan penyokong keseluruhan. At least semangat akan naik lagi.

Media pon jangan kondem lebeh. Semua channel media di sini kena mainkan sentimen 3-0 sebagai penentu keputusan pada 28 Julai ini. Biar mind set ini kekal. Let the player do their job, mereka memang nak menang dan boleh memang. Apa yang nak dikesahkan. This is do or die mission. Sekali sahaja peluang untuk melangkah ke 3rd round. We almost koyak mental mereka sepenuhnya sekiranya dapat 4-4 tadi. Cuma sekarang kena kerja lebih. Sebagai penyokong, mari bulatkan usaha tanam semangat untuk 5 hari ni sahaja. 3-0 3-0 3-0.

Boleh? Tak de pilihan.

No comments: