Negara ini sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya dan adat resam yang merukuni rakyatnya. Apa yang aku ikuti pada 17 Sept 2011 yang lalu adalah sebahagian dari kepelbagaian yang ada.
Walaupun aku 15 peratus sahaja faham bahasa Mandailing, kugagahi jua Jebat! Haha!
Majlis ini telah berlangsung mulai jam 2 petang di Kg. Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan. Dihadiri seramai hampir 2000 jemputan. Selain disajikan lemang, masakan tradisi Mandailing iaitu Bulung Gadung. Terdapat juga sate dan sajian yang lain.
Bulung Gadung dohot sambal, nyaman haha.
Majlis ini dikhususkan untuk Zon Selatan, namun ada tetamu dari utara, Kepala Batas, Pulau Pinang hadir menyerikan majlis. Turut sama hadir adalah rombongan dari Kg Ayer Tawar yang datang dengan sebuah bas. Pada 25 September 2011, giliran Kg Ayer Tawar, Sitiawan, Perak menjadi tuan rumah untuk majlis Zon Utara. Turut menyerikan majlis ialah Speaker DUN Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jelebu, Pegawai Daerah Jelebu, pimpinan-pimpinan masyarakat, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.
Syabas kepada saf kepimpinan persatuan atas usaha yang murni ini.
Horas Tondi Madingin!!!
3 comments:
apa d dlm pinggan itu?
Kalu bahasa simpang, smashing tapioca shoots. Kalau bahasa Padiang Nyu, pucok ubi kayu tumbuk
kampuang wak den
Post a Comment