19 December 2011
2012 Sisa Pepejal
Pengasingan sisa pepejal oleh isi rumah bermula Sept 2012
PUTRAJAYA 18 Dis. – Langkah untuk menggalakkan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula akan dilaksanakan pada September tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
Beliau berkata, melalui pengasingan sisa pepejal ini, syarikat konsesi terbabit memungut sisa kitar semula sekali seminggu.
Langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke bandar bandar besar lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini hari ini.
"Dalam masa yang sama kita akan beri galakan dan melaksanakan kempen-kempen kesedaran mengenai amalan kitar semula ini dan setelah tiga atau empat tahun, apabila tahap kesedaran masyarakat sudah cukup tinggi kita akan mewajibkan semua penduduk untuk mengasingkan sisa-sisa ini dan mereka yang engkar akan didenda,” tegasnya.
Chee Heung berkata, jika rakyat di negara ini dapat mempraktikkan sepenuhnya amalan mengitar semula, sebanyak 40 peratus sisa organik dan sisa yang dibuang dapat dikurangkan, daripada 25,000 tan sisa dijana setiap hari. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment